Rupanya semalam adalah ulang tahun perkahwinan pasangan romantis ini. Lebih manis semalam pasangan ini rupanya sempat memberi sokongan pada Skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menentang Vietnam malam semalam. Pelakon dan usahawan jelita Rozita Che Wan dan suaminya pelakon Zain Saidin telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima semalam. Lebih istimewa mereka telah mengadakan sesi fotografi khas bersempena ulangtahun itu.
Momen indah dan kemanisan berumahtangga pasangan ini yang telah melangsungkan pernikahan pada 11 Disember 2013 myata terserlah apabila hubungan tetap utuh dan segar dalam melayari bahtera rumahtangga. Bagaikan pengantin baru, pasangan ini yang dikurniakan seorang anak comel Aaisyah Dhia Rana.
Che Ta memaparkan ucapan ulang tahun kepada Zain serta menyelitkan coretan kebahagiaan yang dikecapi kini.
“Happy 5th Anniversary sayang @zainsaidin23 . Syukur diatas pemberian Tuhan yg terindah ..terima kasih kerana menemani ku dalam setiap hari -hari yg penuh cinta #11/12/13
Ads
Kata Che Ta lagi, dalam nada guruan bahawa kebahagiaan yang dikecapi kini boleh dilihat kepada ukuran badan suaminya.
“Orang cakap kalau nak tau suami tu bahagia ke tidak , tgk la size sebelum dgn selepaih.. kiqa nya zain bahagia la kot no….dulu size XS , la M .. Size doesn’t matter sayang , bila hati dah terpaut .
Ads
Sempat juga pelakon yang membintangi drama, Lelaki Kiriman Tuhan ini berseloroh tentang jodohnya dengan Zain,
“Kami jadi Miss Malaysia Intercontinental 1992 , Zain masa tu baqu darjah 2 .. So kalau sapa2 yg belum bertemu jodoh lagi , jangan pulak dok qeyau tepi bucu katie …. mungkin jodoh uolss tu tgh dok up .
Ads
Sweetkan, jodoh mereka. Sesungguhnya jodoh adalah rahsia Allah. Juga perkataan SAYANG, bermakna, menerima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya.
Tahniah Che Ta dan Zain sempena Anniversary ke 5! Moga bahagia hingga ke jannah. Aminn.
Dalam itu, ramai netizen memberikan ucapan tahniah kepada pasangan romantis ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bakteria dan kuman berkembang di celah kuku. Oleh itu, ibu ayah awasi anak yang suka gigit kuku. Memang kebiasaan seperti menggigit kuku sering kali dipandang remeh. Namun, semua itu salah! Ternyata, kebiasaan menggigit kuku merupakan suatu kebiasaan yang negatif yang dapat memberikan kesan yang buruk pula terhadap kesihatan seseorang kanak-kanak.
Tabiat ini jika sering dilakukannya boleh membuatkan kulit jarinya terkelupas atau berdarah. Selain itu, anak-anak akan berisiko besar mengalami keracunan, ekoran kotoran yang melekat pada kuku ketika anak-anak bermain di dalam rumah ataupun di luar rumah.
Hakikatnya kuku, merupakan tempat berkumpulnya pelbagai kuman dan bakteria. Bakteria yang sering terdapat pada lapisan kuku merupakan bakteria keluarga ‘enterobacteriaceae’ yang merangkumi bakteria E coli mahupun bakteria salmonela. Bakteria dan kuman tersebut akan berkembang dengan baik di celah-celah kuku.
Ketika seseorang kanak-kanak menggigit kuku, maka bakteria-bakteria berbahaya tersebut akan berpindah dari kuku ke mulut dan akan menuju ke usus. Bakteria yang menyebar sampai ke usus akan menyebabkan infeksi yang biasanya menyebabkan terjadinya penyakit seperti sakit perut serta cirit-birit.
Selain itu, menggigit kuku dapat meningkatkan pendedahan kepada penyakit seperti flu kerana tangan yang kotor masuk ke dalam mulut.
Malah, ia juga dapat meningkatkan risiko ‘paronychia’ atau infeksi kulit di sekitar kuku. Hal ini ditunjukkan dengan adanya warna kemerahan atau pembengkakan serta rasa sakit di bahagian kulit kuku.
Kebiasaan menggigit kuku juga akan mengganggu kepada kesihatan gigi. Gigi akan bergeser dari tempat semulanya dan juga dapat berpotensi menyebabkan gigi patah atau merosak lapisan gigi.
Pakar kanak-kanak beranggapan tabiat menggigit kuku ini dicetuskan oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan psikologi seperti kebosanan, tekanan, kegelisahan, rasa tidak selesa atau hanya sekadar kebiasaan. Kebiasaan menggigit kuku ini sama juga dengan kebiasaan mengigit-gigit rambut, menggaru hidung atau melagakan gigi.
Semasa ibu bapa mendapati anak mulai menggigit kuku, langkah pertama yang harus dilakukan adalah mengenal pasti punca ia berlaku. Pelbagai situasi boleh dikenal pasti, yang mungkin menjadi punca pencetus tabiat ini termasuk mengikuti ‘playgroup’, adanya haiwan peliharaan baru di rumah atau lahirnya adik baru.
Kebanyakan ibu bapa secara spontan akan berusaha menghentikan kebiasaan tersebut dengan pelbagai cara termasuk memarahinya. Masalahnya si kecil sendiri pun tidak memahami kenapa dirinya melakukan kebiasaan itu.
Dorongan untuk menggigit kuku boleh berlaku begitu saja tanpa disedari misalnya semasa dimarahi. Malah, pakar pendidikan awal kanak-kanak cenderung mencadangkan ibu bapa membiarkan ia berlaku kerana akan kebiasaan tersebut akan hilang dengan sendirinya.
Tips mengatasi kebiasaan menggigit kuku si kecil
Bagaimanapun, jika sikap kebiasaan tersebut dibiarkan berlarutan, ia boleh mengganggu aktiviti makanan atau boleh menimbulkan luka pada jari tangan si manja. Terdapat beberapa tip yang dapat dilakukan untuk mengurangi atau bahkan menghilangkan kebiasaannya tersebut.
1.Beri amaran secara lembut. Semasa si kecil mulai menggigit kukunya, ibu bapa perlu memberi amaran dengan lembut untuk menghentikan aktivitinya, atau berikan isyarat khusus misalnya dengan geleng kepala supaya si manja tidak rasa seperti dimalukan. Mengherdik atau menarik tangan si kecil dengan kasar terutama di tempat umum adalah cara yang kurang bijak.
2.Alih perhatian. Memberikan si kecil objek untuk alih perhatiannya daripada perbuatan kebiasaannya itu. Berikan benda ‘pengalih’ untuk dipegang seperti bola kecil, gelung, permainan doh atau mainan kecil. Secara umumnya objek tersebut dapat mengurangi kebiasaan mereka menggigit kukunya. Teknik ini juga sering diterapkan pada anak remaja atau dewasa yang mengalami situasi yang sama.
3.Potong kuku. Menjaga agar kuku si kecil selalu pendek. Kuku akan dipotong untuk mengelak menjadi panjang bagi mengurangi kebiasaan menggigit kukunya.
4.Pakaikan sarung tangan. Mengenakan sarung tangan kain yang bersih dapat menghalang si kecil menggigit kukunya dengan harapan dapat mengurangi kebiasaan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Atlet berusia 18 tahun, Azeem Fahmi yang memecahkan rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09 saat (s) di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Colombia, minggu lalu, kini kian menjadi tumpuan wargamaya.
Memetik berita yang dikongsikan akhbar tempatan, difahamkan sekarang ini Muhammad Azeem Fahmi berada dalam dilema bagi memilih universiti terbaik untuk melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjayanya dalam sukan olahraga.
Universiti Houston Vs Universiti Auburn
Ujarnya setakat ini dua universiti dalam pertimbangannya iaitu Universiti Houston dan Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS).
Katanya, jika dia memilih Universiti Houston, salah satu sebab adalah kerana universiti itu sudah melahirkan ramai jaguh pecut bertaraf dunia selain legenda AS yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik sembilan kali, Carl Lewis sebagai ketua jurulatih.
“Selain itu, di Houston komuniti Islam di sana besar dan sedikit sebanyak dapat membantu saya dan menjamin keadaan saya di sana.
“Dari segi latihan, Universiti Houston sudah melahirkan jaguh pecut bertaraf dunia termasuk yang ada ketika ini Shaun Maswanganyi dari Afrika Selatan yang turut beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020,” katanya.
Menurutnya, universiti itu memang terkenal dalam sukan olahraga dunia apabila ketua jurulatihnya adalah Lewis.
Namun, katanya, baru-baru ini dia mendapat tawaran dari Universiti Auburn yang lebih bagus dari segi akademik berbanding universiti sukan lain.
“Setakat ini, inilah dua universiti yang bermain dalam fikiran saya sekarang dan kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Bincang Terlebih Dahulu
“Namun, kedua-dua ada dalam divisyen satu (saingan olahraga di AS). Ini adalah peluang untuk saya menyerta kejohanan besar lain seperti Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik dan Liga Berlian.
“Apapun saya akan bincang dengan keluarga dan jurulatih untuk memutuskan universiti mana yang terbaik untuk masa depan saya,” kata Azeem ketika ditemui sebaik tiba dari Colombia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Catatan direkodkan Azeem di Colombia menyaksikan dia memperbaharui rekod kebangsaan milik Khairul Hafiz Jantan sebelum ini 10.18s ketika menjuarai saingan Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak.
Azeem yang layak sehingga peringkat akhir bagaimanapun terpaksa akur menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan catatan 10.14s.
pengambilan januari
Selain Houston dan Auburn, Azeem yang meraih keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut menerima tawaran daripada dua lagi universiti iaitu Minnesota dan Oregon.
Pelari muda itu, berkata jika semuanya berjalan dengan lancar, dia menyasarkan untuk mendaftarkan diri di universiti yang menjadi pilihannya pada Januari depan.
“Banyak proses perlu saya lakukan termasuklah menghadiri kelas bagi membolehkan melanjutkan pengajian di AS.
“Kalau ikutkan kami sasarkan masuk pengambilan Januari tetapi jika tidak sempat, memang kena masuk pengambilan September tahun depan,” katanya.
Selepas enam hari melahirkan, Pelakon Farah Nabilah Saipuddin, 28, berkongsi nama anak sulungnya iaitu Andre Omar Mohamed Amirul.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya semalam.
“My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul,” katanya.
Biarpun awal-awal kelahiran, Farah enggan mendedahkan wajah bayi sulungnya itu, namun, dalam perkongsian tersebut dia berkongsi sebahagian wajah anaknya dan bergurau mengenai Andre Omar yang tembam.
“Ya, semua makanan yang saya pesan melalui perut mommy pergi ke pipi saya,” katanya berseloroh.
Farah dan suami yang juga juruterbang, Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.
Rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah penuh Andre Omar.
jasminhamidjh Syukur alhamdulillah.. Semoga menjadi anak yang Soleh dan berbakti kepada kedua Ibubapany. Anak yang berjaya di dunia dan akhirat, aamiin. Congrats to mummy and daddy 😘
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...