Biasanya untuk buat kek, ramai ibu-ibu akan cari cara penyediaan yang mudah, kos yang murah dan tidak mengambil masa yang lama. Salah satu kek yang boleh dicuba oleh para ibu adalah kek carrot yang enak dan sedap buat kanak-kanak.
Ikuti perkongsian oleh Norhidayu Abdul Majid yang menyediakan bahan-bahan dan cara membuatnya dengan cara yang mudah.
Buat kek carrot untuk jamuan si abang long esok kat sek Kafa. Tapi apa yang jadi, habis dimakan keknya sebelun diletakkan topping tadi. Huhu.. Nasib la buat loyang besar.
Makanya ibu terpaksa asingkan 6 ketui yang da letak krim tu untuk depa, dan depan tu kena la buat sesuatu tak mau bagi kosong. Haha.. Nak baking semula memang dak la. Nak deko pun sambil dukung si kecik ni ha. Kuikui.. Lepas baik demam nak tumbuh gigi, nak berkepit je.
Siap juga kek carrot jamuan raya esok. Ibu kena buat awal, esok pagi appointment mata ibu. Lega settle…
Carrot Cake
Bahan bahan :
1 1/2 cawan Carrot diparut (carrot ayu guna td montok so sebiji)
2 1/2 cawan Tepung gandum (Ayak)
1 sudu teh Baking powder(Ayak)
1/2 sudu teh Bikarbonat(Ayak)
1 1/4 cawan Gula kastor (Ayu campur gula perang 1/4 cawan)
4 biji Telur gred A
1/2 cawan Minyak
*1 cawan kacang walnut (Ayu guna almond nibs je tu yang hado stok. So ikut la korang nak main campak apa dalam kek ni. Hihihi.. Kalau nk campak coklat rice pn boleh je.
Cara cara
– Masukkan telur dan gula dalam blender dan blendkan dalam 3-4 minit.
– Tambahkan minyak dan blendkan lagi dlm 1-2 minit.
– Campurkn tepung dengan bahan blend tadi. Gunakan whisk gaul rata.
– Kemudian masukkan carrot dan kacang kalau nak.
– Masuk dalam loyang yang dialas baking paper.
– Bakar pada suhu 170© selama 40minit (Ikut oven memasing)
* Oven panaskan dulu 180© selama 10minit sebelum masukkan kek.
Psstt Ayu guna loyang size 11 inci bagi leper sebab nak potong2 nanti senang budak2 masa jamuan nak makan.
Krim Kek
250g Krim Cheese
100g Gula kastor
* kalau nak tambah susu pekat pun boleh. Lps siap putar, korang rasa le nak manis lg ke tak nak. Ha pastu pepandai la tambah susu pekat klu korg nak.
– Campurkan semua bahan putar kembang.
Ambil sikit asingkan untuk letak pewarna oren dan satu lagi pewarna hijau.
Lepakan kek krim putih tadi or macam Ayu buat ni tak perlu lepa. Masuk plastik pastu tenyehkan atas kek. Kemudian hias la buat bentuk carrot gunakan piping bag atau plastik.
Simpan dalam peti .
Selamat mencuba.