Meskipun zaman sudah moden, bukan bererti kita tidak lagi mengamalkan budaya minum jamu untuk tujuan penjagaan kesihatan dan kecantikan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan sekarang ini seakan menjadi trend ramai antara kita kembali mengamalkan jamu.
Lebih menarik lagi, ada pula antara ibu-ibu di luar sana begitu rajin untuk menghasilkan sendiri ramuan jamu tersebut. Jadi bolehlah lebih berjimat dan dalam masa yang sama khasiat jamu dapat dibekalkan untuk tubuh.
Bercerita tentang jamu atau minuman herba untuk awet muda, bukan sahaja wanita suka mengamalkannya. Malah kaum lelaki juga tidak terkecuali, seperti Johanis Haslan yang turut berkongsi minuman herba kegemarannya yang sering dihasilkan sendiri untuk tujuan kesihatan dan awet muda.
Nak tahu apa ramuannya, jom teliti bahan dan cara penyediaannya.
Bahan-bahan :
Kunyit
Halia
Daun Sirih
Temu Kunci
Kencur
Asam jawa
Lemon
Gula Organik
Kulit Kayu Manis
Cara penyediaan :
- Masukkan semu bahan di dalam pengisar.
2. Kisar halus.
3. Rebus hingga mendidih.
4. Kemudian tapis dan biarkan suam sebelum diminum.
Demam Anak Masih Tak Kebah-Kebah, Rupanya Ubat Simpan Lama. Ikuti Peringatan Dr Ini.
Apabila anak demam, ibu ayah memang risau. Walaupun anak kecil atau sudah sekolah rendah, kita tetap risau. Apabila anak demam, ia bermakna badan anak, sedang melawan bakteria yang menyerang badannya.
Oleh itu, sebab itu, demam jangan dibiarkan berlarutan lebih tiga hari, jika lebih mesti ada sesuatu yang kena ambil peduli sama ada pergi berjumpa doktor untuk membuat tindakan susulan sama ada check darah dan sebagainya. Selain, berjumpa doktor, kita perlu juga semak sama ada ubat demam masih dalam keadaan baik.
Sebagimana peringatan Dr ini yang memberi nasihat bahawa ada segelintir ibu bapa tidak menyedari bahawa ubat demam yang disimpan sudah terlalu lama sehingga membuatkan ia tidak berkesan kepada anak. Akibatnya demam anak tidak kebah. Menerusi facebook, Ahmad Luqman Bukhari menjelaskan sebab ia berlaku.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Siapa kat sini yang tak tahu bahaya sebenarnya kalau kita simpan ubat demam paracetamol tu lama sangat kat dalam peti sejuk?
Dulu saya selalu rasa pelik. Kenapalah ramai mak ayah yang bawak anak jumpa kami beritahu demam panas si kecil tu tak kebah padahal dah suapkan ubat demam masa kat rumah.
Rupa-rupanya anak tu dah diberikan ubat demam yang tersimpan lama kat dalam peti sejuk. Kemungkinan besar ubat tu dah pun rosak dan tak berkesan!
Patutlah budak tu asyik merengek je, badan panas suhu tak turun-turun.
UBAT DEMAM yANG TELAH DIBUKA TAK BOLEH SIMPAN LAMA
Ubat demam tu asalnya masa dibotolkan kat kilang ubat, ianya dah terisi dengan clean air. Ada jugak yang diisi dengan nitrogen. Cecair ubat tu pulak dah dicampur siap-siap preservatives sebab nak cegah pembiakan bakteria dalam ubat tu.
Cuma masa kita bukak penutup botol ubat demam tu, clean air tadi tu akan terkeluar lalu udara biasa mula masuk ke dalam. Sebab tu tak bagus simpan ubat demam yang dah dibuka lama-lama sebab udara biasa tu mengandungi bakteria dan kulat.
SIMPAN UBAT TERLALU LAMA DALAM PETI AIS.
Lagi satu kesilapan kita biasanya kita pergi pulak letak ubat demam tadi tu simpan berbulan-bulan lama kat dalam peti sejuk. Padahal suhu yang rendah dalam peti sejuk tu akan buatkan proses kondensasi berlaku kat dalam botol ubat tu.
Kalau tak percaya, nanti bukaklah bahagian dalam penutup botol dan boleh nampak wap air berkumpul kat situ. Wap air tu tak ada bahan pengawet. Bakteria dan kuman senang sangat nak membiak bila wap air tu bercampur dengan ubat.
Elok-elok kita ingat ubat demam tu tahan lama kat dalam peti sejuk, rupa-rupanya kita yang jadi punca bakteria membiak sampai rosakkan ubat. Lepas tu kita jugaklah yang duk suap ubat rosak tu kat anak dan pening kepala sebab demam si kecil tu tak kebah-kebah.
Aduh. Huhu.
BILA DAH GUNA, TAK PERLU SIMPAN.
Jadi nasihat saya, ubat demam kat rumah kita tu letak je kat tempat kering pada suhu bilik. Paling bagus tak payah simpan lagi dah bila anak dah sihat.
Tapi kalau nak simpan jugak, paling lama cukup 2 bulan buang je walaupun masih ada baki. Harapnya korang tak simpan dah ubat demam lama-lama kat dalam peti sejuk lepas tahu info ni ye.
Tolong sebarkan ilmu yang sangat penting ni pada mak ayah yang lain jugak. Kesian sangat kat anak-anak yang terpaksa menanggung demam panas sebab mak ayah dia tersilap berikan ubat demam yang dah rosak.
Mana yang baru follow FB saya ni pastikan set ‘See First’ siap-siap ye sebab selalunya kalau tak set ‘See First’ mesti akan tertinggal bila saya update artikel penting tentang info kesihatan anak kita.
Kredit: Ahmad Luqman Bukhari
Ini Cara Mandi Yang Betul Ketika Berpantang, Jangan Ambil Mudah, Wanita Wajib Ikut!
Selepas melahirkan anak, seluruh tubuh terasa lemah longlai kerana kehilangan banyak tenaga semasa proses melahirkan. Di tambah pula dengan rasa tidak selesa dan rimas dengan keadaan tubuh. Ini menyebabkan wanita mahu segera untuk mandi dan membersihkan diri semahunya.
Soal mandi memang nampak mudah namun sebenarnya wanita bersalin juga kena tahu ilmu ini untuk diri sendiri. Jaga dalaman tubuh kita!
Menurut petua yang dikongsikan oleh Puan Siti Aishah, daripada Pewaris Perbidanan Melayu Asli, nak mandi juga kena ada caranya supaya badan kekal kuat dan hebat secara dalamannya. Mandi berlebihan pun kurang sesuai katanya.
“Kalau ikut cara kaum cina, 30 hari mereka memang tak jumpa air. Bukan setakat basah rambut. Mandi pun langsung tak boleh. So, saya nak share cara bidan-bidan Melayu Lama. Aturan dan tertibnya.
1. Mandi waktu dhuha. Maksudnya biar matahari dah tinggi sedikit barulah mandi. Cuaca dah suam-suam. Kalau cara kak Ice, kalau masa tu memang musim hujan, sejuk memanjang, memang tak mandi la sepanjang hari tu. Key word dia, jangan lepas dah sedap mandi air suam… disebabkan suhu sekitar yang sejuk, tiba-tiba kita jadi menggigil lepas mandi. Bahaya tu. Takut tiba-tiba bentan menggigil.
2. Mandi air suam-suam panas untuk badan. Boleh mandi air rebusan daun herba. Kalau susah nak cari daun-daun, mandi je air kosong yang suam. Janji suam-suam panas. Jangan suam-suam sejuk. Banyak beza tu.
3. Untuk kepala…. WAJIB mandi air paip biasa. Jangan basuh rambut dan muka dengan air panas. Pantang 7 keturunan tu. Kalau dilanggar, ibu mudah kena pening kepala. Rambut mudah gugur. Kulit muka cepat berkedut. Amalan ni bukan untuk ibu dalam pantang je, untuk semua sebenarnya. Laki, perempuan, tua, muda semua boleh ikut petua ni. Saya dah biasakan anak-anak sejak lepas lahir lagi. Muka rambut memang air paip biasa. Badan je air suam.
4. Mandi jangan lama-lama. Paling lama 10 minit je.
5. Mandi orang pantang SATU baldi besar je. Bukan satu kolah. Satu gayung ratakan seluruh tubuh. Sabun puas-puas. Lepas tu gunakan air lebihan dalam baldi buat bilas sabun. Dah cukup.
6. Mandi sehari sekali. Wanita yang mandi banyak-banyak dan lama dalam pantang kita akan nampak kulitnya tak anjal. Even kurus… tapi kulit tak anjal. Muka sembap.
7. Minggu pertama sebaiknya lap-lap je dulu. Dry cleaning. Ini kalau tak ikut pun tak apa. Anak no tiga, kak ice memang tak mandi masa minggu pertama bersalin. Rasa badan lagi selesa. Maksudnya fit. Tak mudah kena ketegur angin sejuk. Muka pun nampak firm cepat dari pantang anak pertama dan kedua.
So, inilah tip dan aturan mandi ibu dalam pantang. Cara bidan-bidan lama. Tak ikut tak dosa. Kalau ikut jadi lawa. Tepuk dada tanya jiwa.
So bolehlah ibu-ibu dalam pantang berlawa sikit. Jangan lupa pakai pilis di dahi. Nampak manis keibuan giteww!
Kalau tak melayu yang sambungkan seni warisan perbidanan Melayu, siapa lagi.
Wanita Ini Kongsikan Petua Segarkan Kembali Wajah Guna 3 Bahan Di Dapur. Yang Ada Masalah Kulit Berminyak Pun Boleh Cuba!
Isi Kandungan
ToggleKesibukan dengan urusan rumah tangga dan anak-anak membantutkan ibu-ibu dalam mengambil berat bab penjagaan diri. Apa lagi nak ke spa untuk memanjakan diri.
Sibuk macam mana pun, kena juga curi sedikit masa untk belai wajah, usah biarkan ia kusam tak bermaya, tamabh-tambah lagi jika anda penat menguruskan segalanya.
Jom kita cuba petua masker mudah yang dikongsikan oleh Puan Yanie Rosdi ni jika mahu menyegarkan muka dan sekaligus mengembalikan rasa ceria.
Hanya dengan menggunakan bahan yang ada di dapur tak perlu anda ke spa jika tiada masa. Selain menyegarkan kulit, masker ini juga sesuai buat anda yang memiliki kulit wajah jenis berminyak.
RAHSIA HAPUSKAN KULIT BERMINYAK
Jarang orang buat camni.tapi sangat berkesan.
Tak percaya cuba u buat sebelah muka dan tengok perbezaannya nanti.
Masker Untuk Kulit Berminyak
Bahan-bahan
- Oat
- Putih telur
- Lemon (optional)
Cara membuat:
Cara nak buat masker ni senang je.
- Campurkan bahan
Mula-mula, campur dan gaulkan semua bahan sehingga membentuk pes.
Lemon tu optional, untuk wangikan dan tambah kesegaran. Kalau tak ada pun tak apa.
2. Sapukan pada wajah
Kemudian, oleskan pada bahagian muka dengan rata. Muka akan terasa sejuk je.
3. Biarkan sekejap
Selepas itu, biarkan selama sekurang-kurangnya 30-45 minit atau sehingga kering. Seeloknya buat masa nak tidur, senang sikit tak perlu nak bergerak-gerak.
Wajah anda akan terasa lebih segar, bersih, bebas minyak dan makin berseri walaupun dengan solekan yang paling minima. Yalah, kita yang ada anak 4 orang ni kadang-kadang mana sempat nak make up setiap kali keluar, kan?
4. Bilas dengan air suam
Selepas bilas dengan air suam, wajah akan menjadi segar seketika, bebas minyak dan makin putih berseri.
Cuba amalkan 2-3 kali seminggu untuk kesan yang lebih memberangsangkan.
Tip Kesihatan:
Oatmeal, selain baik untuk jantung dan menyerap minyak atau kolesterol berlebihan, ia juga bagus untuk mengurangkan minyak di wajah.
Telur memiliki fungsi untuk mengecilkan pori-pori di wajah sehingga mengurangi pengeluaran minyak yang berlebihan.
Gunakan campuran oatmeal dan telur (putih telur) sebagai masker wajah untuk perawatan kulit berminyak.
http://bit.ly/2zdMdAa
http://bit.ly/2zdMdAa
http://bit.ly/2zdMdAa
Sumber: FB Yanie Rosdi