Selalunya kita akan mengalami masalah sakit kepala tidak tentu masa. Ada yang sekejap je ada juga berlarutan sehingga kena makan ubat tahan sakit. Ada juga dikatakan sakit kepala disebabkan angin dalam badan. Malah jika teruk sangat boleh menyebabkan pesakit muntah. Mungkin jika dibiarkan boleh cenderung kepada migrain.
Tapi tentunya kita tidak mahu kerap makan ubat untuk melegakan rasa sakit kepala. Namun terdapat beberapa cara untuk mengurangkan kesakitan dan petua melegakannya.
Ads
Barangkali boleh cuba petua ini. Hanya mengunakan tiga bahan aje, ais dan limau nipis serta air.
Ads
Ads
PETUA MERAWAT SAKIT KEPALA DAN ANGIN DALAM BADAN
Bahannya
Ais (tak kisah banyak mana)
Limau nipis 3biji ( boleh buat kiraan ganjil)
Air sebaldi
Caranya:
1. Campurkan semua kedalam baldi.
2. Sebelum mandi baca ayat ayat ni diluar bilik air ye dan tiupkan dalam air dan niatlah yang baik baik. Bacaanya ;
Al fatehah 7 kali
Al Ikhlas 3 kali
Selawat 3 kali
4. Mandi macam biasa bersihkan diri dulu. Akhir sekali baru bilas dengan air sebaldi tadi. Sebaiknya mandi lepas waktu asar ye.
5. Mulakan siram dari kaki bawak ke atas hingga kepala. Lebihnya boleh siram bahagian tengkuk. Kalau nak berendam pun lagi bagus yee.
6. Jangan lap dulu, kalau dapat kering sikit lebih baik.
Air ni bukan untuk masalah sakit kepala je, sakit sendi, susah tidur malam, badan bisa. Pun boleh buat.
Antara khasiat lain kalau amalkan air mandian ni,
1. Naikkan seri wajah
2. Kuatkan badan
3. Kuruskan badan
4. Aura positif
5. Merawat kulit jadi sihat
6. Hilangkan bisa dan angin kat badan
Boleh cuba la ye mana tahu makin berseri makin sihat bertenaga anasir negatif pun susah nak dekat.
Pengambilan buah-buahan segar menjadi keutamaan dalam diet harian untuk mendapatkan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh. Setiap buah-buahan ada khasiatnya tersendiri dan begitu juga dengan buah-buahan kering.
Pun begitu, ramai juga yang kurang mengamalkan pengambilan buah-buah kering dalam diet harian. Mungkin kerana tiada pendedahan detail tentang khasiat buah-buahan kering berbanding buah-buahan segar.
Berikut bagus kiranya untuk dibaca perkongsian daripada Dr Suri Roowi tentang khasiat buah-buahan kering untuk pengetahuan bersama.
BUAH-BUAHAN KERING – TINGGI KHASIAT TETAPI DIPINGGIRKAN
1. Buah kering elok diambil sebagai makanan ringan kerana ia kaya sumber serat, nutrien dan karbohidrat kompleks yang baik untuk kesihatan.
2. Tidak dinafikan kandungan buah-buahan kering rendah kandungan vitamin C, tetapi bahan berkhasiat lain contohnya polifenol jauh lebih tinggi dalam buah-buahan kering
3. Polifenol mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan. Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antidiabetis, antidarah tinggi dan boleh elakkan sakit jantung.
4. Hasil ujian makmal mendapati bahan berkhasiat (polifenol) lebih tinggi dalam buah-buahan kering berbanding buah-buahan segar. Penggunaan suhu pemanasan di bawah 60 C juga tidak merosakkan khasiat dalam buah kering.
5. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati pengambilan buah kering mengurangkan risiko kanser prostat. Kajian di Belanda pula mendapati memakan buah tin kering dapat menghalang pertumbuhan atau pembentukan sel kanser. Buah teen juga menunjukkan sifat antikanser yang kuat.
6. Kajian yang diterbitkan dalam Nutrition Journal pada tahun 2016 mendapati bahan khasiat (polifenol) paling tinggi dalam kismis, diikuti buah teen, prune dan kurma. Kajian lain pula mendapati kurma tinggi khasiat (polifenol) manakala buah teen tinggi antoksidan.
7. Kajian ke atas manusia mendapati memakan buah teen kering dapat tingkatkan antioksidan dalam darah sehingga 5% dan nilai ini lebih tinggi berbanding meminum teh hijau. Pengambilan kismis pada kadar 21 g sehari pula dapat meningkatkan antioksidan darah sehingga 8%.
8. Kismis juga tinggi khasiat. Memandangkan kismis mempunyai indeks glisemik (GI) antara 55-69, pesakit diabetis tidak boleh memakan kismis secara berlebihan. Walaubagaimanapun terdapat kajian menunjukkan kismis membantu kurangkan risiko diabetes jika diambil mengikut kadar yang betul (sila rujuk posting sebelum ini).
9. Kajian ke atas tikus mendapati buah prun kering boleh merendahkan lemak dalam arteri jantung. Buah prun juga bantu kesihatan tulang di kalangan pengidap osteoporosis. Ia bertindak dengan meningkatkan kepadatan tulang dan membantu pembentukan tulang.
10. Selain memberikan sumber fiber yang tinggi, kurma pula membantu mengawal kolesterol dengan seterusnya memperbaiki profil lemak dalam darah.
11. Buah ‘cranberry’ kering juga boleh merendahkan lemak dalam darah dan boleh kurangkan risiko jangkitan saluran kencing. Terdapat juga laporan menunjukkan buah ‘cranberry’ boleh kawal gula dan lemak dalam darah dan bantu masalah buah pinggang.
12. Walaupun kebanyakan buah-buahan kering lebih tinggi khasiat antioksidan berbanding buah segar, kandungan potassium dalam buah-buahan kering juga tinggi. Contohnya, kandungan potassium dalam buah aprikot kering adalah yang tertinggi, diikuti dengan peach, kismis, plum atau prunes dan kurma.
13. Kandungan potassium bagus untuk pesakit darah tinggi tapi tidak sesuai untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang.
Ada orang suka makan hot dog sebagai menu sarapan hatta sebagai menu utama untuk makan tengah hari atau malam dek kerana berpendapat mudah disediakan, enak dan mengenyangkan.
Pun begitu tahukah anda, amalan membiasakan seisi keluarga makan lebih kerap hotdog dalam menu harian adalah sesuatu yang tidak sihat. Malah lebih membahayakan boleh menjadi salah satu punca bahaya kepada kanser.
Ini dijelaskan sendiri oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad di dalam perkongsian di fbnya.
HOT DOG ANTARA PUNCA KANSER?
Hot dog adalah makanan segera yang diminati di Amerika Syarikat, malah di Malaysia.
Asalnya hotdog adalah makanan berkhasiat menggunakan daging terbaik oleh pendatang Jerman untuk menjamu keluarga pada hari perayaan di New York sekitar tahun 1860.
Apabila ia menjadi industri pemakanan, pengeluaran tidak lagi mementingkan aspek kesihatan, malah mungkin menyebabkan kemudaratan.
Ia tidak lagi memberikan nutrisi terbaik (terutamanya mikronutrien) pada individu yang memakannya. Apatah lagi ia bukan lagi dijadikan makanan istimewa (pada hari perayaan) tetapi dijadikan makan ruji setiap hari.
Jika ia diambil sesekali atau sebagai sampingan pada menu makanan yg lebih sihat, ia mungkin tidak mengapa. Tetapi jika diambil sebagai menu utama dalam pemakanan setiap hari, sudah tentu ia mendatangkan masalah.
Hot dog pada asasnya diperbuat dari daging haiwan seperti lembu, ayam, kambing malah khinzir yg telah dihancurkan dan kemudian dimasukkan ke dalam usus haiwan bagi mendapatkan bentuk yang memanjang.
Kebanyakan pengeluar menggunakan semua kategori daging seperti daging, kepala, kaki, kulit malah tisu-tisu lemak.
Daging yang hancur dan digumpalkan. Kemudian dicampurkan dengan bahan perasa, pewarna, pengawet untuk meningkatkan rasa daging dan agar ia tahan lebih lama.
Walaupun bahan perasa, pewarna dan pengawet adalah bahan yang dibenarkan dalam makanan, pengambilan yg terlalu banyak dan waktu yang lama boleh mendatangkan kemudaratan.
Penggunaan bahan yg dicampurkan seperti gula (corn syrup), garam berlebihan, nitrates, monosodium glutamate (MSG), dan banyak sebatian yang secara berlebihan pasti berbahaya.
Banyak kajian mendapati bahawa hot dog boleh mendatangkan risiko mendapat penyakit kanser.
Satu kajian yang dilakukan oleh saintis di University of Hawaii, Amerika Syarikat mendapat makanan yg terdiri dari daging berproses menyebabkan risiko mendapat kanser pankreas sebanyak 67%.
Sementara American Institute for Cancer Research mengatakan bahawa pengambilan satu hot dog setiap hari boleh meningkatkan risiko mendapat kanser usus (colorectal cancer) sebanyak 21%.
Ini kerana hot dogs mengandungi bahan nitrates dan nitrites, yang sangat berbahaya.
Bila dipanaskan dalam suhu yang tinggi, bergabung dengan bahan sebatian amines, menghasilkan sebatian nitrosamines, yang dikaitkan dengan beberapa jenis kanser seperti kanser perut, kanser pankreas, kanser kolon, dan kanser pundi kencing.
Jadi berhati-hati ketika memilih makanan. Elakkan makanan yang tidak bermanfaat dan memudaratkan. Elakkan ambil terlalu banyak atau untuk jangkamasa yang panjang.
Cuba kita elakkan risiko mendapat penyakit kronik termasuk kanser. Pengambilan sesekali mungkin tidak mengapa, tetapi untuk yg berisiko, elok elakkan.
Alhamdulillah saya amalkan minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam. Rasa lebih bertenaga dan lebih sihat. Ia juga mencegah kanser kolon.
Musim open house raya belum habis lagi. Makin hari menu makan yang dimakan semakin kencang dan gempak. Alamak tiba-tiba terlupa sebenarnya tengah diet, habis la plan nak kurus. Hari tu masa puasa dah kurus sikit. Oit, perut pon dah main buncit.
Jangan risau, ini antara salah satu petua untuk kempiskan perut dengan cara buat sendiri. Bahan-bahan hanya gunakan yang ada di rumah dan di depan mata saja. Tak susah pun nak buat. Yang penting rajin, jimat dan berkesan.
Jom kita tengok cara-cara untuk buat petua ini di bawah, dikongsikan oleh Kartika Juliana Abdul Karim di Facebook.
PETUA KEMPIS PERUT DAN BUANG ANGIN
Gaul 4 Bahan Ini Sahaja
BAHAN-BAHAN:
-3 sudu halba yang direndam selama 2 minit
-3 cm halia. Disarankan guna halia muda
-4 ulas bawang putih
-15 biji lada hitam
CARA-CARA:
Toskan halba yang direndam tadi. Kemudian masukkan kesemua bahan dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat. Nak senang kisar je.
Kemudian gentel bulat bulat kecil sebesar guli. Simpan dalam peti dalam satu bekas.
CARA MAKAN:
-2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan.
KHASIAT:
-Perut akan kempis dan angin akan keluar jika dimakan secara konsisten.
PANTANG LARANG:
-Ibu mengandung tidak sesuai.
-Ibu menyusu sesuai amal apabila anak sudah hilang kuning (jaundis) dahulu.
PESANAN:
-Jangan lah bergantung kepada tips ini sahaja, cuba buat senaman. Kalau badan rasa berat sangat, banyakkan jalan atau bergerak. Semoga kurus!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...