Kemelut berpanjangan di antara vokalis Noh Salleh dan bekas isterinya, Mizz Nina bagi memperoleh anak angkat mereka, Musa dilihat semakin reda.
Malah kata Noh, tiada perebutan yang berlaku di antara mereka kerana percaya masih ada sinar pendamaian.
Menerusi hantaran di Instagram (IG) yang dimuat naik olehnya, Noh berkata dia telah menyerahkan Musa kepada Mizz Nina pada Sabtu selepas perintah interim dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
Mengakui teramat berat hati untuk melepaskan Musa namun Noh akur dengan keputusan mahkamah dan akan mendapat rujukan daripada peguam yang dilantik.
“Terima kasih buat mereka yang mendoakan agar masa depan Musa terjamin harmoni.
“Malam semalam (Sabtu), pada jam kira-kira 8.30 malam, Mizz Nina hadir di rumah saya bersama suami, anggota polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk mengambil Musa daripada jagaan saya dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari Mahkamah Syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah.
“Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa dan akan meminta nasihat peguam saya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati saya,” tulisnya.
Bahkan kata Noh lagi, tiada perebutan yang berlaku di antara mereka namun mengharapkan sinar pendamaian.
“Tiada sebarang insiden perebutan berlaku kerana saya masih percaya dengan jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.
“Saya berharap kenyataan ini jelas dan tiada sebarang spekulasi daripada mana-mana pihak dan saya berterima kasih atas segala doa kalian,” katanya lagi.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club