Hanya RM208 Je, Kabinet Dapur Guna Rak Serbaguna Ini Nampak Kemas Dan Tersusun!

Share

Untuk memiliki kabinet dapur tidak semestinya perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak. Maklumlah kos upah pemasangan dan harga kabinet yang secara keseluruhannya boleh cecah harga ribu ringgit.

Ekoran itu, ada yang mengambil keputusan menggunakan rak terbuka untuk penyimpanan bahan-bahan memasak dan perkakasan lain di dapur. Namun, sebaliknya ada yang mengunakan rak serba guna untuk dijadikan kabinet.

Begitulah yang dikongsi oleh pemilik facebook ini, Kelana Salikin yang berkongsi tentang kabinet yang hanya menggunakan modal yang sangat rendah! Hanya RM 208.90 sahaja beliau mampu memberikan ruang dapur kelihatan cantik dan kemas.

Ikuti lanjut perkongsian ini.

Alhamdulillah, sepagi PKPB hari ni.. DIY Kabinet Dapur ringkas, mudah, cantik, memuaskan.. dan yang penting save budget..

Storage Box : RM 89.90 x 2 = RM 179.80
Shelf Bracket : RM 6.50 x 4 = RM 26.00
L Bracket : RM 2.10
Skru : RM 1.00

TOTAL : RM 208.90 sahaja

Rak buku ni tebal dan agak berat sedikit drp rak buku yg biasa duk beli yg tiada pintu.. hamba copy idea drp saudara Shuhaimi Zulkefli.. thanks a lot. Tengah pikir nak isi apa.

Menarik cara ini, apa kata cuba buat. Memang jimat!

Sumber: Kelana Salikin