“Haram Sembahyangkan Jenazah Individu Hina Islam. Kalau Buat Juga, Kita Berdosa!”-Ustaz Azhar Idrus

Share

Seakan menjadi-jadi pula isu orang Islam menghina agamanya sendiri. Belum pun reda kisah pelawak wanita yang didakwa menghina Islam, kemudian tular pula video seorang lelaki yang mempersendakan Allah dan Nabi Muhammad SAW.

Buat follower Keluarga, sila gunakan kod promo KELGSP5 untuk pembelian Telaga Biru Buku Kenali Rasul Kita Muhammad SAW dengan harga lebih murah di GO SHOP

Itu belum lagi cerita-cerita lain yang tidak diviralkan, mungkin banyak jumlahnya tiada siapa yang tahu. Apa yang pasti hal ini cukup membimbangkan kita semua. Bukan sahaja kita melihat individu yang melakukan penghinaan tersebut malah kita juga turut terkesan dan perlu ambil tahu berkenaan hukum hakam berkaitan hal tersebut.

Ini sebagaimana penjelasan daripada penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus (UAI), telah menjelaskam haram hukumnya untuk menyembahyangkan jenazah individu Islam yang menghina agamanya.

Distiharkan Kafir Murtad

Terangnya lagi di dalam ceramah tersebut, fatwa ahli sunnah wal jamaah menyatakan bahawa individu terbabit telah diistiharkan sebagai kafir murtad meskipun dia mengaku bahawa agamanya adalah agama Islam.

“Kita tanda nama dan mukanya di papan kenyataan masjid. Ini dengan tujuan bila dia mati kita tidak perlu sembahyangkan dia dan kebumikan jenazahnya. Ini kerana jika berbuat demikan kita pula berdosa kerana dia kafir murtad”

“Orang yang menghina Islam dan nabi adalah sudah murtad. Bukan itu sahaja, bahkan siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik”

Petikan video yang dikongsikan di akaun TikTok @mesrikandistella  turut memperlihatkan bahawa Ustaz Azhar Idrus mengatakan bahawa orang munafik di akhirat kelak akan berada di neraka paling bawah. Malah orang Islam yang maki dan hina Islam, hina al-Quran serta hina nabi secara jelas adalah kafir dan hukumnya jatuh murtad.

@mesrikandistella 𝑯𝑼𝑲𝑼𝑴 𝑯𝑰𝑵𝑨 𝑰𝑺𝑳𝑨𝑴 , 𝑵𝑨𝑩𝑰 @ustazazharidrus_official #uai #hinagama #murtad #allahuakhbar #cariilmu #shareilmu #kongsiilmu #ceramahagama #ceramahpendek #ceramahustad #ceramahsingkat #kongsikebaikan #viralsharevideo #kejarakhirat #ingatAllah #doaselalu #pertahankanagamaislamkita #fypシ #fyp #viralvideo #viral #viralfypシforyoupage #viralfypシforyoupage #viralfypシ #fypシ゚viral #sharefyp ♬ Sholawat Jibril – Nada Langit

ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!

Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah lagi aktiviti menatik menanti anda. Jadi jangan lepaslan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI