Ramai wanita yang bergelar isteri sudah pastinya impian sebuah kediaman yang indah dan selesa. Ia termasuk bahagian dapur.
Bagi wanita ruang ini umpama ‘jantung’ rumah apabila disinilah segalanya kebahagiaan bermula. Mana taknya, jika memasak hidangan yang dimasak sendiri oleh isteri makin bahagia rumahtangga itu.
Begitulah lah kisah yang sebuah keluarga ini. Demi memenuhi impian isteri yang ingin sebuah ruang dapur yang selesa, suaminya telah menghadiahkannya sebuah kabinet dapur untuk memastikan urusan memasak menjadi lebih mudah. Segala barang keperluan memasak disimpan dengan kemas di rak kabinet.
Menyedari kos yang agak mahal, suami sanggup melakukan sendiri DIY kabinet hingga kos hanya RM300 sahaja. Berbanding harga pasaran hingga mencecah RM3000!
Nak tahu lanjut cara DIY ini, ikuti perkongsian lelaki ini demi memenuhi impian isteri tersayang.
DIY KABINET DAPUR HANYA RM300
Assalamualaikum wbt. Disebabkan harge nk buat kabinet dapur tinggi mencecah 2k -3k. Setelah google2. Jadi sy mengambil langkah untuk buat sendiri.
Nak cuba buat sendiri. Saya ade sertakan gambar2 projek kabinet dapur diy dari mula hingga siap. Ok sekarang dh siap kabinet dapur yg sy buat sendiri di rumah ku syurgaku. Kos tak mahal mana pun lah cuma perlukan kemahiran sikit. Isteri pun makin sayang.
Antara bahan yang saya gunakan:
Kayu 1×2
Papan playwood 4mm
Kayu siling (utk bingkai)
Engsel pintu
Skru kayu 1 inci
Siller + cat minyak + kertas pasir
Pemegang pintu (pakai yg cantik sikit)
Magnet pintu almari
Kos semua dlm RM300 lebih kurang. Jimat kan? Bagi sy jimat lah sb xde duit bnyk sgt nk buat grand2. Duduk kampung je.
Step by step
2. Kemudian ukur pintu bagi ngam2
3. Pasang tiang antara pintu dan pasang pintu. Pintu buat dari playwood 4mm
4. Belakang pintu ni letak magnet pintu almari. Ade jual kt hardware
5. Lekatkan pemengang pintu
6. Boleh gosok kertas pasir dh perlahan2
7. Siap gosok cat dgn cat minyak. Cat 3 lapis nk kilat
8. Dh kering sambung cat bingkai dgn penuh sabar. Bukan ape takut menitis
SIAP! INILAH HASILNYA
9. Ok dh siap pintu kabinet dapur diy yg dibuat sendiri. Belah dlm tu nt lah sambung. Yg penting dh ade pintu.
Ekstra tip:
2. Mana2 suami yg pandai bertukang tu boleh lah buat sendiri je. Masa kalau buat tu 2 minggu boleh siap buat sikit2 lepas balik kerja dgn hari cuti.
3. Bukan ape isteri suke sangat bile ade kabinet dapur sb die boleh isi mcm2 dlm tu. Takde lah nampak bersepah.
Sekian perkongsian dari sy.
sumber : Aliff Muhammad via Deko Rumah Ku Syurga Ku