
Sejak memasuki bulan Julai, didapati sebahagian harga barang mulai naik harga. Tinjauan di media sosial mendapati ramai warganet mengeluh mengenai kenaikkan harga barang.
Ada yang berkongsi gambar harga barang-barang tertentu dengan paparan harga. Ada juga mengeluh duit RM50 sekeping untuk satu barang sahaja. Pelbagai lagi keluhan.
Namun kenaikkan harga ini tetap berlaku dalam ekonomi negara. Sebagai pengguna ketika ini tiada cara lain untuk mengawal ia berlaku. Cara paling pantas adalah berbelanja secara berhemah supaya bajet keluarga masih dapat di kawal.
Ikuti perkongsian tip mengenai kewangan yang dicadangkan oleh Pakar Kewangan ini, Azizul Azli Ahmad agar menjadi panduan bersama.

Saya bawa isteri beli barang dapur semalam. Memang terasa sangat harga barang kering naik harga.
“Sebenarnya setiap hari kami tukar harga barang bang. Barang sampai mesti harga baru”.
Cerita staff yang kerjanya susun susun barang sahaja.
Buatlah pilihan yang baik ketika nak beli barang. Pilih yang benar benar perlu sahaja.
1. Kurangkan makan diluar, harga makanan luar semakin mahal.
2. Beli barang yang kita selalu pakai dan habiskan.
3. Sekarang bukan zaman cuba cuba makanan lagi, makan untuk kenyang bukan sebab makanan viral.
4. Jangan bazirkan sumber makanan yang ada. Biar kurang jangan berlebih lebih baik.
5. Pembaziran makanan waktu majlis kenduri perlu dihentikan. Buat kecil biar bermakna, bukan besar dan membazir.
6. Waktu gawat begini, pastikan kita ada aset yang mudah ditunaikan.
7. Jaga baik baik aset yang beri aliran tunai seperti Rumah sewa, perniagaan dan sebagainya.
Kawan kawan,
Selain jaga keluarga kita kena banyak berdoa.
Moga dipermudahkan urusan kita menjaga keluarga kami.
Peniaga Tunggu Masa Naikkan Harga
Dalam pada itu, akhbar Kosmo juga membuat liputan mengenai kenaikan harga. Apa yang pasti, kita memastikan berbelanja mengikut keperluan bukan kehendak.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Rezeki Melimpah Ruah, Dapat Pergi Umrah. Bila Wanita Ini Bersedekah RM14 Tapi Dibalas RM14,290!

Rahsia sedekah, membawa rezeki melimpah ruah buat wanita ini. Nyata segalanya ketentuan Ilahi. Tidak menyangka niat ikhlas sedekah hanya RM14, telah menjemput rezeki berlipat kali ganda.
Nyata, rezeki tidak salah alamat buat wanita ini. Ikuti perkongsian Nurull Azliza Nordin ini. Moga kita pun dimurahkan rezeki sepertinya.







Gara-Gara Sambal Petai, Wanita Ini Dedah Sebab Berpisah Dengan Suami Raih Perhatian Warganet.

Setiap pasangan yang berkahwin inginkan sebuah rumahtangga bahagia hingga akhir hayat.
Namun siapa kita untuk menidakkan takdir jika itu sudah tertulis. Pelbagai alasan sebuah perkahwinan itu tidak bahagia. Namun itu asbab berlakunya perpisahan.
Namun setiap yang berlaku perlu pasrah dan hidup perlu diteruskan. Usah toleh lagi kebelakang pasti bahagia menjelma tiba.
Namun ia tetap menjadi kenangan buat diri untuk lebih matang bagi meneruskan kehidupan. Begitulah pendedahan yang dikongsi oleh seorang wanita mengenai kisah hidupnya menerusi group MASAK APA HARI NI, Lizana Abdul Malik yang berpisah dengan suami disebabkan tidak pandai memasak.
Menerusi group itu, beliau berkongsi sekeping gambar masakan sambal petai yang dimasak oleh anaknya. Dalam pada itu, mengingati memori punca keruntuhan rumahtangga dikatakan tidak sefahaman dan kerap makan dikedai.
Dalam pada itu, warganet melahirkan rasa simpati, ada juga berkongsi pengalaman yang sama dan juga sebaliknya.
Siapa sangka, isu masak dijadikan alasan rumahtangga tidak bahagia. Apa yang pasti, sebuah rumahtangga itu setiap pasangan perlu saling lengkap melengkapi. Moga jadi iktibar bersama.
_______________________
Anak balik dari Matriks lepas berkurung 5 bulan lebih di Kolej. Harini dia masak nasi lemak sambal udang petai.
Dulu masa saya kawin memang saya tak pandai memasak langsung. Siap kena cerai sebab katanya tak sefahaman, bini tak pandai masak dan asyik makan kat kedai.
Saya takmo berlaku yang sama kat anak saya. So saya ajar sikit sikit ilmu memasak walaupun boleh google. Sebab google tak detail ajar pecah minyak tumis tu macamana jadi benda gini saya yang nak kena ajar.
Ilmu resepi google tu berlambak tapi tips untuk masakan lebih enak tu tak banyak.
Mudah mudahan jadi ilmu yang bermanafaat untuk dia nanti.
“MEMANG ADA LELAKI MACAM TU”
Sumber: Lizana Abdul Malik
“Tak Pernah Bertekak Depan Saya” Keluarga Mentua Sebagai Inspirasi, Shuib Kongsi Tip Didik Anak-Anak

Lain orang lain cara mereka dalam membahagiakan keluarga masing-masing. Bagi Shuib Sepahtu, dia menjadikan keluarga Allahyarham, Siti Sarah Raissuddin sebagai teladan dalam menyemai sifat yang menuju ke arah keluarga bahagia.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkongsi salah satu tips untuk kebahagian dalam menjaga dan mendidik empat orang anaknya adalah memberi kasih sayang yang mencukupi.
“Bagi saya, kasih sayang amatlah penting dalam mendidik anak-anak. Saya selalu percaya yang happy family, family yang penuh kasih sayang, anak-anak penuh kasih sayang, Insya-Allah akan jadi anak-anak yang baik.
“Sarah pun selalu cakap macam tu. Saya nampak benda ini pada keluarga Sarah..mereka keluarga yang, saya kenal dah lebih 11 tahun tak pernah bergaduh.
“Tak pernah bertekak depan saya… tak pernah. Family dia penuh dengan kasih sayang, semua anak-anak Raisuddin ni hebat, bagus taat. Sebab itu saya percaya kasih sayang akan buatkan anak-anak yang baik.
“Itu yang saya nampak… Insya-Allah. Segelintir orang yang ada problem ini datang daripada keluarga yang berpecah… mungkin tak dapat kebahagian daripada ibu bapa, mereka cari kebahagian cara lain,” ujarnya.
Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat anak, Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan yang berusia setahun.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Sumber : Gempak