“Happynya Dia Lambai Baba Nak Masuk Sekolah.” Hantar Jebat Ke Tadika, Sharnaaz Luah Rasa Sebak!

Share

Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi perasaan tatkala pertama kali menghantar anak lelakinya, Jebat Jayden ke ‘Children’s Discovery House’.

Menurutnya, selepas diri sendiri melalui fasa tersebut barulah dia faham perasaan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah.

Jebat okey, semua okey, cuma bila dalam pukul 11 macamtu dia dah nak balik. Dia kata dia nak sleep dekat rumah dengan mummy (Nabila).

“Rasa kejap saja masa berjalan. Dulu bila tengok orang komen, sebak hantar anak ke sekolah kita tak faham. Sekarang baru faham.

“Rasa dia akan cepat membesar dan akan cari kehidupan sendiri dah selepas ini. Dengan kawan-kawan, dengan awek (teman wanita).

Pemilik nama sebenar, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini berkongsi momen Jebat yang teruja untuk pergi ke tadika buat pertama kalinya di Instagram (IG).

Dalam rakaman video itu turut kelihatan Noor Nabila yang bersama menemani anak kesayangan.

 Untuk rekod, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018.

Sumber: Ohbulan & Sharnaazahmad