
Cendol merupakan manisan enak dan menyejuk tekak.
Bila dimakan bersama ais diparut halus, diletakkan cendol di atasnya. Memang terangkat!
Dituangkan santan segar dan dimaniskan dengan larutan gula Melaka. Rasanya lemak manis, sedap tak terkata.
Nak tahu cara buat cendol dengan mudah. Ikuti resipi ni. hanya guna sukatan cawan je.
Resepi cendol
-1 cawan tepung jagung
-1/2 cawan tepung beras
-2 sd makan tepung ubi
-3 cawan air pandan
-1/2 sd kecik air kapur
-sedikit garam
-sedikit pewarna hijau
Cara-cara penyediaan:
-bancuh semua bahan ,kemudian tapis
-masak atas api sederhana ,sentiasa kacau sampai likat dan berkilat
-sediakan besin berisi air sejuk + ais
-masukkan adunan cendol dalam piping beg
-paipkan adunan cendol dalam besen air sejuk tadi
-sedia dihidangkan mengikut citarasa.
Selamat mencuba!
Sumber: Haslindawati Omar
Buat Keluarga Yang ‘Hantu Jagung’, Ni Petua Untuk Masak Lebih Sedap & Cantik Rupanya!

Sekiranya jagung menjadi antara menu favorite seisi keluarga eloklah diketahui cara memasaknya agar lebih sedap dan dalam masa yang sama cantik dan sempurna sajian yang dihidangkan.
Ini ada beberapa petua yang boleh diamalkan, bila rasanya lebih sedap dan nampak menarik dipandang tentu sekali kita berasa puas hati untuk menghidangkan sajian tersebut untuk dinikmati bersama keluarga tercinta.
Jom semak apa perlu buat.
PETUA MEMASAK JAGUNG REBUS LEBIH ENAK
#PETUA 1
BAHAN-BAHAN:
Jagung
3 sudu makan gula pasir
Air secukupnya
Sebelum merebus pastikan jagung dibasuh bersih dan dibuang kesemua pangkalnya hingga bersih. Kemudian rebuslah seperti biasa dan ketika merebus, masukkan sedikit gula pasir ke dalam air rebusan. Biarkan jagung direbus hingga masak. Hasilnya jagung tambah manis dan cukup enak sekali di makan. Rasanya berbeza dan sedikit lemak serta paling utama ia meninggalkan rasa manis yang unik.
#PETUA 2
BAHAN-BAHAN:
Jagung
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
4 sudu makan mentega
2 keping keju
Secukup rasa gula dan garam
Air secukupnya
Rebus jagung selama 15 minit dan angkat jagung. Dalam air rebusan yang sama, masukkan kesemua bahan-bahan lain dan biarkan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan semula jagung dan biarkan masak hingga sebati.
PETUA NAK PASTIKAN BUTIRAN JAGUNG CANTIK & TAK PECAH
Ini pula jika ingin menyediakan bubur jagung,cucur jagung, nasi goreng jagung dan sebagainya, pastinya isi jagung perlu dileraikan terlebih dahulu. Bagaimana untuk dapatkan butiran yang cantik ada teknik dan petuanya.
Nak tahu bagaimana? Ini ada cara yang istimewa iaitu tanpa guna pisau atau alatan lain, pun begitu biji jagung dapat ditanggalkan daripada tongkolnya dengan begitu sempurna.
Jom kita semak dan praktis cara yang digunakan oleh Puan Amyliya ini.
Hari ni saya nak share cara peel off jagung dari tongkolnya tanpa pisau @ peeler….jimat dan senang..
Boleh simpan dlm frezzer utk buat stock..bila2 masa nak guna just keluarkan dah boleh guna..saya mmg sentiasa simpan stock sbb anak2 suka mkn cekodok jagung..
Jagung ni boleh buat bubur, cekodok, jagung rebus dan lain2..
Mula bersihkan jagung..basuh bersih2..
Cara seterusnya sila lihat pd pic..
Note:-
Jagung yg baru petik masih lembut dan byk air..jd jika hendak peel off jagung tu kena simpan jagung dlm peti sejuk dlm bbrp hari spy jagung lebih keras & kurang moist…jadi nnt senang nak peel nnt…butir jagung tak pecah & tak berair..
Cara Membuatnya:
- Pegang hujung dan pangkal jagung dan patahkan…Saya tak dpt nk tunjuk sbb sebelah tgn pegang kamera..(hihihi…buat kerja seorg2)
Cantikkan jagung ni..harga seketul baru 99sen beli kat Tesco seminggu yg lalu..seketul boleh dpt dalam 280gm butiran jagungnya..
2. Ni dah dipatahkan..tanpa pisau ye.
3. Kemudian dgn menggunakan hujung ibu jari bkn kuku ye…peelkan butiran jagung buat 3 @ 4 baris dahulu..
Mula2 nak start mmg payah sikit..lama2 nnt ok…janji jgn guna kuku ye..nnt butir jagung pecah..
4. Ok…ni cth 4 baris yg saya buat…jadi buat sampai hujung ye..




So boleh le simpan dalam frezzer buat stock.
Cucur Udang Chef Wan RM36 Sepinggan Jadi Rebutan, Ramai Sanggup Bayar Sebab Sedap & Berbaloi Beli

Isi Kandungan
ToggleCucur udang Chef Wan RM36 sepinggan jadi rebutan, ramai sanggup bayar sebab sedap dan berbaloi beli. Selebriti chef, Datuk Redzuawan Ismail yang terkenal dengan masakannya yang sedap baru-baru ini menerima sambutan hangat dengan menu cucur udangnya.
Cucur Udang Chef Wan RM36 Sepinggan Jadi Rebutan
RM36 sepinggan, cucur udang tersebut menarik perhatian ramai kerana teksturnya yang rangup dan rasanya yang sedap. Memang cukup berbaloi untuk dibeli!
Dijual di Restoran De.Wan 1958 by Chef Wan @ The Linc KL, rata-rata pelanggan mengakui cucur udang Chef Wan memang sedap.
Ramai Sanggup Bayar Sebab Sedap & Berbaloi Beli
Menerusi video di TikTok perkongsian seorang pempengaruh @hungrysam_oe, lelaki ini menyatakan memang sangat berbaloi menikmati cucur udang hasil air tangan Chef Wan. Hidangan Cucur Udang Chef Wan boleh dimakan hingga 3 orang makan. Memang mewah dengan udang!
@hungrysam_oe♬ original sound – Hungry Sam
INFO TENTANG CUCUR UDANG:
Cucur udang dipercayai berasal daripada budaya masakan tempatan yang dipengaruhi oleh elemen Melayu, Cina, dan India. Makanan ini lazimnya dijual di gerai tepi jalan, pasar malam, dan warung kecil, menjadikannya sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.
Keistimewaan cucur udang terletak pada kesederhanaan bahan-bahannya dan versatiliti cara hidangannya. Ia boleh dinikmati begitu sahaja, dicicah bersama sos cili, atau sebagai pelengkap kepada hidangan seperti mee rebus dan rojak.
Sumber: TikTok hungrysam_oe
Baca artikel lain juga: Cucur Udang Tak Serap Minyak, Barulah Bila Makan Puas Hati!
Rupanya Guna Bahan Ni Nak Resipi Cucur Udang Rangup Dan Rasa Macam Di Kedai. Gerenti Sedap!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Sahur Terlajak Sedap Kalau Makan Ikan Goreng Panas-Panas, Jangan Lupa Buat 5 Petua Confirm Sedap!

Apa menu sahur ibu-ibu malam ni? Jangan lupa selitkan satu menu wajib buat anak-anak kita. Hadiah untuk bangun pagi buta. Bagi semangat sikit untuk mereka makan dan tahan perut keesokkan harinya.
Selain telur goreng atau ayam goreng, ikan goreng juga boleh anda gantikan untuk juadah bersahur pagi nanti. Ikan kalau dimasak dengan cukup garing dan rasanya, apa lagi makan ketika masih panas, memang bangkit seleranya.
Selain hanya goreng dengan garam dan kunyit seperti biasa, menambah beberapa bahan juga buat ikan jadi lebih mantap dan terlajak sedap. Bagaimana?
Cuba 5 Cara Ni
Tak hanya sedap malah ikan gerenti lebih rangup!
Kisar Bawang
Ini resipi istimewa untuk anak-anak. Kisarkan sedikit bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam ikan yang sudah di ratakan garam dan kunyit. Gaulkan rata dan biarkan diperap seketika. Gorengkan ikan hingga garing dan makanlah ketika panas. Kena cuba! Ikan yang sangat disyorkan untuk teknik ini adalah ikan selayang.
Guna Bawang Putih
Bawang putih memang hebat rasanya. Tumbuk sedikit bawang putih dan lumurkan bersama garam dan kunyit. Gorenglah hingga masak. Hasilnya rasa ikan bukan hanya lebih sedap tetapi enak.
Minyak Banyak
Untuk menjadikan ikan lebih rangup, minyak hendaklah betul-betul panas dan kuantitinya jugalah haruslah banyak. Jangan hanya cukup-cukup ikan sahaja. Biarkan digoreng lama dan hasilnya pasti lebih rangup.
Guna Kunyit Hidup
Untuk mendapatkan ikan goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan sedikit kunyit hidup kemudian digaulkan bersama sedikit garam. Kunyit hidup sememangnya buat ikan lebih rangup dan rasanya juga lebih enak.
Ikan Yang Sesuai
Tahukah anda bahawa bukan semua ikan sedap untuk digoreng. Ikan besar seperti siakap, tenggiri dan sebagainya sebenarnya kurang enak apabila hanya digoreng sahaja. Untuk mendapatkan ikan yang lebih rangup dan enak, pilihlah jenis ikan kecil seperti ikan
selayang, ikan kembung, ikan selar mahupun ikan bawal kecil. Fuhh sedap!