Baru-baru ini Elfira Loy berkongsi beberapa keping gambar menerusi laman Instagram miliknya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 8 Mac lalu.
Walaupun disambut secara sederhana namun tetap meriah dengan dihadiri oleh ahli keluarganya.
Ads
Namun, menerusi gambar yang dimuat naik oleh pelakon yang popular menerusi drama Tentang Bulan itu telah menjadi perhatian ramai dan mengundang persoalan netizen.
Ada yang meneka El kini sedang berbadan dua. Sehubungan dengan itu, ramai pengikutnya yang bertanyakan hal tersebut, namun sehingga kini empunya diri belum memberi sebarang maklum balas.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan Muhd Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan pasangan tersebut dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.
Ramai wanita mengadu bahawa mereka didatangi haid semula setelah putus haid beberapa tahun. Apabila mereka mengadu kepada suami, mungkin ramai yang pandang ringan, kerana persepsi ramai mengatakan normal haid datang semula setelah pencen.
Malah pernah dibincangkan dalam kitab pengajian agama pun banyak kali ditekankan bahawa keluar darah semacam haid itu normal walaupun sudah menopos.
Namun jika sekiranya persoalan diajukan kepada para doktor, semua akan menjawab, wajib buat pemeriksaan lanjut. Ahli perubatan akan mempersoalkan adakah wanita yang disahkan putus haid ini akan kembali haid semula? Ianya sesuatu yang agak mustahil kerana fisiologi seorang wanita yang putus haid akan kurang hormon kewanitaannya dan proses pengeluaran darah haid akan terhenti. Jika keuar apa-apa darah selepas menopos akan dikira sebagai darah yang perlu dikenalpasti puncanya. Jangan dipandang enteng isu ini.
Terdapat dua pandangan dalam ilmu perubatan mengenai tempoh masa yang mengesahkan bahawa seseorang wanita telah putus haid atau sebaliknya. Pendapat yang pertama adalah tempoh masa enam bulan ketiadaan kitaran haid boleh dilabelkan sebagai menopos. Manakala pendapat kedua menyatakan tempoh masa selepas satu tahun dari haid yang terakhir.
Saya mengambil pendapat kedua kerana keyakinan yang tinggi bahawa kilang telur wanita akan mengalami kepupusan telur dalam tempoh tersebut. Ia juga suatu tempoh yang cukup selesa beserta dengan beberapa tanda fizikal dan mental yang akan dialami oleh seseorang wanita.
Kajian telah dijalankan bagi melihat bilakah umur yang biasanya seseorang wanita putus haid. Jadual dibawah menunjukkan umur kebanyakan wanita putus haid. Peratus ini hasil dari kajian ke atas wanita dipelbagai benua dan geografi.
Umur Putus Haid
(% wanita)
35—40 tahun
11.87%
40—45 tahun
25.97%
45—50 tahun
41.03%
50—55 tahun
14.58%
Sebelum 35 atau selepas 55 tahun
6.54%
Bagi wanita yang putus haid kurang dari 40 tahun diistilahkan sebagai Putus Haid Pra-matang (Premature Menopause)
Dari pembahagian di atas, majoriti umur putus haid bagi seseorang wanita adalah diantara 45 hingga 55 tahun. Tetapi median umur (Kebanyakan) putus haid adalah 52.4 tahun. Tidak dinafikan bahawa umur ini bergantung kepada faktor persekitaran dan iklim, sistem tubuh badan dan keturunan seseorang wanita berkenaan.
Dalam keadaan biasa seseorang wanita berusia yang telah putus haid tidak akan mengalami haid kali kedua dalam hidupnya. Kajian menyatakan hanya 5% wanita akan mengalami perdarahan yang seakan-akan haid setelah putus haid. Jika seseorang wanita yang telah putus haid mengalami perdarahan, ia dikira darah penyakit dan perlu diketahui punca-puncanya melalui siasatan lanjut. Perdarahan ini biasanya tidak tetap hari dan tidak mengikut kitaran bulan yang biasa. Ada kalanya darah yang keluar sedikit dan ada yang banyak sehingga memudaratkan.
Darah penyakit ini berpunca dari beberapa sebab seperti dibawah:
1. Masalah pembekuan darah seperti hemophilia atau jangkitan kuman.
2. Wanita yang mengambil pil hormon atau ubat tradisional tertentu. Bahan yang terdapat dalam ubatan herba mungkin mengandungi hormon tersembunyi atau terproses secara semulajadi.
3. Pengencutan vagina (Vagina Atropy) dan pangkal rahim kering menyebabkan senang terluka apabila bersenggama.
4. Pembengkakan rahim (Radang) tanpa sebab yang diketahui secara jelas. Mungkin perubahan tindakbalas badan dan hormon atau jangkitan kuman.
5. Perdarahan berpunca dari kanser Rahim, kanser pangkal rahim atau kanser Ovari (Kilang Telur).
6. Terdapat ketulan (polyps) di dalam rahim atau pangkal rahim. Apabila diganggu semasa hubungan intim bersama suami, perdarahan boleh meletus.
Perkara yang paling membimbangkan para pakar perubatan mengenai masalah perdarahan selepas putus haid ini adalah Kanser. Lima hingga 10% perdarahan selepas putus haid adalah berpunca dari Kanser Rahim. Kajian perlu dijalankan oleh pakar perubatan bagi mengetahui kanser rahim ini. Antara ujian yang boleh dijalankan adalah dengan kaedah Ultra Sound sistem peranakan dan melakukan pensampelan peranakan wanita. Melalui kaedah ini pakar perubatan dapat mengetahui secara asas masalah yang dihadapi oleh seseorang wanita.
Oleh yang demikian, doktor akan meletakkan diagnosa awalan kanser rahim kepada sesiapa sahaja wanita yang didatangi darah selepas putusnya haid (menopos). Pemeriksaan lanjut wajib dijalankan bagi mempastikan perdarahan itu bukan berpunca dari kanser atau sebaliknya. Setiap dari kita berhak untuk mendapatkan maklumat kesahihan dan pengesanan penyakit tersebut agar kita boleh bertindak cepat. Jika dibiarkan tanpa kecaknaan dari kita, diri kita sendiri akan menanggung derita.
Silalah datang ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Sekian nasihat dari suhazeli.com
Fb.Com/drsuhazeli
20.11.2018
Kuala Berang
Sumber: FB Dr Suhazeli Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi tetamu Allah tentunya menjadi impian buat kita semua. Peluang bermakna ini juga turut dikecapi oleh pelakon Beto Kusyairy dan diluahkan dengan rasa syukur melalui entri terbarunya.
Menerusi foto yang dikongsi dilaman instagramnya, Beto Kusyairy dan isteri telah berangkat untuk menyempurnakan ibadah umrah pada Isnin.
Kapsyen “Bismillahi Allahuakbar..HambaMu datang menyahut panggilanMu ya Allah”.
Sementara itu meninjau di ruangan komen, rakan artis menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan dalam menunaikan umrah buat pasangan suami isteri ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Begitu juga buat warganet, tak henti-henti menitipkan syukur dan mendoakan agar dipermudahkan urusan pelakon hebat ini dan isterinya ketika dibumi barakah.
Rutin seorang wanita bermula sebaik celik mata sebelum subuh hinggalah saat melabuhkan tubuh di katil. Letih yang dirasakan memang tidak terucap dengan kata-kata. Bukan mahu mendabik dada, tetapi memang kenyataannya.
Setiap hari, sebaik matahari terbit, tugas seorang isteri sudah bermula. Sama ada bekerja atau pun tidak kesibukannya sama sahaja. Terkejar ke sana, terkejar ke sini demi memastikan keluarga tersayang tidak berkurang satu apa pun.
Walaupun kini semakin banyak suami yang ringan tangan membantu dalam menguruskan kerja-kerja di rumah, namun bebanan tugas masih 90 peratus terletak di bahu isteri.
Suami sebagai ketua keluarga seharusnya menjadi pemimpin dan pelindung. Bukan hanya tahu memberi arahan semata-mata.
Apatah lagi sekarang ini kebanyakan pasangan suami isteri berkerjaya. Jadi rasanya tidaklah salah jika mereka saling membantu dalam menguruskan rumah tangga.
Ramai isteri yang mahu menjadi `isteri mithali’ sehingga takut untuk meminta suami membantu kerja rumah. Ini bukan soalnya kerana `membiarkan’ suami begitu sahaja boleh menyebabkan dia menjadi “pemalas’!
Lagipun bukan suami tidak pernah melakukannya sebab kerja-kerja rumah bukanlah suatu yang asing sewaktu dia hidup bujang dahulu. Hadamkan perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin tentang isu ini.
“Buat keje2 rumah ni tak susah sebenarnya…”
Dari tingkatan 1 masa duduk asrama lagi dah terbiasa dgn basuh baju sendiri, iron baju sendiri, kemas katil, bilik, menyapu dan sebagainya…dan bila dah terbiasa, masa dduk umah bujang pun, still buat keje2 yg sama…
Dah jadi mcm rutin, klu xbuat, rasa pelik…balik keje, mesti akan kemas rumah…susun apa yg patut, basuh baju kotor, lipat baju kering dan sebagainya…
Bila dah kawin, dah ada isteri, bukan bermakna apa yg kebiasaan kita buat tu “dipindahkan” kpd bahu isteri…kita tetap kena buat jgak walaupun kini dah bergelar suami dan ada isteri…
Balik keje, instead of bagi arahan atau mempersoalkan kenapa isteri tak buat itu, kenapa isteri xbuat ini, why not kita ja yg buat…Susah? Tak…Ambik masa yg lama? Tak…Guna tenaga yg byk? Tak
30 minit dh cukup utk memastikan bebanan seharian isteri tu diringankan…dlm 30 minit kita bleh basuh baju, sidai baju, lipat baju…dlm 30 minit kita bleh cuci pinggan, kemas dapur dan buang sampah…dlm 30 min kita bleh kutip mainan anak, sapu sampah, kemas rumah.
30 min per day after blk keje digunakan utk buat keje2 rumah…
Itu yg selalu saya buat setiap hari…tak melepaskan semua tanggungjwb2 tu kpd isteri, sebaliknya cuba pikulnya dgn masa dan kemampuan yg ada sebagai seorang suami
Benda ni akan rasa teruk dan susah bagi mereka yg XDE kemahuan dan keinginan utk tolong isteri…bagi yg dh biasa buat atau selalu buat, keje2 rumah ni tersangatlah senang, mudah, tak memenatkan dan seronok utk dilakukan…
If dgn kekuatan sebgai seorang lelaki itu anda merasakan keje2 rumah tu sebagai satu bebanan dan sukar utk dilaksanakan, maka u should be shame of yourself and others…org lain bleh buat, anda plak xbleh…anda bukannya cacat, anda cuma MALAS NAK BUAT…
Itu ja alasannya…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di