Hanya Masuk Dalam Peti Sejuk. Cheesekut Coklat Nestum Mudah Disediakan & Rasanya Confirm Ramai Suka!

Share

Menyediakan menu untuk seisi keluarga agar dapat menikmati hidangan minum petang kedang kala membuatkan kita buntu juga dalam membuat pilihan. Tidak hanya menu kuih tradisonal seperti kuih talam, lepat, puding atau pilihan bubur dan sebagainya.

Jadi apa kata anda sediakan menu yang berbeza daripada biasa namun cukup ringkas dengan hanya perlu disejukkan di dalam peti ais namun menjanjikan hidangan manisan yang cukup menepati citarasa.

CHEESEKUT COKLAT NESTUM

BAHAN-BAHAN:

1 paket Cream Craker HupSeng (boleh juga guna deluxe cracker)

250gm cream cheese

1 peket Nestum original

1 tin susu cair

1 cawan krimer manis coklat SAJI

1/2 cawan gula kastor (lebihkan jika suka manis)

1 sudu kecil esen vanilla

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

CARA-CARA:

1.Pukul cream cheese, krimer manis coklat SAJI, gula castor dan esen vanila hingga kembang.

2. Masukkan 3 sudu besar serbuk koko yang diayak terlebih dahulu dan pukul hingga sebati.

3. Masukkan 3 sudu besar susu cair dan kacau guna spatula (susu cair dimasukkan kerana adunan cream cheese sedikit kental kerana ditambah serbuk koko. Lebihkan susu cair jika suka cheese meleleh-leleh)

4. Panaskan susu cair dan tambah 2 sudu besar serbuk koko (supaya serbuk koko senang larut). Tapis jika perlu dan sejukkan sebentar.

5. Tuangkan susu cair tadi dalam bekas supaya senang untuk dicelup. Celup biskut satu persatu dan susun dalam loyang. Sudukan 4 sudu besar cream cheese dan ratakan. Taburkan nestum secukupnya. Ulang langkah hingga habis.

6. Sejukkan dalam peti ais semalaman sebelum dipotong.

Sumber : izanizawati.ismail via MAHN 

 

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club