“Happy Birthday Anak Abah.” Sedih Tak Dapat Peluk & Cium, KJ Sambut ‘Birthday’ Anak Luar Tingkap!

Share

Saat ini, bukan hanya golong perubatan dan ‘fronliners’ lain yang sibuk dengan kerja-kerja menyelamat. Semalam, ketika membuat pengumuman menerusi satu sidang akhbar jelas terpancar raut wajah yang penat dan keletihan di wajah Perdana Menteri kita dalam berhadapan dengan situasi genting sekarang.

Demikian juga dengan tuntutan tanggung jawab yang turut dipikul oleh barisan menteri.  Dalam satu perkongsian, Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi yang baru dilantik iaitu YB Khairy Jamaluddin  memuat naik gambar bersama anaknya.

Dalam perkongsian semalam Menteri yang cukup terkenal dengan jolokan ‘Abah KJ’, dia memberitahu terpaksa menyambut hari lahir anaknya dalam jarak tertentu bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Beliau yang perlu bertugas diluar tidak terus meluru ke arah anaknya dan hanya berada di sebalik kaca sambil tersenyum memandang puteranya yang genap berusia 5 tahun hari ini. Gambar tersebut membuatkan ramai yang sebak dan tersentuh hati.

Menurut KJ lagi, beliau berasa agak sedih kerana tidak dapat memeluk dan mencium anaknya. Sebaliknya masing-masing hanya mampu memandang antara satu sama lain di sebalik tingkap kerana beliau baru pulang dari kerja di luar yang terdedah dengan sebarang wabak.

“Happy 5th birthday, my little lion man. Because Papa has to go out for work, Papa has decided to self-isolate when coming home. That’s to keep you and everyone else safe (especially grandma!).

“It makes Papa sad that I can’t hug you and kiss you today, and that we can only see each other through the window. When you grow up, I’ll tell you all about how everyone in the world had to play their part to help each other. Love you, my Raif.

Ramai yang melayangkan ucapan tanda terima kasih atas keprihatinan KJ serta ucapan selamat hari jadi baut anaknya.

nieylnello Terima kasih. Stay safe YB. Semoga dalam pelukan lindungan Allah SWT sentiasa. Aaminn ~
shahryllatiff Semoga semua urusan dipermudahkan chief!
atiqah_shariffuddin Stay safe sir! May Allah protect all of us❤️ Aamiin.. #medicteam
here!
odinmohdnor 👍 terima kasih…semoga urusan tuan dipermudahkan dan dihindarkan drpd sbrg perkara buruk…
alishaashrina happy birthday anak abah 🥺🥺🥺🥺🥺🥺🥺🥺🥺
imh85 Happy birthday cheeky lion!
miaharith Happy 5th birthday Leo. May great Lord bless you and family forever and always. Aminnn.
iammiayana Be brave little lion❤️❤️

Sumber: ig khairykj