Hanya Makan Masakan Tanpa Bahan Pengawet, Antara Amalan Maya Karin Untuk Kecantikan Asli

Share

Siapa tak kenal dengan pelakon Maya Karin. Kecantikannya sememangnya memukau dan tidak jemu mata memandang.

Walaupun kini berusia 43 tahun, namun wajah Maya langsung tindak menunjukkan tanda-tanda menua malah makin cantik dan sihat!

Berbeza daripada wnita seusianya, kecantikan semula jadi Maya makin terserlah walaupun tidak mengenakan sebarang mekap atau hanya berhias nipis.

Rupanya ini adalah amalan Maya Karin sejak di usia remaja lagi. Amalan ini sememangnya sesuatu yang sihat kerana banyak menggunakan bahan semulajadi.

[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam

[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan

#1 Banyakkan minum air suam 
Kongsi Maya, rutin penjagaan wajahnya adalah mudah iaitu minum air suam setiap hari dengan secukupnya. Ini kerana air suam boleh meningkatkan suhu badan dan metabolisme dalam badan. Bukan itu saja, air suam juga dapat membantu tubuh badan kita membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.

#2 Guna bahan semula jadi di dapur untuk kecantikan 
Menurut Maya, selain daripada air suam dia juga sering amalkan petua yang pernah diajarkan kepadanya ketika muda. Antaranya adalah memakai mask rambut dan wajah, scrub serta serum rambut.

Dibuat sendiri mengikut budaya Indonesia, bahan utama yang Maya guna untuk buat mask adalah alpukat. Kalau kamu nak tahu alpukat sangat bagus untuk rambut dan wajah kerana ia mengandungi pelbagai vitamin serta minyak yang diperlukan oleh badan.

#3 Amalkan diet yang seimbang dan sihat 
Akhir sekali, Maya turut amalkan diet pemakanan yang seimbang memandangkan dia alah pada kekacang dan hasil tenusu. Bagi makanan fast food, tin dan siap dibungkus akan cuba dielakkan serta dikurangkan.

“Saya hanya makan makanan yang baru dimasak tanpa bahan pengawet. Contohnya, makanan di kedai nasi campur kerana saya tahu mereka masaknya pagi tadi. Dan antara makanan yang akan saya pilih adalah sayur bayam, pucuk paku dan tempe.”

Jadi kepada para wanita diluar sana, masih belum terlewat lagi untuk anda mengekalkan kecantikan. Jom cuba tips dari Maya Karin ini.

[MESTI BACA]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club