Hanya Sebab Ini Irma Sanggup Biarkan Rumahnya Kosong

Share

Kalau nak dibandingkan antaranya dengan suami, Irma mengakui dia lebih banyak memanjakan anak-anak dan memujuk mereka. Suaminya lebih tegas dengan anak-anak, tetapi rajin meladeni anak-anak.

Kedua-dua ibu bapa dan ibu bapa mentuanya juga amat rapat dan manjakan Irfhan dan Naylie. Mungkin juga sebab mereka adalah cucu sulung dalam keluarga. “Ibu bapa kami juga seronok ada anak-anak kecil di rumah. Baru dua orang saja, tapi riuh macam ada ramai anak kecil di rumah. Setakat ini, mereka sendiri yang mahu menjaga anak-anak kami.

Sebab Pilih Hidup Dengan Keluarga

“Saya dan Redza kini masih tinggal bersama dengan ibu bapa kami. Kadang-kadang kami tingal di rumah ibu bapa saya di Sungai Buloh, dan kadang-kadang kami tinggal di Ampang, rumah ibu bapa Redza pula. Saya rasa lebih seronok tinggal dengan ibu bapa kami berdua kerana saya rasa dapat lebih banyak masa untuk bersama mereka. Hubungan silaturrahim akan lebih erat antara kami.

“Saya sedar, masa yang ada semakin suntuk. Tidak tahu berapa lama dapat peluang untuk bersama ibu bapa kita. Selagi hayat saya, suami dan ibu bapa masih ada inilah kami mahu bersama mereka selama dan sebaik mungkin. Susunan Allah itu adalah yang terbaik tak perlu dipertikaikan. Sampai masanya jika dilorongkan untuk tinggal sendiri, itu juga adalah terbaik kerana Allah yang berkehendak sebegitu.

“Lagipun, saya tak mahu fikirkan soal tinggal sendiri. Kami sudah punya rumah sendiri tetapi rumah itu dibiarkan kosong lagi sehingga kini. Sebagai seorang anak, walaupun sudah berumah tangga dan ada anak-anak, selagi masih boleh berjasa dengan ibu bapa, selagi itu saya mahu buat untuk ibu bapa dan mentua saya.

“Ayah saya sedang sakit dan kini menerima rawatan kemoterapi. Rawatan sudah pun bermula dari Januari lalu hingga hujung tahun ini. Setiap minggu akan diwadkan di hospital. Jadi, saya akan menjaga ayah di hospital. Dalam tempoh itu ibu bapa kami akan jaga anak-anak,” sambungnya.

Disebalik perkongsian tentang keluarga, Irma juga sempat bercerita tentang kelebihan raya dan momen yang paling tidak dapat dilupakan setiap kali raya. Untuk ketahui cerita penuh, anda boleh dapatkan majalah Keluarga bilangan 247 keluaran bulan Julai 2016 yang sudah ada di pasaran.

Bonus kali ini, ada 99 rahsia masak Hidangan Eratkan Ukhuwah Semarakkan Syawal dan diselit resepi 20++ Kuih dan Biskut. Sesuai untuk anda sediakan kepada tetamu yang datang ke rumah beraya.