Kalau dilihat sedang, ramai kaum adam yang tanpa segan silu memakai barang perhiasan. Menganggapnya sebagai fesyen, ramai beranggapan ianya adalah trend memandangkan ramai selebriti lelaki turut memakainya.
Perkara ini bukanlah satu contoh yang baik kerana ia berkait rapat dengan soal hukum.
Terpanggil untuk mengulas mengenai perkara tersebut, tokoh pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil menerangkan hukum pemakaian aksesori ini dalam kalangan kaum lelaki.
“Melihat budaya lelaki memakai rantai terutama artis yang boleh mempengaruhi anak muda sangat membimbangkan.
“Sebenarnya kita lihat sekarang semakin ramai lelaki memakai rantai sama ada daripada besi, perak atau emas, seolah-olah sudah menjadi kebiasaan,” tulisnya dalam satu perkongsian di Facebook.
Berikut adalah hukum berkaitan dengannya, sebagaimana yang dikongsi oleh Ustazah Asma’.
1. Memakai Rantai Bagi Lelaki
Daripada Ibnu Abbas r.a, beliau berkata:
Ads
“Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai orang perempuan dan juga golongan perempuan yang menyerupai orang lelaki.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Syeikh Badruddin al-‘Aini pula mengulas hadis ini, kata beliau:
“(Celaan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki yang menyerupai perempuan dari sudut pakaian dan juga perhiasan yang khusus buat orang perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang tangan, gelang kaki, dan juga anting-anting.” (Kitab ‘Umdatul Qari, Al-‘Aini 22/41)
Jelas daripada hadis di atas bahawa haram bagi seseorang untuk memakai pakaian atau perhiasan yang khas bagi jantina berlawanan dengannya.
Pengharaman bagi lelaki menyerupai wanita ini tiada khilaf dalam kalangan alim ulama sama ada daripada sudut pergerakan badan, kelembutan kata-kata, perhiasan, pakaian dan lain-lain yang khas bagi wanita dari sudut adat dan tabiat.
2. Barang Perhiasan Dari Emas Untuk Lelaki
Kaum lelaki diharamkan untuk mengambil emas sebagai perhiasan, maka begitu juga dengan memakai cincin emas bagi lelaki juga jelas pengharamannya melalui hadis Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:
“Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas.” (HR Muslim, hadis sahih)
Rasulullah SAW pernah melihat seseorang memakai cincin yang diperbuat daripada emas lalu Baginda SAW mencabut cincin tersebut dari tangan lelaki tersebut lalu mencampakkannya, kemudian Baginda SAW bersabda:
“Seseorang dari kalian sengaja meletakkan bara daripada api neraka di tangannya.” (HR Muslim, hadis sahih)
Ads
Namun dalam isu ini terdapat beberapa pengecualian, antaranya ialah fatwa daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Negeri Sembilan akan keharusan pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki untuk tujuan perubatan atau rawatan.
Bagaimanapun fatwa ini berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:
1. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).
2. Tidak terdapat unsur najis padanya.
3. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan akidah.
4. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.
5. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ berpandangan lelaki yang memakai gelang untuk tujuan perubatan, dinasihatkan tidak memakainya di tempat awam secara terbuka atau menghebahkannya di media sosial.
Ia bertujuan untuk mengelakkan fitnah terhadap pemakai kerana melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah adalah makruh.
Berita keruntuhan rumah tangga penyanyi Shila amzah sememangmnya mengejutkan ramai para peminatnya dan para wartawan. Sememangnya sukar untuk menghidu cerita perkahwinannya walaupun Shila Amzah dilihat sebagai seorang yang agressif dalam melontarkan sesuatu pendapat.
Mengakui keputusannya untuk menamatkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Haris Idraki adalah yang terbaik dalam hidupnya. Walaupun ada yang mengatakan bahawa hubungan itu harus diselamatkan namun Shila memilih untuk tetap dengan keputusannya.
Shila yang pernah berdepan ujian episod hitam dalam rumah tangga menganggap perkara sebenar yang berlaku dalam sebuah perkahwinan hanya diketahui oleh suami isteri sahaja. Ianya tidak wajar didedahkan kepada umum.
“Satu benda yang perlu diingatkan kepada kita semua adalah dalam perkahwinan itu cuma suami isteri sahaja yang tahu keadaan sebenar terjadi. Tidak kiralah rakan baik, atau ibu bapa.
“Saya juga jenis yang sangat berterus terang. Tapi dalam masa yang sama saya sangat risau implikasi pada anak. Letakkan anak di tempat utama dalam diri kita,” ujarnya ketika disoal mengenai isu hangat tentang masalah rumah tangga masa kini.
Sementara itu, Shila ketika ditemui baru-baru ini berkata, dia hanya memberi tumpuan dan fokus kepada kesihatan mentalnya terlebih dahulu dan tidak meletakkan anaknya, Seth Uwais sebagai yang utama.
Jelas pelantun lagu Jauh Hati itu, Shila yakin bahawa kebahagiaan anaknya bergantung kepada tahap kestabilan dan kebahagiaan dirinya sendiri.
“Dalam saya punya kes pula, saya tidak meletakkan Seth sebagai utama sebab saya yakin kalau saya letak dia yang pertama saya akan masih berada dalam perkahwinan itu.
“Dan saya percaya saya perlu bahagiakan diri saya dahulu sebelum saya bahagiakan anak saya. Saya tak nak nampak sangat serabut, balik dari kerja rasa tak bermaya..,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shila sempat menitipkan pesanan kepada semua wanita dan bapa tunggal untuk membuat keputusan yang membahagiakan diri.
“Wanita boleh membuat keputusan sendiri tak kisah sama ada awak ada pasangan ataupun tidak. Sebagai wanita perlu mampu untuk menghadapi segala perkara dan bertahan seorang diri.
“Kepada semua wanita atau bapa tunggal di luar sana, jangan malu dan takut. Kalau perkara tersebut membuatkan anda bahagia dan tidak menjejaskan emosi anak, maka teruskan,” tambahnya lagi.
Sejak Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa pengguna jalan raya tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan sebagai langkah untuk memudahkan rakyat, ramai yang teruja dan menyambut baik perlaksanaan ini. Ini adalah kerana terdapat maklumbalas dari masyarakat yang mendakwa pelekatnya tidak berkualiti.
Oleh yang demikian, pelaksanaan sistem salinan lesen memandu dan cukai jalan secara digital menerusi aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan atau MyJPJ yang baru telah diperkenalkan oleh kerajaan.
Dalam keterujaan menyokong perlaksanaan tersebut, seorang lelaki sanggup meronda di beberapa kawasan untuk mencari sekatan jalan raya atau ‘roadblock‘ bagi mencuba keberkesanan aplikasi tersebut.
Menerusi aplikasi TikTok, lelaki berkenaan Ajiq Caster memuat naik satu video memaparkan tindakannya memandu sambil melalui sekatan jalan raya sebelum ditegur oleh penguat kuasa JPJ yang bertugas.
“Lepas buang roadtax (cukai jalan) di cermin, kita ronda cari roadblock. Nak jadi cerita, jumpa roadblock JPJ. Bukan selalu JPJ nak puji nih,” tulisnya baru-baru ini.
Difahamkan, Ajiq yang telah menanggalkan pelekat cukai jalan kemudian segera memaklumkan penguat kuasa bahawa dia mempunyai aplikasi berkenaan sambil menunjukkan mod paparan digital dalam telefon bimbitnya.
Rakaman berdurasi 35 saat itu kemudian kedengaran suara penguat kuasa memuji usahanya yang menyahut inisiatif Kementerian Pengangkutan tanpa perlu memeriksa cermin kenderaan pada bahagian hadapan.
“Waa bagus, ni orang pertama dalam Perlis (pengguna MyJPJ). Tunjuk.. tengok.. oh 26 Oktober 2023 (tarikh tamat cukai jalan). Terima kasih (sebab guna),” kata penguat kuasa tersebut.
Siapa tak rimas, jika terpaksa berlari berjam-jam dengan memakai pakaian yang kurang sesuai dengan aktiviti yang disertai. Namun pemuda ini berjaya melakukannya.
Berbekalkan azam, semangat dan tekad yang kuat, Mohd Syahidan Alias yang merupakan pelari maraton negara melakar sejarah apabila muncul sebagai pelari terpantas dalam Guinness World Records (GWR) bagi kategori pakaian tradisional lelaki pada acara TCS London Marathon 2023 yang berlangsung pada Ahad lepas.
Lebih dikenali sebagai Edan Syah, pemuda ini berjaya mencatat masa dua jam 49 minit 22 saat dalam larian maraton sejauh 42 kilometer itu dengan berbaju Melayu lengkap beserta sampin dan songkok.
Seakan membawa semangat berhari raya yang kini sedang diraikan di seluruh dunia, pemuda ini sungguh teruja apabila misinya itu telah meraih kejayaan.
“Misi berjaya. Kami berjaya capai misi untuk catatan masa bawah tiga jam untuk menjadi pemegang rekod dunia Guinness sebagai pelari maraton paling laju (42.2 km) dalam pakaian tradisional melayu (lelaki).”
Sebelum ini , Edan Syah pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mencatatkan rekod dunia ketika Festival Larian Blackmores di Sydney, Australia sebagai pelari maraton paling laju dalam kostum bendera negara dengan catatan masa dua jam 54 minit pada tahun 2019.
“Kami sudah melakukan yang terbaik untuk menjadikan baju melayu kembali hebat pada 2023 TCS @londonmarathon pada Hari Raya Aidilfitri! Terima kasih semua atas doa dan sokongan anda dalam perjalanan,” katanya.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...