Suami adalah pelengkap kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Kebahagiaan dalam berumah tangga saling berkait antara satu sama lain.
Fasa pertama perkahwinan adalah masa yang terbaik untuk saling kenal mengenali, bersifat terbuka dan banyak bersabar sebelum terbentuk keserasian. Apapun adab, tanggung jawab dan doa untuk mendapat kebaikan dari Allah s.w.t perlu selalu diamalkan.
Hargai sifat positif pasangan dan selalulah memuji beliau. Kongsikan dengan pasangan apa aktiviti anda seharian ketika beliau di tempat kerja, dan dengarlah cerita beliau. Dengan cara ini, anda berdua sentiasa tahu perkembangan semasa sesama sendiri. Perkongsian dari puan Nor ini cukup menyentuh hati.
Pagi ini, menerima mesej dari seorang sahabat baik bahawa suaminya kemalangan sewaktu dalam perjalanan menjemputnya pulang. Alhamdulillah.. suaminya selamat namun.. dada saya sempat berdegup kencang. Bimbang.
Tengahari ini pula melihat status seorang isteri yang bakal menyambut Ramadhan dengan kerinduan yang tidak bertepi. Suami tercinta sudah lama ‘pulang’ mengadap janji Ilahi.
Allahu Akbar. Bergetar hati.. berlinang airmata ini membayangkan keributan ujian yang melanda sahabat2 yang ada. Semoga Allah mengirimkan ketabahan buat mereka.
Suami adalah pelengkap kehidupan seorang wanita. Ada yang sempat bergelar isteri, merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah. Ada yang ditangguhkan jodohnya hingga satu saat nanti di jannah.
Namun satu perkara yang pasti.. bak kata Imam al-Ghazali.. Cintailah sesiapa pun yang engkau mahu, namun ketahuilah suatu saat nanti, engkau pasti akan berpisah dengannya.
Suami.. lelaki itu yang kita kasihi.. yang kita cintai.. yang adakalanya buat kita kecewa. Ada kalanya kita marahi dan leteri bagai terlupa kita juga tidak sempurna.
Suami.. insan itu yang paling tahu susuk tubuh kita.. yang paling tahu buruk kerenah kita.. namun seringkali memilih untuk menerima seadanya.
Suami.. dia milik Ilahi. Dia akan pergi suatu hari nanti.. Adakah saat itu, kita akan tersenyum mengenang kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya.. atau kita akan menangis mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa yang ada?
Hargailah seorang insan bernama suami. Biar siapa pun mereka.. terimalah seadanya. Mereka lubuk pahala kita.. setiap masa.
Nur Mawar.. gambar ini berkata2 kepada saya dengan seribu rasa.. berpesan dengan seribu bicara.. Allahu Akbar..