“Hanya Seminit Memisahkan Kita.” Rakan Kongsi Momen Terakhir Bersama Koperal Safwan Yang Meninggal Dirempuh Pemandu Mabuk!

Share

Insiden yang memilukan membabitkan seorang anggota polis yang meninggal dunia ketika bertugas menjaga lalu lintas semasa PKP masih menjadi bualan. Allahyarham  dirempuh hingga meninggal dunia oleh pemandu mabuk menjadi berita utama di media sosial.

Koperal Safwan Muhammad Ismail dilaporkan meninggal dunia serta merta apabila dilanggar pemandu Hilux yang mabuk di lebuhraya LEKAS kira-kira jam 3 pagi.

Dalam satu perkongsian di facebook, salah seorang rakan arwah memuat naik momen perbualan terakhir bersama arwah ketika sama-sama sedang bertugas.

Dalam perbualan mereka, allahyarham ada memaklumkan bahawa hari ini (semalam) merupakan hari terakhir mereka mengawal lalu lintas di situ dan keesokkannya akan berpindah ke tempat lain.

TENANGLAH DISANA WAHAI SAHABAT SEPERJUANGAN

“Malam ni last la kita di sjr ni..Lepas ni dah pindah ke tempat lain dah” kata terakhir yang terkeluar dibibir mulut rakan seperjuanganku.

Hanya seminit memisahkan kita..!

Jam 0200hrs @ 03/05/2020

Aku : Wan aku nk p khemah minum ayaq sat


Wan : Ok..Sambil tersenyum

Renungan dan kata kata akhir arwah padaku

Jam 0205hrs @ 03/05/2020
Kau pergi selamanya sahabat

Terima Kasih kawan atas jasa baktimu pada negara dan masyarakat..Pergimu di bulan yang mulia Bulan Ramadhan memberi satu kelebihan padamu kawan..InsyaAllah pergimu syahid di jalan Allah SWT berbakti pada negara..Harta benda boleh dicari tetapi nyawa tiada ganti..

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman..Amin..

Al-Fatihah (Dalam bacaan)

Dalam coretan tersebut juga, sumber turut mengucapkan terima kasih diatas jasa dan bakti arwah yang berkorban tenaga dan masa demi negara serta masyarakat. Pemergiannya di bulan mulia ini begitu berbekas dalam hati rakan-rakan seangkatan.

Dalam pada itu, KDYMM Agong, Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia turut merakamkan salam takziah buat ahli keluarga wira negara itu atas pemergiannya demi negara.

Sumber : Muhammad Lutfe, Istana Negara, Muhyiddin yasin