Hubungan suami isteri ini kadang kala ada pasang surutnya. Ada kala isteri berlainan pendapat dengan suami sehingga membuatkan isteri makan hati. Jiwa perempuan memang mudah terasa hati terutama apabila berkaitan dengan cara pakaian. Jika boleh, nak pakaian sedondon je apabila ke mana-mana. Paling best, bila teman-teman memuji OOTD pada hari tu. Siapa yang tak happy kan!
Hakikatnya rahsia besar mencipta hubungan suami isteri yang mawaddah adalah keluarga yang saling lengkap melengkapi. Ini penting untuk memastikan hubungan suami isteri kekal dan tiada prasangka terhadap pasangannya.
Perkongsian Intan Dzulkefli dilaman facebooknya, penuh bermakna buat para isteri supaya hidup harmonis bersama pasangan. Jom ikuti perkongsiannya ini.
Saya pernah terasa hati dengan suami sebab dia paling tak suka berbaju warna sedondon dengan saya & anak-anak. Alasannya tak mahu beli banyak baju sedangkan baju yang masih ada pun tak terpakai. Pakai sebab nak tunjuk pada siapa? Jangan membazir, katanya.
“I hope Allah will show to you exactly what I meant, someday,”
Dalam hati saya menjawab juga (yela sebab tak puas hati), pakai bukan nak tunjuk kepada siapapun. Cuma untuk kepuasan diri, bukankah itu cara kebanyakan orang menunjukkan kesatuan hati?
Padahal bila muhasabah sejujurnya, terselit juga keinginan untuk nampak cantik apabila bergambar, sebab kelihatan sedondon. Ish.. ish.. astaghfirullah.
gambar hiasan
Kemudian satu hari, suami ajak pergi ke suatu majlis ceramah agama.
Selepas habis pengisian ustaz ada majlis makan, terlihat ada sepasang suami isteri yang agak tua dengan pakaian yang sangat sederhana, tetapi santun saling menyuap nasi ke mulut pasangan. Wajah mereka nampak bahagia betul. MasyaAllah.
Ads
Allahuakbar. Sebak hati. Terasa menyentap hati. Malu pada Allah. Saya tak beritahu suami pun tentang tu.
Saya terus teringat nasihat suami yang asyik diulangnya;
Yang penting apa yang kita rasa. Yang penting apa yang hati kita benar-benar rasa.
Bukan apa yang kita nak orang lihat. Bukan apa yang kita perlihatkan kepada orang.
Let people see our grass look green because we take care of its water & fertilizers, not because it is fake. (If you got what it means)
Barulah saya sedar, tak semestinya dengan cara begini & cara begitu barulah kita dapat bahagia. Adakalanya bahagia itu diraih dengan cara paling sederhana. Cuma perlukan hati yang benar-benar ikhlas & menerima seadanya.
Tak perlu hingga terpaksa pretend jadi orang lain. Tak perlu hingga copycat cara orang lain.
Ads
Just be yourself. Bahagia dengan cara kita.
Malah, itulah yang Rasulullah SAW didik kita, rumah baginda ukurannya cuma 10 hasta kali 7-8 hasta, makanannya adakalanya cuma sebiji kurma, tetapi itulah rumahtangga yang paling bahagia & mulia. MasyaAllah. Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.
persefahaman antara suami isteri
Hari ini, kita beria-ia berlumba menunjukkan apa yang kita ada. Hingga kadang sampai mengadakan apa yang kita belum lagi ada. Semata-mata tidak mahu kalah dengan orang lain.
Walhal sebenarnya apabila kita terlalu desperate hendak menunjukkan yang kita bahagia, itulah tanda kita belum benar-benar lagi bahagia – (Ustaz Pahrol)
You don’t have to bless others with your life story. You just need to be happy with it honestly.
Berapa ramai orang yang post gambar bukan main sweet di media sosial tetapi sebenarnya asyik bertikam lidah sesama pasangan, refer kaunseling perkahwinan kerana rumahtangga banyak masalah, hubungan bagai retak menanti belah.
Ads
Namun, resam orang bermedia sosial memang menunjukkan yang indah-indah sahaja bukan?
Hakikatnya rumahtangga masing-masing dalam hati sahajalah yang tahu benar bahagia atau tidak.
Saya bukan minta kita judge rumahtangga atau hati orang, melainkan saya nak kita refleks & audit diri kita sendiri.
Muhasabah diri kita sendiri.
.
If it means we need to pulling ourself out of social media temporarily, so be it. Indeed, everyone needs a break from the perfectly filtered fake life that they post on it.
Thousands postings & pictures of perfectly fake smile are meaningless, if in our heart, we are broken into pieces & every night we secretly shed in tears before sleep.
Please, live your real happiest life.
#intandzulkefli #selfreminder
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lama tidak mendengar khabar selebriti yang satu ini. Usai mendirikan rumah tangga, Farah Diana Anuar dilihat lebih fokus kepada rumah tangga yang baru dibinanya. Namun, selepas 15 tahun tidak melihat kelibatnya di dalam arena seni, ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat mula kembali aktif. Farah Anuar yang Bekas bintang Akademi Fantasi kedua (AF2) baru-baru ini berkongsi berita selamat melahirkan anak ketiganya pada 2 Oktober lalu.
Selepas hari ketujuh melahirkan cahaya matanya itu, Farah memberi nama anaknya sebagai Ara.
Berita tersebut dikongsikan Farah menerusi laman intagramnya dengan memuat naik foto bayinya. “Assalamualaikum semua, sempena hari ketujuh hari ini, Farah perkenalkan anak ketiga kami, Ara Binti Johan. “Doakan Ara Johan menjadi anak yang solehah,diberkati hidupnya,disenangi dan disayangi dunia akhirat,” katanya.
A post shared by Farah Anuar (@farahdianaanuar) on
Farah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Johan Johari pada Julai 2011. Pasangan itusebelum ini turut dikurniakan dua orang puteri Elsa dan Mya.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Munguruskan kerja kahwin untuk anak yang bakal mendirikan rumah tangga, memang bukan kerja mudah. Apatah lagi andai ini majlis kahwin pertama kalinya diadakan dalam keluarga kita.
Tentu banyak benda perlu diurus, dan itu bermakna banyak juga kos yang perlu ditanggung oleh keluarga pengantin.
Dari sebesar-besar perancangan seperti menentukan jumlah tetamu, pilihan menu dan hinggalah dalam hal dulang hantaran sekali pun perlu difikirkan dan dipastikan berapa bajetnya.
Menyedari hal itu, apa kata bakal mak pengantin menyediakan sendiri gubahan dulang hantaran untuk anak tercinta.
Menurut perkongsian daripada Nauf Safuan, setiap dulang hanya bermodalkan RM 19 sahaja, namun nampak begitu mewah dan bergaya.
GUBAHAN HANTARAN BAJET RM19 SEDULANG
Untuk gubahan kali ni sangat sangat mudah dan murah. Sebab pengantin yang request nak bunga macam ni. Aku gubahkan jer.
1st aku guna bunga baby breath. 1 Jambak bunga ni RM30 boleh gubah 2 dulang hantaran kalau gubahan jenis bunga penuh. Kalau buh sikit sikit boleh buat 3-4 dulang.
Aku beli bunga ni kat Petal Floral Puchong. Korang boleh google Petal Floral ni ada beberapa cawangan. Jadi boleh beli kat sana.
2nd aku guna bunga kekwa atau spesis chrysanthemum. 1 batang RM1.50 jer. Untuk 7 dulang aku pakai 6 batang bunga.
Untuk gubah bunga hidup ni.Aku guna span basah. Span basah berbeza dengan span kering. Span kering tak menyerap air. Span basah menyerap air. Kenapa kena guna span basah? Supaya bunga tu boleh hidup. Kalau tak layu bunga tu nanti.
Sebelum gubah. Rendam span basah tu dalam 30minit. Lepas tu sebelum gubah. untuk elak dulang basah. Atau barang hantaran basah. Elok balut atau lapik span tu dengan plastik atau aluminium foil. Lepas tu baru start gubah.
Istilah ibu bapa ‘derhaka’ mungkin kedengaran agak janggal dan sedikit kasar pada halwa telinga. Selalunya yang biasa kita dengar, anak derhaka kerana ungkapan ini cukup popular digunakan sebagai merujuk anak yang bersikap kurang ajar atau biadab terhadap orang tuanya.
Walaupun label itu tidak wajar diberikan kepada insan yang melahirkan dan membesarkan anak-anak namun ibu bapa juga seperti insan yang lain, tidak kalis dosa. Sebenarnya ibu bapa juga tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan.
Ibu Bapa Derhaka
Berikut dikongsikan tanda-tanda ibu bapa derhaka. Moga bermanfaat.
Tak Sedar Lakukan Dosa Pada Anak-anak
1. TIDAK MENGAJAR ANAK MENGENALI ALLAH SWT
2. TIDAK MEMBERI HAK PENDIDIKAN
3. MENGABAIKAN KEPERLUAN TUMBESARAN
4. MENDAHULUKAN KEHENDAK DIRI BERBANDING KEPERLUAN ANAK
5. MENGELAK MENJAGA ANAK KERANA MERASAKAN MEREKA BEBAN
6. WUJUD SECARA FIZIKAL TETAPI TIDAK SECARA EMOSI
7. MEMUKUL, MENGHERDIK, MEMBERI GELARAN BURUK & APA JUA KEKASARAN YANG DILAKUKAN TERHADAP ANAK
8.MENGEJEK & MEMALUKAN ANAK DEPAN ORANG LAIN
9. TIDAK BANDING DENGAN ANAK LAIN
Benar tiada ibu bapa yang sempurna tetapi cubalah menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa memperbaiki diri demi tumbesaran anak yang sihat. Didikan yang baik pasti akan melahirkan anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
Cuaca panas dan kering dijangka berterusan hingga pertengahan, akhir bulan depan – METMalaysia. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca panas dan kering yang sedang melanda negara kini akan berterusan sehingga pertengahan atau penghujung bulan hadapan.