“Hanya Yang Pernah Bela Kucing Fahami Perasaan Ni.” Oscar Dalam Kenangan, Ajak Shiro Kehilangan Si Bulus. Warganet Turut Sebak.

Share

Bagi mereka yang merupakan pencinta kucing, semestinya akan berasa sedih apabila kucing kesayangan yang dipelihara sejak kecil mati.

Jadi tak hairanlah jika kematian kucing peliharaan boleh membuat hati pemiliknya merasa sangat sedih. Seperti yang dialami oleh Ajak Shiro dan keluarganya.

____________________________

 

Oscar. Dia hanya binatang..
Tapi dia ahli keluarga..
Dia hanya kucing..
Tapi dia dibesarkan..
Dia pernah buat kami marah..
Tapi dia pernah buat kami ketawa..


Dia buat tak tahu kami panggil..
Tapi dia pernah datang waktu kami baring..
Okay…kami kalah..
Kami menangis…
.
Simpan di sini buat kenangan..

Selamat tinggal Oscar..
Terima kasih ya Allah kerana pinjamkan dia buat kami seketika..

Sumber: Instagram ajakshiro