Harga Bawang Mahal, Guna Bahan Ini Sebagai Pengganti. Chef Ni Kongsikan Caranya!

Share

Bawang antara bahan masakan penting yang digunakan ketika memasak. Baru-baru ini berlaku kenaikan harga bawang menyebabkan ramai mengeluh. Ada yang berkongsi tip menanam sendiri bawang dan pelbagai lagi.

Selain itu puan Sue M Arukin yang juga seorang chef berkongsi tip menggunakan bahan lain menggantikan bawang. selamat mencuba!

 

Harga bawang yang naik mendadak kebelakangan ni membuatkan ramai tukang masak/suri rumah susah hati. Sebagai alternative kepada bawang, boleh saja gantikan dengan beberapa bahan lain dalam masakan mengikut kesesuaian atau masak menu yang tak menggunakan bawang sebagai perencah.

Antara yang boleh digunakan sebagai pengganti bawang (seperti dalam gambar):

1. Leek atau ada yang panggil bawang perai atau daun kucai cina.
2. Fennel atau dalam bahasa melayu Andas.
3. Chives atau dalam bahasa melayu kucai.

Contohnya macam dalam gambar no 4, saya gunakan hirisan leek dan tak menggunakan bawang putih mahupun merah dalam menu pasta tu. Rasanya sedap juga, tak banyak beza pun. Sedap sesuatu masakan tu bukan bergantung hanya pada satu bahan, banyak lagi bahan-bahan lain yang boleh digunakan.

Melainkan anda berniaga makanan yang memang menggunakan bawang dalam semua menu makanan. Itu tak dapat nak elaklah. Tapi kalau untuk masakan harian di rumah, boleh saja masak menu tanpa bawang. Banyak je resipi yang tak menggunakan bawang; Ayam/daging panggang, ikan bakar, masak lemak cilipadi Nismilan dan banyak lagi. Gunakan bahan perapan lain untuk rasa yang berlainan.

 

Another alternative, start tanam bawang sendiri. Pilihan di tangan kita kan? Don’t complicate life! Dah reda nanti, dah turun harga bawang nanti, bolehlah back to normal menu. Apa susah?
#bawangbukanmembawang