Pada zaman moden ini, K-Pop telah menguasai dunia hiburan secara global termasuklah di tanah air. Sudah jadi norma baru untuk remaja sekarang untuk meminati kumpulan-kumpulan K-Pop seperti BTS dan akan mengumpul gambar-gambar “bias” mereka. Tetapi, ada juga yang “anti K-pop” seperti bapa remaja ini yang sanggup bakar koleksi anaknya.
Baru-baru ini, ramai warganet yang meluahkan kemarahan terhadap tindakan seorang bapa kepada remaja yang berumur 14 tahun kerana membakar koleksi K-popnya melalui sebuah video yang dimuatnaik oleh ibu remaja tersebut di TikToK.
“Ayah jenis yang boleh dikatakan alim orangnya. Jadi dia tak suka hiburan atau jenis macam ni (K-pop). Saya reda dengan apa yang jadi sebab tak nak sedih lama-lama. Selama ni pun saya minat (K-pop) gitu-gitu je, tak lebih-lebih sangat. Lepas kejadian bakar tu, saya jumpa ayah dan katanya ‘Tak payah dah Korea-Korea ni'” kata remaja yang digelar Tasha dalam satu temubual bersama mStar.
Walaubagaimanapun, Tasha masih mempunyai rasa minat terhadap K-Pop dan beranggapan ini sebagai kenangan pahit yang pernah dilalui.
“Masa mula-mula dapat tahu memang sedih sebab beli mahal-mahal dan jurnal buat sendiri selain pemberian daripada kawan-kawan. Tapi lama-lama saya reda je.
Saya dan kakak berusia 16 tahun minat K-pop, tapi kami memang tak tunjuk minat tu kat ayah sebab tahu dia macam mana dan tetap respek dia. Ayah tahu ada barang-barang ni sebab dia ternampak saya simpan kat satu tempat,” katanya.Tasha menjelaskan bahawa perkongsian video tersebut hanyalah sekadar suka-suka dan luahan kenangan pahit bersama ibunya yang juga turut dikecam. Pada masa yang sama, pelajar tingkatan dua itu berterima kasih kepada wargamaya yang memberi sokongan dan kata-kata positif kepadanya.
“Saya amat menghargainya. Tapi jangan salah faham tentang yang bakar itu siapa, saya bukan nak mengaibkan sesiapa.
Ada yang sampai kata hantar terus mak ayah yang macam ni kat rumah orang-orang tua. Bagi saya ia agak keterlaluan. Tapi saya maafkan. Masing-masing ada pendapat mereka,” kata peminat K-Pop itu.Kini, video tersebut sudah dipadam di akaun ibunya untuk mengelak daripada menambah fitnah dan kecaman dari warganet.
Terima Kasih
Sumber: @cikatienn di TikTok