Mengetahui ada sahaja ahli keluarga atau kenalan rapat ada disahkan positif Covid-19 hati sudah resah dan gelisah apatah lagi andai dikhabarkan insan tersayang sudah pergi selamanya angkara Covid-19. Hati siapa yang tidak luluh dan sedih, dan inilah yang dirasai oleh Abdul Rahim Daim yang berkongsi kisahnya di Harian Metro baru-baru ini apabila adiknya Abdul Malik Daim, 43, meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Maeps, Serdang disusuli ibu tercinta, Patimah Babu, 75, keesokkan hari di Hospital Sungai Buloh.
Lebih memeritkan ketika itu, tujuh daripada sembilan ahli keluarga lain termasuk isteri dan tiga anaknya turut disahkan positif apabila melakukan ujian saringan Covid-19, selepas anak, adik dan ibunya mengadu deman dan batuk pada hari raya ketiga.
Ketika dihubungi, Abdul Rahim berkata beliau tidak menyangka kegembiraan mereka sekeluarga menyambut Aidilfitri baru-baru ini menjadi kenangan terakhir sebelum wabak itu meragut nyawa dua insan yang tersayang.
“Bimbang melihat keadaan kesihatan anak, adik dan mak, saya tanpa berfikir panjang membawa mereka dan ahli keluarga lain melakukan ujian saringan Covid-19 dan perkara yang takuti akhirnya terjadi apabila ibu dan beberapa ahli keluarga yang lain disahkan positif apabila keputusan ujian saringan diperoleh pada malam itu.
“Hanya saya dan anak perempuan negatif ketika itu, jadi saya kemudian meminta yang positif buat persiapan untuk pergi ‘assessment’ di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam keesokan paginya tanpa menunggu van ambulans datang ke rumah,” katanya kedengaran tenang ketika menceritakan kembali kejadian itu.
Katanya, selepas menjalani penilaian CAC di Stadium Melawati, ibunya dibawa ke Hospital Sungai Buloh selepas pernafasannya kurang baik di samping mengalami komplikasi buah pinggang dan kencing manis, manakala adiknya yang obes pula dihantar ke PKRC Maeps.
Ads
“Ahli keluarga yang lain pula diarah melakukan kuarantin di rumah,” katanya yang menetap di Puchong.
“Pada pagi Sabtu, 22 Mei saya ada telefon adik kerana dia ada minta hantarkan pakaian dan sejadah, namun panggilan saya tidak dijawab sehinggalah saya dapat panggilan supaya datang ke hospital Serdang, dan dimaklumkan adik saya telah meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.
“Mereka cuba diselamatkan tapi gagal, kemungkinan dia dah tiada semasa di Maeps pada pukul 9.00 pagi lagi,” kongsinya sambil mengesahkan video pasukan perubatan memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada seorang pesakit di Maeps yang tular adalah adiknya.
Ads
Dugaan yang diterima tidak terhenti di situ sahaja apabila belum pun sempat menyelesaikan urusan dokumentasi kematian adiknya, Abdul Rahim tidak lama selepas itu menerima panggilan daripada doktor dari Hospital Sungai Buloh yang memaklumkan ibunya pula dalam keadaan tenat.
Gambar kenangan terakhir pada 1 Syawal keluarga Abdul Rahim bersama ibunya, Patimah (tengah) dan adiknya Abdul Malik (berdiri kiri sekali) yang kedua-duanya meninggal dunia akibat Covid-19.
“Kami sekeluarga sempat buat panggilan video dengan mak memohon maaf atas salah silap selama membesarkan kami adik-beradik, dan itulah perbualan terakhir kami sebelum beliau disahkan meninggal dunia sekitar pukul 2.00 pagi,” katanya.
Abdul Rahim yang adalah kakitangan Media Prima Berhad berkata jenazah ibu dan adiknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 Subang Jaya pada petang Ahad.
Ads
Ditanya mengenai punca jangkitan Covid-19 boleh berlaku dalam kalangan keluarganya, Abdul Rahim berkata beliau sendiri kurang pasti, namun tidak menafikan memang menjadi kebiasaan baginya untuk menghantar belanja, belikan lauk dan makanan ke rumah ibunya sebelum beliau ke tempat kerja.
“Perkara yang berlaku menjadi satu pengajaran yang cukup bermakna buat ahli keluarga saya.
“Sehubungan itu saya ingin berpesan kepada rakyat Malaysia, jangan kita leka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, kita tidak ketahui dari mana Covid-19 itu berada dan kita tidak tahu siapa yang pembawanya,” katanya.
Ibarat jatuh ditimpa tangga, musibah banjir tidak terhenti setakat surutnya air. Sebaliknya, Nasib malang terus menyelubungi hidup mangsa banjir.
Segala harta benda musnah termasuklah kenderaan menyebabkan ada yang ‘patah kaki’. Apatah lagi bagi nmereka yang mencari rezeki yang hanya sebuah kereta.
Pilu rasanya nak memulakan hidup baru. Sudahlah rumah total lost, kereta pencarian rezeki turut rosak. Mana nak cekau duit yang begitu banyak dalam durasi terdekat? Ujian besar buat mereka ini.
Gambar hiasan
Dalam satu perkongsian di twitter, luahan mangsa banjir mengenai kos baikpulih kenderaan mendapat reaksi ramai.
Apa yang memilukan, Kos yang terpaksa ditanggung melibatkan puluhan ribu ringgit. Satu jumlah yang cukup besar dan semestinya tidak mampu bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Kasihan betul bila dengar luahan mangsa banjir nak repair kereta.
Rata-rata kedai bagi anggaran RM3k-5k sebelum bawa ke kedai. Tapi selepas check ada quotation sampai RM30,000 😭.
Kos cuci karpet & kerusi je range RM500-800.
Dahlah itu satu-satunya kereta mereka untuk bgerak.😔
Menanam pokok cili tidaklah rumit jika tahu cara yang betul. Biasanya kita akan menggunakan biji benih untuk menyemai pokok cili, namun cara ini memerlukan masa yang agak lama untuk menunggu anak benih membesar dan berbuah.
Sebenarnya tahukah anda, menanam pokok cili dengan menggunakan keratan batang boleh mempercepatkan masa pokok yang ditanam untuk tumbuh. Ini sebagaimana cara yang dikongsikan oleh Sentuhan Kidal IV di group facebook Kebun Tepi Rumah.
Tidak dengan itu, turut dikongsikan cara untuk menghasilkan penggalak akar dengan menggunakan bawang yang pastinya cara ini cukup mudah dan jimat kos.
Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Keratan batang pokok cili
Bawang merah
Tanam Cili Agar Cepat Berbuah
Langkah 1 : Ambil keratan batang atau dahan yang elok
Langkah 2 : Cucukkan batang tersebut ke dalam bawang dan tunggu dalam masa satu ke dua minit. Bawang ini bertindak sebagai agen penggalak akar dan dalam masa yang sama mengelakkan batang daripada terkena jangkitan atau fungus.
Langkah 3 : Selepas itu terus tanam dan letakkan di tempat yang redup. Seelok jangan terkena cahaya matahari yang kuat.
Meninjau di ruangan komen, ada yang teruja untuk mencuba teknik menanam pokok cili dengan keratan batang, memandangkan selama ini apa yang biasa dilakukan adalah menyemai daripada biji benih.
Selain itu, ada juga yang berkongsi cara untuk menghasilkan penggalak akar poko cili yang ditanam seperti komen Maiza Musa, tulisnya :Kaedah ni sy xpernah Cuba..tapi sy guna air lendaman kulit bawang merah yg sya rendam 2..3 hari kemudian airnya sy siram pada pokok chili dn tanaman lain..lebihan kulit2 bawang rendaman tadi sy tabur je kt batang2 pokok tanaman…alhamdulillah xda hama2 atau serangga perosak..skrang pokok cili sy sdng brbuah..happy sngt
Manakala Wan Nurhasni pula meninggalkan komen yang dia ada pernah baca bawang ada macam penggalak pertumbuhan dan menurutnya dia pernah melihat video youtube Indonesia yang ajar perlu rendam biji benih bersama air dan sedikit hirisan bawang. Bila di cuba untuk biji benih terung, hasilnya Alhamdulillah.
Yusra Roshada Uwais turut berkongsi cara lain dengan berkongsi info di bahagian komen : Bawang. Belacan. Aloe vera. Madu. Tu semua pgalak akar. Gosok2 atau tenyeh2 dulu kt btg dia sebelum tanam.
Kehidupan ini sentiasa diuji dengan pelbagai perkara, bahkan ujian itu juga sudah sebati dalam diri setiap orang seperti merujuk kepada lautan yang terbentang luas, kadang-kadang tenang, sekali sekala dilanda gelora.
Terkini, kita semua berdepan dengan ujian berkaitan kesihatan yang cukup membimbangkan. Lantas, Pu Amin ada berkongsi serba sedikit berkaitan Raja Segala Penawar Racun Adalah ‘Taubat’. Ayuh kita selami coretannya dan bersamalah kita muhasabah diri untuk kebaikan bersama.
Ini perkongsiannya.
Raja segala penawar racun adalah ‘Taubat’.
Kalau anda nak tahu dulu pada tahun 478h berlaku wabak ta’un dan demam di iraq hijjaz dan syam . Banyak binatang mati di pedalaman, angin hitam datang ke kampung menyebabkan pokok tumbuh tumbuhan gugur. Semua orang takut dan panik.
Khalifa Al Muqtadi Bi Amrillah memerintahkan agar dilaksanakan amar makruf nahi mungkar, alatan muzik yang melalaikan di pecahkan . Akhirnya penyakit demam,ta’un dan waba berlalu pergi (Lihat Al Bidayah Wa Nihayah 16/93)
Ramai yang takutkan Virus Covid 19. Hakikat nya Allah Swt yang menciptakan Virus ini , bukan untuk menzalimi kita , tapi mengingatlan kita tentang kebesaran Nya . Sekuat dan sehebat mana teknologi dan kepakaran manusia , ia tetap tidak mampu menandingi kehendak Allah Swt.
Yang sakit terkesan dengan penderitaan . Yang berniaga terduduk jatuh kerugian . Apa logik penawar taubat dengan virus ? susah nak diterima akal , tapi itulah jawapan nya . Tuhan nak kita bermunajat , dekat dan terus dekat . Nampak mudah , tapi berat .
Hentikan segera acara maksiat . Ajak lah manusia untuk duduk menghadap kiblat . Tuhan tak pernah tidur . Teruskan berdoa . Merintih ketakutan hanya pada Allah Swt . Ingatlah Sabda Rasulullah Saw , semua penyakit dan racun ada ubat nya . Bertawakal kita . Sedia , usaha , redha menghadapi sebarang kemungkinan .
Ya Allah ! Peliharalah kami !
Ya Allah ! Ampunkan kami !
Berkat Jumaat penghulu segala hari , maka turunkan segera ubat dan penawar bagi racun Covid 19 ini !
Ya Allah ! Makbulkan doa kami !
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.