Hanya Tiupan Lighter Sebagai Pengganti Lilin, Sambutan Hari Jadi Kanak-kanak Ini Undang Sebak

Share

Bagi seorang kanak-kanak, apa yang paling membahagiakan adalah sambutan hari jadi. Kerana pada hari istimewa ini, dia akan diraikan seperti puteri atau putera raja.

Dikelilingai mainan yang digemari serta pelbagai hidangan manisan berwarna-warni dihidangkan utuk meraikan hari tersebut.

Malah simbolik bagi setiap majlis kelahiran iaitu tiupan lilin di kek menjadi detik terbahagia dalam diri mereka lebih-lebih lagi jika rekabentuk kek tersebut dihias menyerupai animasi atau kartun kegemaran mereka.

Sebab itulah ramai ibu bapa sanggup berhabisan ratusan ringgit untuk menempah kek khas bagi majlis anak-anak mereka.

[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam

Namun situasi ini amat berbeza bagi seorang kanak-kanak perempuan yang tidak dapat menyambut hari lahirnya dengan kek ataupun dikelilingi hiasan kartun kegemarannya.

Hanya yang mampu untuk meraikan hari bersejarah dalam hidupnya itu adalah tiupan lilin dari pemetik api sambil rakan-rakan menyanyikan lagi ‘Selamat Hari Jadi’ kepadanya.

[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan

Walaupun tidak ada kek, kelihatan kanak-kanak itu tetap tersenyum gembira apabila meniup pemetik api itu.

Situasi ini telah meraih simpati dari ramai warganet kerana merasakan kanak-kanak tersebut haruslah menikmati hari terindahnya itu dengan sesuatu yang digemarinya.

Apabila melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak dapat menahan air mata dan sebak mereka kerana kesian dengan kanak-kanak itu.

[MESTI BACA]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club