Setiap wanita yang berhijab pasti punya cerita tersendiri. Termasuklah isteri kesayangan Dato Seri Aliff Syukri ini.
Bercerita tentang pengalamannnya pertama kali memakai hijab pada usia 14 tahun, akui Datin Seri Shahida, beliau disuruh berbuat demikian oleh ayahnya.
“Alhamdulillah bila mama suruh @qadejah pakai tudung dia boleh ikut dan dengar cakap…….
Ads
“Mama dulu waktu atuk suruh pakai tudung mama tak dengar sampai atuk cakap kalau tak pakai tudung jgn keluar rumah….lepas tu mama pakai la bila keluar tapi lepas tu dah agak-agak jauh sikit dari rumah mama pun buka.
“Harap-harap @qadejah tak ikut la perangai buruk mama tu….biasalah zaman muda mudi….nak merasa semua..
Ads
“Mama Pakai tudung sepenuhnya umur 14 tahun tapi waktu tu teringin juga nak free hair sampai umur 15-16 tahun tu nak merasa tak pakai tudung….siap dah ikat rambut lawa2…sudahnya tiba2 rasa tak nak keluar pula sebab x pakai tudung.
Ads
“Kesimpulannya Kalau kita dah biasa bertudung Insya Allah niat tu Allah pelihara…..yg x bertudung tu bukan nya x baik….baik sangat2 byk yg saya jumpa sangat2 baik……belum sampai lagi masanya….doakan yg baik2 utk orang yg baik2 juga datang pada kita,” tulisnya panjang lebar di ruangan instagramnya.
Pasangan sama cantik sama padan ini sememangnya sangat sempoi orangnya. Setiap kali memuat naik video atau gambar menerusi instagram, pasti menjadi perhatian netizen.
Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 33, dan Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 31, bergelar suami isteri pada 20 Mac 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Ungku Arsalan 10 bulan.
Menurut Ungku Hariz, fasa menjadi ketua keluarga dan bergelar bapa banyak mematangkannya. Malah akuinya, pelbagai perubahan berlaku pada dirinya sendiri lebih-lebih lagi selepas menimang cahaya mata sulung.
“Kebanyakan kerja rumah dilakukan sendiri tanpa bergantung pada isteri. Kalau dulu, saya tak pernah tahu pun harga sayur di pasaran. Sekarang ni, sebut sahaja sayur apa berapa harga semua sudah dalam kepala. Pasar tani saya pergi, rumah pun saya sendiri kemas, malah baju pun saya sendiri lipat.
“Tambah-tambah bila ada OCD (Obsessive Compulsive Disorder), saya memang suka buat semua kerja sendiri,” katanya yang kini lebih cenderung untuk meluangkan masa bersama keluarga di rumah berbanding rakan-rakannya.
“Semua yang saya buat sekarang hanya untuk keluarga terutama anak, sudah jarang fikir untuk diri sendiri.
“Sekarang pun sudah kurang melepak luar, kalau ada masa habis sahaja shooting terus balik rumah nak jumpa anak,” tambahnya yang kini muncul dengan filem televisyen terbaharu Berani Jadi Papa bergandingan dengan Rykarl dan Datuk Awie.
Dalam pada itu, Ungku juga mengakui sejak berumah tangga banyak perubahan pada isterinya Jihan Muse.
Malah, sifat keibuan Jihan semakin menyerlah sejak mereka menimang cahaya mata sulung bernama Ungku Arsalan Haq yang kini berusia 10 bulan.
“Sifat keibuan itu semakin menyerlah pada diri Jihan, contohnya, sekarang ni kalau memasak tak perlu suruh atau tak perlu tanya, dia akan buat.
“Keduanya waktu tidur, kalau anak dah bangun pagi-pagi, dia akan bangun sama, uruskan hal anak dan siapkan sarapan untuk kami.
“Saya dan Jihan agak sibuk, jadual kami tak sama, jadi kalau ada masa memang kita akan luangkan masa berkualiti bersama.
Siapa yang tak kenal dengan penyampai radio dan pengacara, Halim Othman, 56 tahun merupakan seorang pengacara Selamat Pagi Malaysia serta hos rancangan Roda Impian yang sememangnya diminati ramai pada 1996.
Namun kehidupan peribadinya tidak ramai yang tahu membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenai keluarganya.
Bagaimana pun tular di media sosial, gambar dia bersama anak tunggalnya membuatkan peminat terkejut.
Harian Metro melaporkan bahawa anaknya merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2019, Myra Natasya, 27.
Difahamkan anaknya ‘menyorok’ identiti dirinya demi menghormati ayahnya yang selama membina nama sebagai penyampai radio dan pengacara.
Bagaimana pun anaknya yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan akan muncul dengan drama Republic Of Gombak di TV3, berkata sekarang masa sesuai untuk dia mendedahkan identiti diri dan bapanya. Malah, pendedahan ini mendapat keizinan ayahnya terlebih dahulu.
“Selama tiga tahun ini, saya ‘menutup kemas’ identiti ayah kerana menghormatinya yang selama membina nama sebagai penyampai radio dan pengacara, memang tidak pernah buka mulut bercerita mengenai kisah peribadi dan keluarga.
“Malah, pada awal pembabitan dalam karier seni ini pun, ayah kurang setuju kerana bimbangkan diri saya. Tapi, selepas dia menonton saya mengacarakan Didik TV, banyak ilmu dikongsikannya.
“Dia pun nampaknya bangga dengan saya kerana mampu berusaha untuk menapak dalam karier ini dengan bakat sendiri tanpa bergantung dengan namanya. Saya sayang dan menghormati ayah.
Mirip wajah ayah
Melihat pada sikap ramah Myra, cara percakapan serta raut wajahnya, memang ada iras Halim.
Ujarnya, persamaan itu mungkin kebetulan kerana mereka anak-beranak.
“Hubungan saya dengan ayah memang baik, walaupun saya tahu dia kurang selesa berkongsi kisah peribadinya dulu kepada media. Malah, dia kalau bercakap pun suka berkongsi kisah semasa atau politik.
“Tapi, saya dah cakap dengan dia akan beritahu siapa saja yang tanya. Dia faham dan harapan saya ingin berjaya dalam karier ini,” katanya yang juga tenaga pengajar sukan sorak untuk beberapa sekolah menerusi syarikat ditubuhkannya.
Difahamkan, Myra atau nama sebenarnya, Yusmyra Natasya adalah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.
Wargenet terkejut!
Dalam pada pada, warganet meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu pengacara popular itu telah berkahwin dan mempunyai anak.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun ditakdirkan suami isteri tidak bersama lagi, jangan sesekali memutuskan hubungan antara ibu ayah dan anak-anak. Bukan sahaja kerana tanggungjawab sebagai anak-ayah atau anak-ibu, tetapi demi masa depan mereka juga jika sebarang perkara berlaku.
Itulah yang dipraktikkan oleh penyanyi terkenal, Ziana Zain yang sentiasa mengingatkan anak-anaknya agar menghubungi bapa mereka malah tidak akan sesekali memisahkan hubungan itu dengan bekas suaminya Armin Zaharin.
Memetik laporan harian metro, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain berkata dia tidak mahu anak-anaknya derhaka meskipun dia sendiri sudah tidak berhubung lagi dengan Armin.
“Saya sudah tak ada apa-apa. Anak-anak sajalah. Mereka selalu jumpa dengan ayah mereka. Saya selalu ingatkan anak-anak kalau sudah telefon ayah. Setiap minggu kena tanya ayah, apa-apa sajalah. Dia masih bapa mereka.
“Kita dengan bapa kita pun, marah tak kita? Jangan, berdosa. Saya tak nak anak-anak saya derhaka pada ibu bapa. Kita ini contoh pada mereka. Jadi, kita jangan cakap perkara negatif pasal bapa dia, berdosa saya.
“Saya nak anak-anak saya esok jadi suami dan isteri yang baik. Kalau boleh mereka berkekalan sampai akhir hayat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Rizman Ruzaini, di sebuah hotel.
Penyanyi lagu Putus Terpaksa itu pun berkata dia memang tiada isu jika menyentuh urusan berkenaan anak-anak dengan bapa mereka. Kalau terserempak sekali pun, dia baik-baik saja.
“Tak ada hal. Saya pula yang tanya mereka kalau tak jumpa bapa mereka berapa bulan. Saya tak nak renggangkan anak-anak. Jangan pisahkan kasih sayang, itu anak dia.
“Tak ada masalah, saya profesional. Saya okay kalau dia nak tanya pasal sekolah anak-anak. Ini hidup saya, itu hidup dia,” katanya.
Ziana juga mengakui sudah lama memaafkan Armin dan hatinya cukup lapang. Dia tidak nafikan kenangan lama pasti menerpa juga tapi enggan dibelenggu sebarang rasa dendam dalam diri.
“Dari dulu pun sudah maafkan kerana kalau tak beban itu kita bawa sampai akhirat. Saya tak mahu. Saya nak hati saya lapang, fikiran saya lapang, cukup.
“Bagi saya, kenangan masih tinggal kenangan. Kita tak boleh padam. Hidup saja dengannya tapi dalam cara yang positif.
“Hidup ini, kita tak boleh terperangkap dalam masa silam. Memang kenangan akan datang sekali-sekala, itu biasa. Tapi kena buat keputusan untuk terus maju ke depan,” katanya.
Terdahulu, pada Mei 2018, bekas suami Ziana, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya.
Perkahwinan mereka selama 20 tahun secara rasminya berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Sumber : Hmetro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...