Bagi kanak-kanak adalah menjadi satu kegembiraan apabila mendapat mainan yang baru. Tidak kisahlah mainan apa pun, pasti akan di sambut dengan tawa gembira.
Namun lain pula dengan ibu bapa, mereka akan berasa sedih apabila berasa tidak mampu untuk memberikan apa yang disuaki atau kehendak anak-anak.
Sebagai gantinya, mereka akan cuba mengantikan dengan apa yang mereka mampu berikan demi untuk melihat anak-anak gembira.
Disebabkan itulah, ada sesetengah ibu bapa sanggup bekerja lebih masa, ada yang terpaksa tinggal jauh dari keluarga, bekerja offshaw umpamanya demi untuk meningkatkan tahap ekonomi keluarga untuk kehidupan yang lebih baik.
Begitulah yang telah dilakukan oleh seorang bapa ini yang bertindak membeli plastik untuk anak-anaknya. Bagaimana plastik boleh dibuat mainan?
Mungkin ianya agak janggal bagi sesetengah orang, namun itulah hakikatnya. Masih ada lagi kanak-kanak yang gembira dengan hanya bermain plastik sebagai alat permainan mereka.
Ads
Melalui satu video yang telah dikongsikan di laman Tiktok, pemilik akaun berkenaan @ainuntazrie, dalam dilihat seorang lelaki berkongsi hasratnya untuk membeli alat permainan untuk anak-anaknya dirumah.
Tetapi, mungkin kerana belum berkemampuan, dia akhirnya masuk ke sebuah kedai dan pergi ke bahagian jualan pelbagai jenis plastik untuk dibeli sebagai hadiah mainan anak.
Menurut lelaki itu, dia membeli plastik sebagai ganti kepada alat permainan anak-anaknya dengan harapan agak anak-anaknya itu akan gembira dengan permainan baru mereka.
Ads
Apa yang membuatkan kita semakin sebak apabila melihat kedua-dua anak yang menerima hadiah plastik itu dilihat cukup gembira seperti mendapat hadiah permainan baru itu. Mereka seronok bermain plastik bersama-sama.
Rata-rata netizen sangat tersentuh melihat video tersebut, ramai juga yang telah memuji akan anak-anak lelaki ini menyatakan walaupun si bapa hanya membelikan plastik untuk dibuat permainan, namun anak-anak ini langsung tidak kisah dan gembira bermain dengannya.
Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan bahagia hingga akhir hayat. Namun ketentuan sang pencipta tiada siapa yang tahu. Kesedihanan pasti menerpa dalam diri, biarpun sudah lama kehilangan orang tersayang.
Begitulah yang dirasai oleh seorang suami yang kehilangan isteri sejak dua tahun lalu disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ. Beliau yang kini tabah membesarkan tiga orang anak-anak yang kesemua lelaki. Bukan calang-calang untuk membesarkan anak yang sedang mempunyai pelbagai keletah.
Ikuti perkongsian Saudara Khairul Abdullah yang meruntun jiwa ini.
Aku buka almari baju dan tengok semua baju arwah isteri aku masih di tempat yang sama.
Sudah lebih 2 tahun dia pergi.
Dalam laci semua barangnya masih di tempat yang sama. Hampir semua benda yang dia tinggalkan masih berada di tempat yang sama.
Aku tak usik, aku tak ubah. Sesekali aku sentuh, sesekali aku ambil dan cium.
Keadaan masih sama dalam bilik ini.
Baju dan begnya masih bergantung di tempat yang sama. Barang kemasnya, barang makeup dan segala perfumenya semuanya di tempat yang sama.
Kenapa?
Entah. Aku tak tahu.
Aku suka begitu.
Aku suka keberadaan semua benda tersebut di tempat asalnya. Cukup untuk buat aku merasa sebahagian dirinya masih ada bersama aku dan anak-anak.
Cukup untuk buat aku rasa tidak ditinggalkan.
RINDU TIADA PENGHUJUNG
Aku tak move on?
Entah.
Aku tak tahu atau faham apa makna move on itu. Adakah perlu melupakan? Apakah perlu buang semuanya dan lupakan segalanya?
Jika tidak, jika masih menyimpan dan mengingat, adakah aku tidak move on?
Entahlah.
Selepas isteri dikebumikan, aku teruskan tanggungjawab aku besarkan anak-anak. Hidup aku dan anak-anak ok sahaja. Aku tak abaikan sesiapa, aku hidup seperti biasa. Tidaklah aku tertekan, tidaklah aku menderita, tidaklah aku jadi gila.
Aku tak move on?
Move on bagi aku adalah meneruskan hidup.
Alhamdulillah, aku hidup bahagia dengan anak-anak. Cuma kasih sayang dan rindu aku tak boleh aku hilangkan begitu sahaja.
Lagipun memang aku memilih begitu.
Memilih untuk terus mengingat dan merindu.
Kau tahu,
Sentiasa ada setitis manis dalam setiap rindu yang pahit.
Jadi, aku gagahkan demi yang setitis itu.
Kredit: Khairul Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjelang hari raya, rata-rata ibu-ibu pasti sibuk membuat persiapan termasuklah menyediakan kuih muih dan juadah untuk sajian di pagi raya nanti.
Meskipun dihati terselit rasa sedih kerana tidak dapat pulang beraya di kampung bersama orang tua, namun kita semua kena sabar dan berdoa selalu supaya wabak Covid-19 cepat-cepat reda.
Begitu pun persiapan raya bersama keluarga pasti kena buat juga kan, apatah lagi ada anak-anak yang pastinya mahu meraikan biarpun tidak berpeluang untuk menyambutnya secara meriah seperti tahun-tahun sebelum ini.
Dalam instagram milik Sari Yanti, dia berkongsi gambar anak-anak membantunya membuat kuih raya. Nampak begitu bersemangat dan ceria masing-masing kerana berpeluang membuat biskut raya haisl air tangan sendiri.
Di dalam perkongsian berkenaan, kelihatan anak Sari Barr Al Aliy, Baasit Al Haq serta Dariya Inara tekun menghias biskut raya di atas meja di dapur.
Pelawak dan pelakon Ajak Shiro telah selesai menunaikan ibadah umrah bersama isteri dan anak-anaknya.
Menerusi entri Instagram(IG), Ajak melahirkan rasa syukur dapat menjalani umrah bersama keluarganya.
Bertuah menjadi tetamu Allah dalam usia yang muda, peribadi Ajak Shiro dipuji oleh peminatnya. Malah kesantunan ahli keluarganya turut mendapat perhatian.