Isi Kandungan
TogglePengorbanan seorang guru… Pelbagai kaedah mengajar yang digunakan oleh guru pada masa ini demi pelajar. Semua ini bagi menarik minat pelajar. Baru-baru ini, tindakan seorang guru memakai baju hasil seni anak muridnya menyentuh hati netizen.
Guru tersebut yang dikenali sebagai Muhamad Fazri Hassan, menerusi Twitternya Fazri Hassan, memuat naik gambar dia memakai kemeja yang dipenuhi lukisan. Menurut Fazzri, itu merupakan salah satu hasil projek Pendidikan Seni, 10 orang anak muridnya. Menurutnya, hasil tersebut sangat bermakna kerana murid-muridnya itu berasal dari Program Pendidikan Khas. Wow sangat kreatif kan!
Menghargai usaha lagi penting
Menurut Fazri, demi menghargai hasil seni anak muridnya, dia sanggup berpusing satu sekolah untuk menunjukkan hasil seni tersebut kepada warga sekolah.
Bersama rakan sekerja dan staf kantin
Antara foto yang diambil sewaktu berpusing di sekitar sekolah, dengan mak cik kantin pun ada!
Inilah pereka design baju
Tiga hari nak siapkan design
Kesemua pelajarnya mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan design baju mereka.
Inspirasi Maisarah
Antara inspirasi rekaan anak muridnya ialah rakan kelas sendiri. Menurutnya lagi, baju tersebut mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan dan setiap lukisan pada baju itu mempunyai kisahnya yang tersendiri.Kasih sayang yang ditunjukkan oleh beliau jelas terpancar dalam gambar-gambar yang dikirimkan dan hampir pasti anak-anak didiknya juga merasakan perkara yang sama kepadanya. Tahniah cikgu,semoga terus sukses!
Sumber: Fazri Hassan
Kahwin Umur 19, Arwah Suami Tinggalkan 4 Anak Yang Sulung 7 Tahun. Ketabahan Wanita Ni Raih Perhatian Warganet.
Ajal maut dan jodoh adalah ketentuan Ilahi. Kita merancang untuk hidup bahagia sehingga akhir hayat namun akhirnya musnah. Pemergian pasangan tentunya membuat hidup makin sukar.
Begitulah yang dirasai oleh puan Lina Danish yang kehilangan suami tempat bergantung harapan.
Menerusi perkongsian di grup Kami Suri Rumah, beliau berkongsi sekeping gambar bersama 4 orang lelaki. Apa yang menarik perhatian, beliau bagaikan ‘kakak’ ketika bergambar bersama anak-anaknya yang sudah meningkat remaja.
Beliau yang berkahwin pada usia muda 19 tahun, telah kehilangan ketika anak sulungnya berusia 7 tahun dan tiga lagi anak yang masih kecil.
Demi anak-anak, beliau tabah membesarkan zuriat yang ditinggalkan suami. Kini pada usia 43 tahun, beliau mampu tersenyum apabila kesemua anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.
Dalam pada itu, warganet memuji ketabahan beliau membesarkan anak-anak tanpa memikirkan perkahwinan kedua. Nyata begitulah kasih ibu buat anak-anak, rela bersusah payah agar kebahagian menjadi milik mereka.
Ikuti lanjut perkongsian beliau.
Ramai dak geng 40an sini?
Letak gambaq kat komen nak tgk hampaaaa
Kakak kawen umoq 19 , umoq 24 dah tutup kedai. 4 Hero semuaaaa , dlm rumah kakak lah satu² nya bungaaa 🤣
skrng umur kakak 43, si abg yg sulung tu umur 23 masih study lagi sambung degree, yg no 2 dgn no 3 sambung diploma, yg paling bongsu umur 18 tunggu results SPM kerja part-time.
Kakak lah Ibu kakak lah ayah sbb Abah deorang dah meninggal 16 tahun lepas, masa tu yg sulong baru 7 tahun, yg kecik 2 tahun.
Kakak tak kahwin lain & besarkan deorang sorang2 dgn tulang empat kerat . Jual tudung saja tapi mampu hantar anak belajar tanpa buat loan & ptptn.
Minta tolong semua suri suri dlm ni doakan kakak terus kuat, murah rezeki, baik kesihatan & semoga anak² kakak berjaya Dunia & Akhirat . Semoga doa ini berbalik pada suri suri jugak nnti yaa.. terima kasih ⚘
Sumber: Lina Danish
Tawaran kelengkapan dapur di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rupanya Mudah Je Nak Buat Rod Langsir Eyelet, Wanita Ni Kongsi DIY Guna PVC Je. Simple & RM50 Je Untuk 1 Rumah!
Bagi ibu-ibu yang baru nak cuba guna langsir jenis ini, jom tengok cara DIY rod langsir eyelet menggunakan paip PVC. Sangat mudah dan menjimatkan kerana dengan kos sekitar RM50 sahaja gantung langsir pada 4 frame tingkap dan 2 frame pintu bilik.
Berbeza dengan langsir tradisional atau french pleat yang masih menggunakan cangkuk besi “iron hook”, rekabentuk langsir eyelet nampak ringkas, moden dan elegan. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian Cik Amy WD.
PKPB Selangor. Suami di Banting. Sorang2 kat umah. Maka tergantunglah langsir yang dah lama beli ni. DIY sendiri je jimat.
4 frame tingkap
2 frame pintu bilik
Modal RM50 jer.
Hasil kerja suami sendirian.
Tq encik suami Mohd Fairuz
Try la uolss jimat banyakk.
BAHAN-BAHAN
L bracket (RM 1.60 /unit)
U clip (RM0.60 /unit)
Bolt dan nut.
PVC end cap (RM0.60/unit)
Paip PVC (RM1 /kaki)
Paip PVC ni suami suruh kedai potong siap-siap. Jadi pastikan ukur dulu dekat mana kita nak pasang nanti.
Bolt & Nut macam ni
CARA PASANG / DIY ROD LANGSIR EYELET GUNA PAIP PVC
Caranya senang je, kita cuma drill lubang L bracket tu dekat dinding kemas-kemas supaya kukuh.
Dekat bahagian atas tu saya pasang cable tie macam ni.
Dah siap pun. Kejap je nak buat sebab simple sangat.
Ni dekat ruang tamu depan.
Nampak kemas dan menarik kan. Itu kelebihan jika menggunakan langsir eyelet ini . Ia mempunyai cincin besi yang besar pada kain bagi menggantungnya pada rod langsir. Pendek kata, memang jimat masa nak tanggal dan pasang.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Boleh Jadi Inspirasi Bagi Yang Nak Cari Sumber Pendapatan.” Perniaga Ini Kongsi Resipi Kek Batik Indulgance Untuk Buat Niaga.
Semua sudah sedia maklum, ramai yang terjejas pendapatan sejak pandemik dan PKP dilanjutkan demi memastikan jangkitan Covid19 tidak terus menular.
Pastinya pelbagai usaha dilakukan untuk menjana kembali pendapatan agar tidak menjejaskan sumber kewangan.
Bagi yang suka memasak, apa kata cuba resipi kek ini. Barangkali boleh menjana pendapatan buat keluarga.
Ikuti perkongsian saudara Muhammad Ali ini.
Mana tau boleh dijadikan inspirasi bagi yg nak mencari sumber pendapatan.
bekas plastik saiz 6 inci, tinggi 2.5 inci.
Satu adunan kek batik indulgence resepi Mr.Ali dapat dua bekas ni.
Dont worry boleh pakai bekas kecik sikit kalau nak. Sq 450 dapat 6 bekas.
Harap membantu yg ingin berniaga waktu2 begini sy berkongsi yg mana sy boleh tolong.
Resipi Kek Batik Indulgance
Loyang 7 inci
Ada 3 lapisan
1- Kek batik
2- Cream Cheese
3- Ganache
.
Bahan-Bahan Kek Batik :
4 telur ( resepi2 legend kek batik mmg pakai banyak telur, nk kurangkan pun boleh, lain orang lain resepi , so chill )
200g butter. (kalau pakai marjerin / buttercup @ butterblend sedikit masin)
300 g biskut merry
3 sudu makan serbuk coklat bancuh dengan air panas.
2 sudu gula
4 sudu susu pekat
Secubit garam ( optional) ( again, kalau pakai buttercup/ marjerin atau butterblend tak perlu masukkan)
Cara penyediannya:
Panaskan butter sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut…
Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sampai pekat
Dah agak2 pekat, tutup api,biarkan dalam 2-3 minit then baru masukkan biskut.
Gaulkan dan isi dalam bekas
Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 30- 40 minit
Cream cheese/ indulgence
120g whipping cream
40 gram gula kastor
Setengah sudu kecil essen vanilla
250g cream cheese
* gelatin adalah pilihan masing2. nk masuk pun boleh tak nak masuk pun xpe. Tujuan gelatin untuk bagi potongan lebih cantik, struktur kek lebih kukuh. Bagi saya gelatin ni dia rasa sedikit kenyal bila kita makan. Atas selera masing2.
( gelatin 10 gram + 40 ml air panas( pastikan betul2 panas)
larutkan kedua bahan ni sampai ianya mencair
Masukkan bahan2 diatas kecuali whiping cream & gelatin
Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream dan gelatin
Tuang atas kek batik tadi.
Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam
.
Ganache
100 gram whiping cream
100 gram dark chocolate
satu sudu kecil butter
Double boil kan semua bahan2 di atas. Dah sebati kasi suam2 dulu then baru tuang atas cream cheese tadi
Tinggalkan semalaman & boleh makan
Selamat mencuba!
Sumber: Muhammad Ali
<<<<<
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club