Hanya Pakaian Tak Sedondon Isteri Ini Terasa Hati. Tapi Suaminya Bijak Bentuk Jiwanya. Motivasi Sungguh Perkongsian Ini!

Share

Hubungan suami isteri ini kadang kala ada pasang surutnya. Ada kala isteri berlainan pendapat dengan suami sehingga membuatkan isteri makan hati. Jiwa perempuan memang mudah terasa hati terutama apabila berkaitan dengan cara pakaian. Jika boleh, nak pakaian sedondon je apabila ke mana-mana.  Paling best, bila teman-teman memuji OOTD pada hari tu. Siapa yang tak happy kan!

Hakikatnya rahsia besar mencipta hubungan suami isteri yang mawaddah adalah keluarga yang saling lengkap melengkapi. Ini penting untuk memastikan hubungan suami isteri kekal dan tiada prasangka terhadap pasangannya.

Perkongsian Intan Dzulkefli dilaman facebooknya, penuh bermakna buat para isteri supaya hidup harmonis bersama pasangan. Jom ikuti perkongsiannya ini.

Saya pernah terasa hati dengan suami sebab dia paling tak suka berbaju warna sedondon dengan saya & anak-anak. Alasannya tak mahu beli banyak baju sedangkan baju yang masih ada pun tak terpakai. Pakai sebab nak tunjuk pada siapa? Jangan membazir, katanya.

“I hope Allah will show to you exactly what I meant, someday,”

Dalam hati saya menjawab juga (yela sebab tak puas hati), pakai bukan nak tunjuk kepada siapapun. Cuma untuk kepuasan diri, bukankah itu cara kebanyakan orang menunjukkan kesatuan hati?

Padahal bila muhasabah sejujurnya, terselit juga keinginan untuk nampak cantik apabila bergambar, sebab kelihatan sedondon. Ish.. ish.. astaghfirullah.

gambar hiasan

Kemudian satu hari, suami ajak pergi ke suatu majlis ceramah agama.

Selepas habis pengisian ustaz ada majlis makan, terlihat ada sepasang suami isteri yang agak tua dengan pakaian yang sangat sederhana, tetapi santun saling menyuap nasi ke mulut pasangan. Wajah mereka nampak bahagia betul. MasyaAllah.

Allahuakbar. Sebak hati. Terasa menyentap hati. Malu pada Allah. Saya tak beritahu suami pun tentang tu.

Saya terus teringat nasihat suami yang asyik diulangnya;

Yang penting apa yang kita rasa.
Yang penting apa yang hati kita benar-benar rasa.

Bukan apa yang kita nak orang lihat.
Bukan apa yang kita perlihatkan kepada orang.

Let people see our grass look green because we take care of its water & fertilizers, not because it is fake. (If you got what it means)

Barulah saya sedar, tak semestinya dengan cara begini & cara begitu barulah kita dapat bahagia. Adakalanya bahagia itu diraih dengan cara paling sederhana. Cuma perlukan hati yang benar-benar ikhlas & menerima seadanya.

Tak perlu hingga terpaksa pretend jadi orang lain.
Tak perlu hingga copycat cara orang lain.

Just be yourself. Bahagia dengan cara kita.

Malah, itulah yang Rasulullah SAW didik kita, rumah baginda ukurannya cuma 10 hasta kali 7-8 hasta, makanannya adakalanya cuma sebiji kurma, tetapi itulah rumahtangga yang paling bahagia & mulia. MasyaAllah. Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

persefahaman antara suami isteri

Hari ini, kita beria-ia berlumba menunjukkan apa yang kita ada. Hingga kadang sampai mengadakan apa yang kita belum lagi ada. Semata-mata tidak mahu kalah dengan orang lain.

Walhal sebenarnya apabila kita terlalu desperate hendak menunjukkan yang kita bahagia, itulah tanda kita belum benar-benar lagi bahagia – (Ustaz Pahrol)

You don’t have to bless others with your life story. You just need to be happy with it honestly.

Teman-teman, hati-hatilah… syaitan bijak menyalurkan permainannya.

Berapa ramai orang yang post gambar bukan main sweet di media sosial tetapi sebenarnya asyik bertikam lidah sesama pasangan, refer kaunseling perkahwinan kerana rumahtangga banyak masalah, hubungan bagai retak menanti belah.

Namun, resam orang bermedia sosial memang menunjukkan yang indah-indah sahaja bukan?

Hakikatnya rumahtangga masing-masing dalam hati sahajalah yang tahu benar bahagia atau tidak.

Saya bukan minta kita judge rumahtangga atau hati orang, melainkan saya nak kita refleks & audit diri kita sendiri.

Muhasabah diri kita sendiri.

.

If it means we need to pulling ourself out of social media temporarily, so be it. Indeed, everyone needs a break from the perfectly filtered fake life that they post on it.

Thousands postings & pictures of perfectly fake smile are meaningless, if in our heart, we are broken into pieces & every night we secretly shed in tears before sleep.

Please, live your real happiest life.

#intandzulkefli
#selfreminder