
Resipi kuih kaswi seperti ini cukup mudah disediakan! Selain untuk hidangan seisi keluarga, boleh menjadi hidangan bagi majlis potluck bersama keluarga dan rakan-rakan. Perkongsian puan Sabariah Bahasar boleh dicuba. Cara penyediaannya pun mudah hanya mengunakan sukatan cawan. Jom semak bahan-bahan dan cara membuatnya.
KASWI GOYANG
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan air
1 suduteh air kapur
3/4 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sedikit kicap pekat manis(warna lagi cantik)
Daun pandan
Masakkan daun pandan , gula pasir dan gula merah bersama air hingga mendidih. Sejukkan
Masuk kan tepung dan kicap tadi bersama sedikit air kapur…guna whisk or blend pon bole
Tapis kan ke dlm loyang yg di sapu minyak
Kukus dlm 15 minit utk acuan kecil dan 40 minit dlm loyang
Dah sejuk gaul kan bersama kelapa putih bergaram yg sudah dikukus
Kuih Legend Paling Simple Nak Buat, Tanpa Guna Mixer & Oven!

Bila mengingatkan nostalgia raya zaman kanak-kanak, diakui memang cukup indah dan meriah.
Selain suasananya, pasti juga kita terkenang akan beberapa menu yang istimewa dan wajib ada terhidang di atas meja untuk meraikan tetamu yang berkunjung.
Lain tidak bukan, salah satunya adalah agar-agar kering ini. Boleh dikatakan, hanya musim Raya sahaja kita dapat merasa keenakan rasanya.
Jadi untuk yang ingin merasai kembali kuih legend ini, bolehlah dicuba untuk menyediakannya sendiri dan dalam masa yang sama dapatlah kita perkenalkan dan bagi anak-anak merasa kuih-kuih tradisi orang dulu-dulu.
Jom semak perkongsian ini untuk ketahui cara pembuatanya.
Kuih raya legend paling simple tanpa guna oven dan mixer. Semoga sempat kering sebelum raya.
Resepi mak saya :
60 gm agar-agar pek (agar2 tali)
1.4 kg gula pasir
1600 ml air
250 gm gula batu
Pewarna sikit
Nak lagi sedap boleh letak perisa ikut warna sesuai. Macam saya merah (strawberi), putih (laici)
Cara buat :
1. Campur semua bahan, masak sampai mendidih.
2. Tuang dalam bekas, dah keras sikit baru boleh potong. Potong pakai pisau lekuk beli dekat Eco je.
3. Jemur sampai keluar gula
Resepi ni boleh dapat penuh 4 tray.
P/s: Jangan makan banyak2, sebab manis hehehe. Resepi ni memang kena banyak gula sebab nanti tak jadi keras.
Saya dah update gambar yang dah kering. Saya izinkan sahabat2 share resepi. Boleh buat untuk makan raya
Sumber : Amira Halil via MAHN
Mee Celup Ala Thai, Makan Semangkuk Berpeluh Dahi. Memang Padu Rasanya!

Hidangan mee celup cukup popular di sekitar Kelantan dan Siam. Kalau berkesempatan ke sana, tentu tidak akan dilepaskan untuk menjamah mee celup yang cukup enak rasanya. Apa yang pasti rasanya tidak sama dengan mee sup utara.
Ada cara dan ramuan tertentu yang digunakan hingga menjadikan menu mee celup mempunyai rasa yang tersendiri.
Nak tahu resipinya hingga membuatkan anda makan berselera hingga berpeluh dahi, ini cara membuatnya.
RESIPI MEE CELUP ALA THAI BERPELUH DAHI TAK CUKUP SEMANGKUK
Memang feveret sangat mee celup ni. Biasa orang letak daging atau perut lembu tapi disebabkan Kak Za sejenis tak makan daging lembu apatah lagi organ dalaman, jadi Kak Za guna daging ayam sebagai heronya. Hahaha.
Ok, jom kita mula.
BAHAN BAHAN
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia – dihiris halus
Akar ketumbar (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Ayam
Gula melaka
1/2 cawan kicap manis
Sos ikan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Mee kuning – dicelur
Taugeh secukupnya (Kak Za tak letak sebab stok tak de)
Kacang tanah – (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
Kangkung – (boleh juga letak sawi)
Daun ketumbar – dihiris
Chili flakes
Limau nipis – (diperah jusnya sebagai penambah rasa)
CARA MEMASAK
1. Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan ayam, biarkan seketika, baru masukkan air. Biarkan sehingga mendidih dan merenih.
4. Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
6. Keluarkan isi ayam dan carik carikkan halus.
7. Ok, untuk hidangkan mee celup ni ada kekdahnya tau. Mula mula ambil mee yang dicelur dan letakkan ke dalam mangkuk.
Beli mangkuk ini untuk menikmati mee celup.
8. Kemudian letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik carikkan tadi.
9. Siramkan kuah di atas bahan dalam mangkuk tadi dan taburkan chili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.
10. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap. Memanggg paduuuu bebb, berpeluh dahi. Hahaha.
Ok, selamat mencuba ye.
Sumber : Iza Abu Bakar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Sejak Kecil Lagi, Mak Akan Masak Barli…”- Wanita Ni Kongsi Amalan Minum Barli, Buat Ramai Teruja Nak Cuba!

“Sejak Kecil Lagi, Mak Akan Masak Barli…”- Wanita Ni Kongsi Amalan Minum Barli, Buat Ramai Teruja Nak Cuba!
Barli kaya dengan khasiat dan dapat memberi manfaat terhadap tubuh serta kesihatan manusia jika diamalkan. Bukan sahaja sangat bagus malah diakui mempunyai rasa sedap.
Berkongsi pengalaman berkenaan amalan minum air barli ini, Mastura Rashid berkongsi ceritanya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum.
Dan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.
“Cara masak barli ni pun mudah”
- Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.
- Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
- Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
- Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
- Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
“Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur.”
Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Kakak ipar yang berbangsa korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut. Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Tu je sharing pagi ni.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Mastura Rashid
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club