Tentunya sebagai ibu ayah yang mempunyai anak lelaki mempunyai pengalaman yang tersendiri membawa anak-anak berkhatan. Apa yang pasti debarnya bukan sahaja dirasai oleh anak-anak kita malah kita sebagai orang tuanya juga turut merasai debaran tersebut.
Begitu juga buat penyanyi Tomok, akui pengalaman pertama membawa kedua-dua anak lelakinya iaitu Arrian Shah Akid, 10 dan Andra Shah Akid,7 berkhatan menjadi detik yang bermakna.
Berkongsi di Instagram miliknya Tomok tidak dapat menemani anaknya ketika proses bersunat kerana sedikit gementar.
“Ayah pulak yang risau ni..insyaallah,semoga di permudahkan buat arrian dan andra untuk bersunat hari ni..amin”
Memetik perkongsian di Gempak difahamkan Tomok tidak menemani anak-anaknya berkhatan dan hanya isterinya sahaja yang menemani anak di dalam bilik doktor.
“Saya cuma menenangkan mereka sebelum masuk bilik doktor. Saya tak masuk tengok lah, bukan apa saya agak fobia sedikit. Jadi isteri lah yang menemankan mereka masuk bilik doktor.
Bercerita lanjut berkenaan keaadan anak-anaknya yang selamat berkhatan, Tomok memberitahu mereka semakin pulih.
“Mereka okey pada mulanya dan banyak bertanya. Sudah tentu mereka ada rasa takut dan menagis juga masa hari ertana. Sekarang ereka semain pulih lah.
Ads
“Sekarang ni di rumah, isteri saya yang jaga sepanjang dlan tepoh berehat dan beropantang. Mereka pun menikmati tempuh ini dengan bermain video games yang saya belikan.”
Ads
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa menjadi inspirasi kepada ramai orang. Penyanyi nombor satu negara ini sememangnya terkenal sebagai selebriti yang banyak membuat kerja-kerja kebajikan sama ada di dalam negara mahu pun di luar negara.
Menyumbang kembali kepada masyarakat merupakan cita-citanya sejak dahulu. Memetik laporan dalam Oh Bulan, Siti, 43, bersyukur kerana hasratnya untuk membuka sekolah untuk kanak-kanak di Gaza, Palestin yang diberi nama Afwa dan Aafiyah sejak 5 Oktober 2021 lalu dipermudahkan.
Menurut Siti, sekolah tersebut ditubuhkan menerusia Yayasan Nurjiwa bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K dan diuruskan oleh wakil khas Gaza.
Sekolah yang ditubuhkan hampir setahun itu sudah mempunyai 50 pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak seawal umur empat tahun.
“Alhamdulillah, setiap bulan saya dan suami secara peribadi serta Yayasan Nurjiwa membuat sumbangan untuk keperluan sekolah itu. Kita nak berterusan dan semuanya daripada kami.
Kalau ada rezeki lebih, contoh setiap kali saya ada persembahan, menjadi duta, memang saya peruntukan, agihan zakat saya atau apa, untuk dibahagikan juga kepada pembelajaran kanak-kanak di sekolah itu. Sekarang sudah ada hampir 50 pelajar.
Buat masa sekarang, sekolah itu diuruskan oleh sahabat baik kami di sana. Dia akan mengemaskini apa saja aktiviti pelajar di sana, seperti pengajian, ujian, hafazan, peperiksaan, malah ketika hari jadi saya dan kedua-dua anak, mereka mengadakan doa selamat di sana.”
Tambah Siti Nurhaliza lagi, dia memperuntukan RM10,000 sebulan untuk kegunaan sekolah, tenaga pengajar, pelajar termasuk kemudahan makanan.
“Setakat ini kami menyewa tempat dulu termasuk tenaga pengajar pun kita yang bayar. Setiap bulan memang diperuntukan RM10,000 kadang lebih dari itu, sebab ada nak beli buku dan sebagainya. Tapi amaun itu memang tetap.”
Siti ditemui ketika majlis Sidang Media Music of The Soul: An Evening with Dato’Sri Siti Nurhaliza yang diadakan di Heritage Club @ Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Bercerita mengenai persembahan selama dua jam, Siti berkata ia bukan sahaja bertujuan untuk berhibur tetapi juga mengajar peminat bersama-sama berbuat kebaikan.
Pelantun lagu Anta Permana ini mensasarkan kutipan RM1 juta untuk dua malam iaitu pada 5 dan 6 November dan dana akan disalurkan terus ke Yayasan Nurjiwa.
Dana daripada yayasan tersebut bukan sahaja untuk sekolah Afwa & Aafiyah sahaja, tetapi turut membantu rakyat Malaysia mana yang terkesan dengan banjir, Covid-19 dan yang nak membina masjid.
Lagi 2 hari je lagi kita nak memasuki bulan yang mulia, bulan Ramadan. Yang merisaukan mak ayah, macam mana nak latih anak berpuasa. Yang mana pertama kali nak ajar anak berpuasa tu, boleh cuba tip mudah ini dari Hello Doktor. Harap perkongsian ini membantu anda semua ya…
Tip bantu anak menahan lapar dahaga sepanjang puasa
Berpuasa pada bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh individu dewasa yang sihat. Bagi kanak-kanak yang belum baligh, mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Tetapi bagaimana jika si kecil ingin berpuasa? Mampukah mereka untuk berpuasa?
Sudah tentu mereka boleh! Bahkan ia amat digalakkan jika mereka menunjukkan minat untuk berpuasa walaupun belum memasuki usia yang diwajibkan berpuasa.
Sebagai ibu bapa, berikut adalah beberapa petua yang boleh anda lakukan untuk memudahkan anak berpuasa dan bagi memastikan mereka dapat menjalani ibadah tersebut dengan selamat:
Sentiasa berikan sokongan kepada anak terutamanya jika ini adalah kali pertama mereka berpuasa
Galakkan anak berpuasa secara berperingkat supaya tubuh mereka dapat membiasakan diri untuk tidak makan selama berjam-jam
Sarankan anak berpuasa puasa dengan kurma dan/atau air
Nasihatkan anak untuk makan hidangan iftar atau berbuka puasa secara perlahan-lahan
Pastikan diet harian anak tetap mengandungi semua kumpulan makanan seperti bijirin, daging, buah-buahan dan sayuran
Galakkan anak untuk minum air secukupnya antara waktu berbuka puasa dan makan sahur – 6-8 gelas sehari. Pilihan minuman boleh terdiri daripada jus segar dan susu
resepi sahur mudah
Selain menyediakan menu sahur simple dan lazat, makanan yang disediakan juga perlulah berkhasiat serta mengandungi karbohidrat seperti nasi dan roti, protein seperti daging dan ayam, serat daripada buah dan sayuran. Ini bagi membantu membekalkan anak tenaga sepanjang tempoh berpuasa
Elakkan daripada menghidangkan makanan masin, berlemak, makanan ringan dan tinggi gula kepada anak
Pastikan anak bangun untuk bersahur setiap hari. Ini dapat membantu mereka kekal fokus di dalam kelas dan sepanjang hari
Libatkan anak dapat penyediaan resepi sahur mudah dan berpuasa, serta sediakanlah juadah kegemaran mereka
Jangan benarkan anak berpuasa tanpa bersahur kerana ia boleh menyebabkan mereka lemah dan letih
Benarkan anak berbuka puasa sekiranya mereka keletihan atau pening
Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi pada malam hari dan tidur siang untuk membolehkan mereka mengharungi hari dengan lebih bertenaga
Elakkan senaman berat yang boleh menyebabkan anak kehausan dan keletihan semasa berpuasa
Resepi sahur mudah untuk anak
Berdepan kerenah anak yang cerewat makan semenangnya boleh menguji kesabaran, apatah lagi jika dalam bulan Ramadan, anda pastinya akan lebih tertekan.
Apa kata anda cuba menu sahur simple dan mudah berikut untuk memastikan si kecil kenyang sepanjang tempoh berpuasa.
#1 Susu kurma dan badam, resepi sahur mudah dan berkhasiat
Susu kurma yang dicampur badam adalah cara terbaik untuk memulakan hari. Minuman lazat ini pastinya dapat menjadi kegemaran anak. Ia bukan sahaja membekalkan tenaga buat si manja, tetapi turut membuatkan mereka kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
#2 Menu sahur simple Lempeng pisang madu
Lempeng yang lembut dan gebu pastinya boleh menarik perhatian anak untuk bersahur dan ia juga mengenyangkan. Selain itu, lempeng merupakan antara menu yang mudah untuk disediakan pada waktu sahur.
Untuk menjadikan ia lebih menarik, jangan lupa menambah madu dan juga pisang untuk memberikan tenaga tambahan buat mereka!
#3 Pilihan resepi sahur mudah Nasi goreng telur
Nasi goreng adalah salah satu menu kegemaran kebanyakan individu, termasuk kanak-kanak. Menu yang satu ini juga sesuai dihidangkan sebagai menu sahur simple kerana ia tidak memerlukan banyak bahan dan boleh disediakan dalam masa singkat.
Untuk versi sihat, elakkan daripada menambah nuget atau sosej kegemaran anak.
Sebaliknya, masukkan bahan yang lebih sihat seperti pelbagai jenis sayur seperti kubis, brokoli, lobak merah atau kacang pis supaya keperluan serat anak anda dikekalkan.
Di samping itu, anda juga boleh menambah telur mata atau telur dadar sebagai sumber protein haiwan yang baik untuk anak.
kredit shuttershock
#4 Omelet keju brokoli
Telur adalah sumber protein yang sangat baik untuk kanak-kanak yang semakin meningkat umur, dan telur dadar merupakan antara menu sahur yang boleh ibu sediakan.
Buatkan telur dadar dengan potongan brokoli, kacang pis serta bayam. Pastikan juga anda memasukkan keju supaya keperluan vitamin dan mineral anak anda dipenuhi sepanjang hari.
#5 Nuget tauhu sayur
Nuget antara makanan digemari kanak-kanak disebabkan rasa dan juga terdapat dalam pelbagai bentuk yang menarik.
Jadi apa kata anda sediakan nuget sendiri? Anda boleh menyiapkannya pada waktu malam dan meletakkannya di dalam penyejuk beku atau sejuk. Jadi, apabila tiba waktu sahur, anda hanya perlu menggorengnya.
Untuk menjadikannya lebih sihat, buat versi nuget dengan menambah lobak merah dan tauhu. Kedua-dua bahan ini mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Semoga resepi sahur mudah yang dikongsikan di atas dapat memberikan anda idea untuk hidangan si kecil sahur nanti. Selamat mencuba!
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.