Aira mata Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah gugur tatakala bercerita pengalamannya untuk memiliki anak.
Jelas Tuanku, bukan mudah untuk seorang wanita menjalani rawatan kesuburan kerana mereka perlu kuat selain memerlukan banyak usaha dan pengorbanan wang ringgit.
Betapa dan tabahnya Tuanku Permaisuri Agong dalam usaha mendapat zuriat wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh buat wanita di negara ini.
Bukan sekali, sebaliknya enam kali baginda menghadapi keguguran sepanjang 16 kali melalui proses rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) serta Intra-cytoplasmic sperm injection (ICSI), dan terpaksa menanti kira-kira 10 tahun untuk kelahiran cahaya mata.
“Saya memahami apa yang dilalui dan dirasai seorang ibu yang berusaha keras serta sanggup berkorban apa sahaja demi mendapatkan zuriat,” titah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena sambutan Hari Keluarga Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) 2019 di Seri Kembangan.
Menurut Baginda, hanya Tuanku Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sahaja tahu apa yang dilalui dan dirasai sepanjang mereka berusaha mendapatkan zuriat.
Dengan nada sebak, Tunku Azizah berkata, rawatan mendapatkan anak bukanlah murah dan Baginda bersyukur kerana Sultan Abdullah sentiasa ada bersamanya selain menanggung segala perbelanjaan rawatan termasuk persenyawaan tabung uji (IVF).
Ads
“Hanya Tuanku yang tahu berapa kali saya menangis dan saya bersyukur kerana Tuanku sentiasa ada bersama ketika menjalani rawatan di beberapa negara.
“Tuanku, terima kasih banyak-banyak atas semua sokongan selama ini,” titah Baginda.
Tuanku Azizah yang pernah mengalami keguguran sebanyak enam kali turut menjalani 16 kali rawatan kesuburan dalam usaha mendapatkan waris takhta negeri Pahang.
Ads
Baginda yang juga pengasas dan presiden seumur hidup TAFF mengakui bersyukur kerana tidak putus harapan selain tidak henti berdoa supaya dikurniakan zuriat yang ditunggu-tunggu.
Titah Baginda, tidak semua wanita bertuah dan ada yang diuji Allah SWT.
“Enam keguguran yang saya alami tapi kalau sudah rezeki, Allah tetap akan beri.
“Apapun, anak-anak TAFF semua istimewa kerana sememangnya ditunggu-tunggu, jadi taatlah dan dengar cakap ibu bapa.
Ads
“Doakan TAFF supaya dapat terus menolong lebih ramai yang senasib,” katanya.
Sementara itu, majlis sempena sambutan ulang tahun ke-15 penubuhan TAFF turut diserikan dengan keberangkatan Al-Sultan Abdullah.
Hadir sama mengiringi Baginda adalah puteri baginda, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Pada majlis berkenaan, Al-Sultan Abdullah berkenaan mengurniakan surat tawaran penajaan rawatan IVF kepada 60 pasangan bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini.
Selain itu, Tunku Azizah turut berkenaan menyampaikan loket khas TAFF kepada empat anak yayasan terbabit yang juga pasangan kembar masing-masing berusia enam tahun.
Baginda berdua juga berkenan memotong kek sambutan ulang tahun yayasan berkenaan.
Hari Keluarga TAFF 2019 turut dimeriahkan dengan kehadiran 116 anak yayasan berkenaan dan keluarga masing-masing.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bergelar suami isteri adalah saat yang dinantikan setiap pasangan. Saat sang suami melafazkan akad, pasti momen itu yang cukup indah dan paling sukar dilupakan.
Kesempatan menonton kembali video saat akad nikah membuai perasaan pelakon dan juga isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof ini. Bagi Puteri Sarah Liyana, tiada yang lebih bermakna bila mana dia dan suami disatukan biarpun pelbagai dugaan terpaksa dilalui oleh mereka ketika itu.
Menjelaskan sekadar throwback momen tersebut, Puteri Sarah mengakui setiap kali menonton video akad nikahnya, pasti rasa mahu menangis.
“#sajathrowback. It’s not my anniversary ? everytime tengok video nikah sendiri nak nangis. A very emotional day that day. Semua nangis haritu. Ternampak @fadzainuddin nangis for the first time ? @sofiamegat paling over menangis.
” @syamsulyusoffilm denggi masa tu sampai terpikir nak nikah kat hospital je. @sudyrtahir siap kirim ubat denggi masa kat masjid ?Dugaan…but we made it dengan kuasa Allah. Who knows, jodoh kami kuat.,”tulis Puteri Sarah dikapsyennya.
Mengakui selama ini hanya melihat suaminya di kaca televisyen sahaja, Puteri Sarah mengakui jodoh itu rahsia Allah dan kini mereka berbahagia sambil menantikan kelahiran anak kedua.
“Selama ni kenal @syamsulyusoffilm tengok kat TV je. Tau dia ni pengarah termuda in Malaysia. Takotttt ?♀️ Tak pernah terjumpa kat ABP, ASK ke, tau2 jodoh.
“Jodoh itu rahsia Allah. Cinta kerana Allah. 6 years knowing you, loving u until jannah. Now we have Syaikhul Islam and …. ? ( cer teka girl or boy ?),”ujarnya lagi.
Dalam pada itu, ada antara netizen yang meluahkan rasa sebak dan tersentuh hati dengan perkongsian Puteri Sarah itu.
nrscollection kita yg tgok ni pn rsa emotional jgk..smogo bahagia to both of u..
i_m_fir_daus@mirahanafi_ bila sesuatu pernikahan tu terjadi, suasana sebak akan terasa.. di mana lelaki or prmpuan akan meninggalkn keluarga dan mmbina kelurga bersama psangan.. ? we will strong even sepoi2.. ?
fielieya Saya suka tgk kesederhaan kalian berdua… Moga bahagia hingga kesyurga… Mmg sepadan sgt puteri dan syamsul.
nourasabri Tarikh nikah kita sama..masa tu kecoh tragedi MH370..kisah u syamsul denggi..kisah i mak andam xdtg that day..nangis jugak..last2 make up
Telur dadar dimakan dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera.Bahan asas bagi membuat telur dadar juga cukup mudah iaitu telur ayam, garam, bawang merah dan cili merah/hijau.
Namun begitu, seringkali juga telur dadar yang dihasilkan kelihatan leper, tidak cantik dan berminyak-minyak. Sebenarnya, ada beberapa kaedah dan tip yang boleh dicuba untuk memastikan telur dadar kelihatan gebu,lembut dan sedap bagaikan didalam iklan di kaca tv. Antaranya:
1.Tambah Mayonis
Tambah satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut dan bertambah enak.
2.Pukul telur dengan lebih lama
Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudian barulah dimasukkan apa sahaja bahan yang digemari.
3.Tapis telur yang telah dipukul
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.
4.Masukan sedikit air
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng.
5.Tambah perahan limau nipis
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika sehingga kembang. Tunggu minyak betul- betul panas, kemudian tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, seperti kaedah membuat teh tarik, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkannya. Hasilnya telur dadar akan kelihatan lebih gebu dan sedap.
6.Tambahkan serbuk penaik
Boleh juga menambahkan sedikit serbuk penaik didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hanya kerana sebuah telefon bimbit, seorang kanak-kanak hampir terjun dari luar tingkap rumahnya di tingkat 19, sebuah apartmen di Larkin, Johor Bahru. Difahamkan insiden mencemaskan itu berlaku apabila kanak-kanak tersebut berkelahi dengan ibunya.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian berkenaan berlaku sekitar 4.01 petang semalam selepas pasukan Bomba menerima panggilan kecemasan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Suhaimi Jamal berkata, seramai 19 anggota bersama dua jentera membantu menyelamatkan kanak-kanak terbabit yang berada luar tingkap tanpa jeriji di belabas bangunan.
Pihak Bomba membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 dan ‘air cushion’ di tingkat bawah,” katanya.
Sementara itu, menerusi sebuah video dimuat naik di media sosial, seorang pegawai Bomba, Ismarulnizam Isnin cuba berbual dan memujuk mangsa masuk ke dalam.
“Abang dah marah ibu dik, tinggi ni dik. Jom abang belanja.
“Ibu marah adik sebab ibu sayang,” kata Bomba itu.
Anda boleh lihat rakaman video tersebut di bawah:
Menerusi ruang komen, rata-rata melahirkan rasa syukur apabila kanak-kanak itu berjaya diselamatkan. Malah rata-rata memuji cara anggota bomba itu memujuk kanak-kanak tersebut.
Gara-gara bergaduh dengan ibu kerana penggunaan telefon, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad keluar melalui tingkap rumah dan duduk dibelabas seluas 0.6meter, tingkat 19.Kejadian berlaku di Apartment Season, di Johor bahru petang tadi.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa, Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan berada diluar bangunan tingkat 19, kira-kira jam 4.10 minit petang.Sepasukan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk mengambil langkah bagi menghadapi kemungkinan kanak-kanak berkenaan terjun.Pasukan penyelamat turut menggunakan tali di tingkat 20 dan menyediakan kusyen angin di tingkat bawah. Pada masa yang sama seorang pegawai, Ismarulnizam Isnin cuba memujuk mangsa.Selepas 15 minit usaha memujuk dilakukan, akhirnya mangsa menghulurkan tangan dan masuk semula ke dalam rumah.Mangsa kemudiannya di bawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Sumber : Buletin TV3#Inforoadblock
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.