Demi hargai isteri yang kini hamil anak pertama, Azmi Saat sanggup guna wang simpanan untuk perbelanjaan proses bersalin di hospital swasta.
“Tapi memikirkan anak sulung dan belum tentu selepas ini ada rezeki lagi. Tak apa, saya sanggup berkorban. Lagipun, demi nak hargai isteri saya juga.
“Jadi, saya gunakan duit simpanan dan duit untuk buat ubah suai rumah selain isteri pun ada tambah duit dia juga untuk pembelajaan proses bersalin,” ujarnya.
Dalam pada itu, pasangan ini juga memilih tarikh hari lahirnya iaitu 27 September untuk menyambut kelahiran bayinya.
“Tapi doktor cadangkan untuk bersalin secara pembedahan sebab dah 10 tahun kami tunggu baby. Takut tunggu lama, ada masalah pada baby,” ujar Azmi yang memuat naik perkongsian mengenai berita itu di Instagram.
Jadi, kami ikut saranan doktor. Kami diberi pilihan tarikh dari 23 hingga 28 September. Saya memilih tarikh tersebut sempena hari lahir saya dan kebetulan isteri memang nak baby lahir hari Jumaat atau Isnin. Tarikh itu jatuh pada hari Isnin,” kata penyanyi Caliph Buskers ini lagi.
Sumber : Azmi Saat
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club