Malang tak berbau… Gara-gara memakan cendawan busut goreng, sembilan sekeluarga yang menetap di Kampung Nyiur, Paka Terengganu mengalami keracunan makanan hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Nurul Musfirah Ghazali, 32, dan suami serta tujuh daripada lapan anak mereka yang berusia empat hingga 13 tahun mengalami muntah-muntah sebelum sebahagian daripada mereka rebah tidak sampai sejam selepas menikmati cendawan busut goreng sebagai hidangan tengah hari.
Alhamdulillah Syukur…hari ini Allah jentik hati ini untuk taipkan kisah yang menyayat hati terjadi kepada sekeluarga adik perempuan mokcik 😢, iaitu dia bersama suaminya dan 8 orang anak²nya. Semua anak²nya masih kecik²…
Jam 3 ptg kami dapat berita bahawa sekeluarga mereka telah keracunan cendawan 🍄, keadaan kritikal dan berada di klinik kesihatan. Mokcik pun apalagi… sepantas kilat capai kunci kereta. Bersama Mok Bonda ke klinik kesihatan. Sampai di klinik kesihatan terlihat ambulans kat depan. Hati ni berkata adik ada kat dalam tu. Bila Mok Bonda check memang betul. Semuanya dah lembik…dah masuk air.
Muntah tanpa henti.
Mokcik follow ambulans rapat² untuk ke hospital Dungun. Mulut x henti² minta agar Allah pulihkan semuanya. Sampai di hospital Dungun. Mokcik terus park kereta dan ke ambulans tersebut. Adik perempuan dan 4 org anaknya ada kat dalam. Sakit teramat. Muntah x henti. Allah je tahu perasaan mokcik time tu. Adik perempuan dah x larat sgt² dah tu. Mokcik pimpin dia untuk ke tandas. Terasa badannya tu ringan nak jatuh je. Sorang² ke tandas hospital. Akhirnya tandas tu adik perempuan dan anak²nya je yang conquer. Manakala suaminya dan anak² yang lain, ambulans dah ambik lebih dulu ke hospital Dungun.
Keadaan mereka kritikal. 3 hari lepas ada kejadian yang sama jugak. Tapi mereka lewat ke hospital. Allah takdirkan dia meninggal dunia di hospital yang sama. ICU yang sama. Bila adik perempuan mokcik sampai… mokcik tengok para doktor berusaha sebaiknya. Terima Kasih buat kesemua unit barisan hadapan di ICU Dungun. Jasamu semua hanya Allah lah yang membalasnya dengan sebaik-baiknya pembalasan 🥰. Alhamdulillah…
Mokcik dan Mok Bonda tidak berganjak. Kami tetap di situ sehinggalah…jam 12 tengah malam. Kami tunggu results yang positif.
Dan Alhamdulillah Syukur Ya Allah 🤲…
Allah kurniakan keajaiban 😭😭😭
Maha Baik Allah…
Maha Suci Allah…
Maha Besar Allah…
Keadaan kesemuanya dah stabil dan akan dimasukkan ke wad. Sujud syukur mokcik dan Mok Bonda. Hanyalah Allah tahu perasaan kami masa tu.
Dan hari ini kami ke rumah adik perempuan. Kami nak tengok cendawan yang mereka masak tersebut. Bonda dah pesan… bila x pasti tanyalah Bonda dulu. Jangan sembarangan makan je. Hanya dengan 4 kuntum sahaja!
Racunnya itu begitu kuat.
Mereka terselamat dengan izin Allah. Asbab tindakan cepat adik perempuan mokcik. Bila lihat anak² yang dan tergolek sakit perut dengan katanya perut terbakar. Disertai pula adik perempuan dah terasa pening. Allah sayang. Allah uji. Allah cinta.
Semoga kita semua beringat. Gambar dibawah tu adalah cendawan yang mokcik snap pagi tadi masa ke rumah adik. Dan gambar itu adalah gambar anak perempuan nya yang dah stabil setelah bermuntahkan darah.
Ayat adik mokcik…
Allahu Rabbi…
Itulah dia kisah sekeluarga yang keracunan cendawan. Sekeluarga di ICU. Dan sekeluarga di wad.
Sumber: Nurul
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club