Saat mengetahui anak mereka menghidap penyakit yang membawa maut, hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu. Biar diuji dengan dugaan berat itu, ibu bapa ini sedaya upaya memenuhi permintaan anak kecilnya.
Adik Ahmad Danial bin Ahmad Suhairi, 7 tahun telah diberi kejutan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang yang menyantuni kanak-kanak tersebut dengan memakaikannya pakaian seragam bomba serta bergambar dengan anggota bomba yang lain.
Adik Danial yang bercita-cita untuk menjadi anggota bomba telah dibawa menaiki jentera jabatan bomba yang dipandu sendiri oleh Pengarah Bomba Pahang, Nor Hisham Mohammad.
Menurut Ahmad Suhairi yang juga bapa kepada adik Danial, sebelum anaknya berada dalam keadaan tidak berdaya, dia ada menyuarakan hasrat untuk menjadi anggota bomba kepada Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (PESONA) dan tidak menyangka impian itu direalisasikan.
Ahmad Suhairi Ali, 33, berkata walaupun anaknya tidak boleh menunjukkan sebarang reaksi, namun beliau percaya anak sulung daripada tiga beradik itu berasa gembira lebih-lebih lagi apabila berpeluang menaiki jentera bomba.
“Menurut doktor yang merawatnya, tiada ubat boleh merawat atau memulihkannya lagi, jadi kami reda dan akan buat sehabis baik untuk menggembirakannya.
Ads
“Danial memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.
Ahmad Suhairi berkata Ahmad Danial, 7, dikesan menghidap penyakit kanser otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat pada Mac lepas, apabila menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini ekoran keadaan matanya yang juling.
“Kami beranggapan mungkin Danial hanya mengalami sindrom ‘mata malas’ namun setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap kanser otak sebelum disahkan sebagai kanser jenis DIPG.
Kanser otak DIPG adalah sangat jarang ditemui dan dikatakan tidak memberi peluang sembuh kepada penghidapnya dengan kadar survival ialah sifar, namun kami masih mengharapkan keajaiban akan berlaku dan akan terus berusaha sebaik mungkin,” katanya.
Ads
Ahmad Suhairi berkata kesihatan anaknya yang sebelum ini belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad di sini, merosot dengan cepat dan hanya terlantar serta tidak lagi mampu memberi respons fizikal sejak Mei lepas.
Disebabkan sifat kanser itu, Ahmad Suhairi berkata Danial tidak dapat menjalani sebarang rawatan seperti kimoterapi atau radioterapi dan diisytiharkan berada dalam keadaan paliatif.
Kini dia hanya terlantar di rumah sejak Mei lalu dan hanya bergantung kepada ubat- ubatan hospital sahaja. Malah, segala urusan hariannya hanya bergantung kepada ibu bapa untuk menguruskan selain perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Ads
Permintaan terakhir kanak-kanak penghidap kanser otak.Ahmad Danial Ahmad Suhairi disahkan mengidap kanser otak tahap empat; dan urusan hariannya hanya bergantung kepada ibu bapanya selain menggunakan kerusi roda untuk bergerak.Ahmad Danial bercita-cita mahu menjadi bomba namun pakar perubatan mengesahkan peluang untuk kanak-kanak ini meneruskan hidup amat tipis…Sama-sama kita doakan mereka.***Video ini adalah suntingan amatur wartawan TV3 Fazli Ahmad selepas membuat liputan.
Ibu ayah mana yang tidak risau jika melihat anak yang pada kebiasaannya riang dan aktif tiba-tiba tidak sihat.
Umumnya bermula dengan demam, selesema kemudian batuk. Dari sehari ke sehari, jika tidak dirawat akan menyebabkan batuk semakin kerap dan lebih teruk jika anak mengalami batuk berkahak.
Keadaan ini menyebabkan anak akan rasa tidak selesa hingga ada yang berjaga sepanjang malam. Bagi memberi kelegaan apa kata anda lakukan tepukan dada yang dikongsikan oleh seorang doktor ini di aplikasi TikTok untuk panduan bersama.
Doktor Kongsi Teknik Tepukan Dada
Menerusi perkongsian video di Tik Tok, doktor ini berkongsi satu teknik tepukan dada yang boleh dipraktikkan oleh ibu ayah bagi memberi kelegaan untuk mengurangkan kesan batuk berkahak pada anak-anak.
Ujarnya teknik ini boleh dilakukan sejak anak-anak masih kecil hingga usia sekolah rendah bagi membantu bukan sahaja memberi kelegaan jika batuk berkahak malah dapat merangsang paru-paru lebih sihat dan kuat dengan menggunakan teknik chest physio.
Cara yang dikongsikan cukup mudah, di mana ibu bapa perlu dudukkan anak dan pastikan mereka dalam kedudukan yang selesa.
Kemudian tepuk-tepuk dari atas ke bawah tetapi pastikan tangan sedikit curve seperti yang ditunjukkan di dalam video yang dikongsikan
Ulang langkah tersebut sama ada di bahagian depan dan belakang badan anak kita. Pastikan selalu buat agar kahak yang ada di bahagian paru-paru menerima getaran (vibrate) dan secara tidak langsung membantu untuk mengelakkan kahak terus melekat di bahagian paru-paru.
Jom saksikan video Challenge Pengumpul Marsmallow Teragung!
Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami. Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah dan suka bersedekah. Namun amalan murni ni telah dieksploitasi oleh sesetengah golongan yang mengambil kesempatan dengan kewujudan sindiket pengemis termasuk warga negara asing. Malaysia menjadi lubuk mereka atas sikap dasar kesian dan simpati.
Namun hakikatnya, dalam Islam perbuatan mengemis dan meminta-meminta dilarang oleh agama Islam.
Lebih pelik, para pengemis ni memperolehi pendapatan lebih banyak dapati para perniaga yang gigih berusaha untuk menjana ekonomi keluarga.
Begitulah yang situasi yang dilalui oleh perniaga ini yang diluahkan melalui facebooknya. Pendapatan yang diperolehinya adalah lebih jauh sedikit berbanding pengemis.
Ikuti perkongsiannya ini.
Akal, emosi dan sentimen
Salah satu perniagaan aku ialah menjual buah Nanas MD2, Nanas potong MD2 dan Jus Nanas MD2 100%.
Aku seronok dan tidak segan untuk menjual Nanas di jalanan dan kaki lima.
Melalui berniaga di jalanan dan kaki lima, aku dapat melihat dan merasai sedikit sebanyak perit jerih peniaga jalanan dan ragam2 pelanggan.
Pengalaman aku berniaga di kaki lima Maybank Seksyen 9 BB Bangi, aku dapat melihat betapa lebih menguntungkan mencari ‘perniagaan’ berupa SIMPATI dan sentimen.
Lebih kurang jam 8.30 malam, setiap kali aku sampai ke Maybank untuk berniaga, akan kelihatan 2 orang dari Selatan Thai yang berpangkat pakcik dan makcik memakai Kopiah, kain pelekat, tudung labuh dan sanggup duduk langsung di atas lantai kaki lima. Memang nampak kesian. Berkesan sungguh emotional effect pada org lain hanya dengan taktik duduk direct atas lantai. Padahal kotor lantai tu. Yang makcik tu akan letaklah keropok2 (tak berkualiti dan murahan) atas lantai. Tak susun elok2 pun, macam tak minat jual sgt pun. Yang pakcik pula, bawa bam (takde kualiti dan murahan) dalam beg kecil kononnya sebagai barang perniagaan. Harga yg dijual RM10 sangat tidak setimpal dengan kualiti barang yg dijual. Mereka sentiasa datang awal dan akan port betul2 di kiri kanan pintu masuk bank. Terpaksalah aku pergi jauh dari lokasi strategik yang mereka sudah ambil. Mereka boleh berbahasa ‘kelate’ dan akan cuba create ‘small talk’ dengan aku mungkin sebab segan dgn kehadiran anak tempatan yang mencari rezeki berniaga ditanahair sendiri.
Kalau dibandingkan bisnes model aku dengan mereka, jauh lebih sukar bisnes aku sebab utk aku set up booth sahaja akan mengambil masa 20 minit. Itupun kalau aku dapat parking MPV aku dekat dengan kaki lima dan dapat offload barang dgn lebih efisyen. Itupun kalau parking ada kosong. Selepas itu, aku kena angkat 2-3 bakul berisi Nenas seberat 50-100kg, peti sejukbeku polystrene berisi Nenas potong dan Jus, penimbang digital, 3 keping plywood utk letak Nenas, kain utk lap botol jus, tisu, baldi kecik isi air utk cairkan jus yg beku, bekas duit tukar, tester Nenas, toothpick, beg plastik, stand up bunting, papan harga, dll. Itu belum diambil kira proses persediaan sebelumnya iaitu proses mengupas kulit Nenas, membuang mata Nenas, memotong Nenas, slow juicing nenas, memasukkan dalam container plastik dan botol jus, melabelkan bekas dan botol dgn stiker produk, dll. Kesimpulannya, bisnes model aku berteraskan kualiti, harga berpatutan dan usaha yang gigih. PENAT.
Gambar hiasan
Setelah aku bersedia untuk memulakan proses menjual produk Nenas2ku, kagum aku melihat ‘perniagaan’ berteraskan simpati Pakcik Makcik itu begitu laris. Boleh kata ada saje pelanggan yang ‘mencampakkan’ 10 ringgit, 5 ringgit kepada mereka. Yang lebih menakjubkan, pelanggan tidak mengambil apa2 pun barang jualan mereka. Ajaib sungguh. Duit masuk, barang tak keluar. WOW!
Sedang aku pula, walaupun nenas MD2 aku sedap, berkualiti, value for money dan hanya dijual pada harga RM6, pelanggan akan bertanya macam2 dan membuat muka serius sebelum membeli. Itupun hanya dibeli setelah aku berjaya memberi layanan dan penerangan yg dapat meyakinkan mereka.
Ada juga insiden di mana, seorang pelanggan muslimah siap berniqab ini baru keluar bank dan terus meluru ke booth nenas ku, kusangkakan nak beli nenas, rupa2nya nak tukar duit saje. Tanpa berfikir, aku pun menukarkan duit RM10 dia kepada RM5 dua keping. Ingatkan utk apa, rupa2nya diberikan RM5 itu kepada setiap seorg Pakcik dan Makcik bersila atas lantai itu tanpa mengambil satu barang jualan pun. Takdepun dia nak beli satu pun jualan Nanas ku. Takpelah.
Gambar hiasan
Dari jam 8.30 sehingga 9.30 mlm , aku anggarkan pendapatan PakCik Makcik itu boleh mencecah RM150 setiap seorg. Sungguh lumayan. Hanya dalam 1 jam. Sedang aku masih terkial2 nak buat sales RM30 sahaja pun. Penat berdiri, menyusun buah, mengelap botol yg basah, dll. Seronoknya ‘perniagaan’ mereka.
Ada sekali tu, duit tukar aku dah habis, jadi aku risau tak dapat nak bagi duit tukar pada pelanggan nanti, jadi aku minta pada pakcik dan makcik tu nak tukar note 50 aku sebab aku tahu mereka dapat banyak duit note 10 dan 5. Yang menyedihkan, mereka kata takde dan tak dapatlah aku tukar duit dgn mereka. Nampak sangat menipu. Aku rasa mereka telah dilatih utk tidak bagi kerjasama sebab nanti ‘kantoi’ la mereka dapat banyak duit. Setelah beberapa kali aku berniaga di situ, aku dapat rasakan mereka rasa ‘tak sedap’ sebab mereka tahu aku tahu ‘taktik’ mereka dan pendapatan mereka. Mereka cuba berbaik2 dgn aku, biasalah sembang2 tanya itu ini. Kadang2 macam kenen2 nak makan free. Maaf, aku tak dapat bagi. Dia mampu beli sebab dapat duit banyak. Cuma taknak beli supaya nak kekal nampak susah dan nampak kesian. Sedang aku yang penat berusaha nak proses Nanas2 tu lagi, nak berniaga lagi, tiada siapa nak kesian.
Gambar hiasan
Jadi aku layan gitu2 je mereka dan ada sekali tu aku bagi penegasan sikit (indirect) yg aku berniaga bukan mudah, kena usaha lebih, ada proses. Bukan senang nak dapat duit org. Pakcik tu terasa. Terus bangun blah. Malu kot.
Aku perati, dekat2 jam 12 malam (ATM tutup), akan sampai satu TOYOTA HILUX plate Thailand. Parking jauh sikit, nak sorok2 le tu. Dan disuruh seorg budak kecik utk pergi ke Pakcik dan Makcik tu. Macam messenger la. Supaya tak nampak pemandu Hilux tu. Pakcik dan Makcik tu pun akan berjalan menuju ke Hilux tu membawa hasil yg lumayan. Dan berlalu pergilah bisnesman dan bisneswoman hebat dari Selatan Thai itu. Esok kemari lagi dari siang sampai ke malam. Hasil perniagaaan mereka akan dibawa ke tempat mereka tanpa memberi apa2 faedah kepada anak2 jati Malaysia yg masih ramai yg susah dan gigih berusaha siang malam.
Bisnes model menagih simpati dan ‘agama’ sangat berjaya di dalam pasaran orang Melayu di serata lokasi. Orang Melayu memang ‘cerdik’.
KOPIAH
Muka aku sebijik macam Cina. Org Cina pun ingat aku Cina. Jadi, kalau aku jaga booth aku, org Melayu tgk atas bawah dari jauh. Payah nak singgah membeli. Apa nak buat. BMF punye ‘kejayaan’.
Jadi, walaupun aku paling tak suka ‘menunggang’ agama, aku terpaksa pakai kopiah semasa berniaga. Analisa aku menunjukkan, jumlah sales sangat jauh berbeza apabila aku memakai kopiah dengan apabila aku tidak berkopiah. Sales jatuh teruk apabila aku tertinggal kopiah aku kat rumah. Pelik. Produk aku kualiti dan halal tetap yg sama tetapi Sales figure berbeza apabila berkopiah dan tak berkopiah. Hahaha. Giler!
Penat aku menulis, namun aku yakin pasaran orang Melayu akan terus ‘cerdik’ mengkayakan orang Selatan Thai, orang Pakistan berjubah dan berjambang, orang Afganistan berjubah, penunggang agama dan watak2 kesian. Tidak menilai melalui kualiti, kebersihan dan harga barang yang dibeli. Patutlah sehingga harini orang Islam ke, Melayu ke masih belum dapat membuat kapal terbang sendiri, kereta sendiri, basikal ke, handphone sendiri ke, waima seluar dalam sendiri pun belum lagi. Sebabnya, buat apa susah payah buat dan keluarkan teknologi sendiri. Kan lebih syok duduk atas lantai dan menadah tangan mengaut untung.
Dan aku juga yakin, selagi orang Islam meminta-minta, menipu dan masih tidak ‘cerdik’ di dalam memberi sedekah atau membeli, umat Islam akan terus mundur. Buktinya ialah, mana ada negara2 maju seperti Jepun, Korea, Switzerland, Denmark, Australia dll yg rakyatnya akan menyusun strategi, taktik dan meminta-minta dan menagih simpati.
Berniaga itu SUNNAH. Meminta-meminta bukan SUNNAH.
Penyanyi yang popular dengan lagu etnik klasik, Syura Badron telah selamat melahirkan putera lelaki pada hari Isnin, 13 Mac 2023 bertempat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.
Berita gembira tersebut dimuat naik oleh suaminya, Muhamad Farizat Ismail menerusi sebuah hantaran video di Instagram milik mereka sebentar tadi.
“Syukur Alhamdulillah.. Pada 13 Mac 2023 isteri saya telah selamat melahirkan seorang putera seberat 2.5 kilogram (kg) secara normal pada pukul 9 malam.
“Syura dirawat sempurna oleh Dr. Thokha Muhammad di Regency Specialist Hospital, Johor Bahru.. Terima kasih di atas segala doa yang tak hentio-henti dari semua..
“Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala doa kalian. Terima kasih sayang untuk anugerah terindah ini..” tulisnya.
Malah, dalam perkongsian yang sama, mereka juga turut mendedahkan nama anak lelaki mereka di akhir kapsyen tersebut.
“Assalamualaikum dan selamat datang sayang daddy mummy, Muhammad Umar Eussof,” tambahnya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...