
Daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan oleh ibu-ibu untuk memasak hidangan seisi keluarga. Antaranya menu asam pedas, ulaman nasi kerabu atau laksa.
Biasanya kita akan beli dikedai, namun jangka hayat daun kesum ni cepat kering jika salah penyimpanannya.
Apa kata kita cuba tanam daun kesum tanpa guna tanah. Hanya guna polisterin, span dan air je. Mudah kan. Tanah pun tak perlu. Gemuk-gemuk pokok kesum ni.
Jom ikuti perkongsian ni.
CARA MUDAH TANAM POKOK KESUM
Mudahnya..Lepas ni Asam Pedas ataupun Laksa pasti lebih kaw-kaw. Boleh letak banyak daun Kesum yang ditanam sendiri di dalam masakan.
Cucuk ranting di span
Letak atas polisterin dan atas air. Polisterin bagi terapung dalam air je. Tak perlu tanah.
Akar tumbuh atas air.
Pokok kesum tumbuh subur. Mudah aje kan. Tak perlu tanam guna tanah. Selamat mencuba!
Sumber: Ahmad Syamil Abdullah
Satu Keluarga Datang Pilih Baju Raya Terpakai, Kisah Akhir Ramadan Undang Sebak Netizen.

Dalam keseronokkan kita berbelanja membuat persiapan hari raya dengan pakaian serba baru, usah di lupa ada insan yang berduka menyambut hari raya.
Ada keluarga yang tidak punya belanja yang cukup untuk berbelanja membeli bahan mentah apatah lagi baju raya baru.
Biarpun perkongsian ini telah dimuat naik dua tahun lepas, ia begitu meruntun jiwa dan merupakan sebuah kisah masyarakat di akhir Ramadan apabila sebuah keluarga yang memilih baju raya terpakai bagi meraikan Hari Raya.
Ikuti selanjutnya kisah masyarakat ini. Moga kita sentiasa muhasabah diri.
Sebuah kisah akhir Ramadhan buat renungan
Petang menjelang 1 syawal yang lalu, kami menerima kunjungan sebuah keluarga kecil yang datang untuk memilih pakaian terpakai yang digantung di bawah bumbung di luar pagar.
Pasangan suami isteri itu tampak berpakaian lusuh, si suami mengendong anak lelaki yang tidak berbaju, manakala si isteri memegang tangan anak perempuan lingkungan usia 8 tahun.
Mereka begitu tekun membelek helaian baju yang digantung. Sekejap-sekejap kedengaran tawa riang anak perempuan kecil itu bila ibunya mengacu baju ke badannya..barangkali gembira beroleh pakaian baru yang sesuai. Saya dan isteri kebetulan berada di luar rumah selepas melawat ibu kami.
Isteri saya menegur mereka dan bertanya dari mana mereka datang. Nyata mereka datang dari sebuah kawasan perumahan flat di sungai petani yang jaraknya hampir 20km dari rumah kami. Bila ditanya kenapa datang begitu jauh, jawapan si ayah membuat saya bungkam.
“Kak, saya tak mampu nak beli pakaian baru untuk anak-anak sempena hari raya ini. Cukuplah saya dapatkan pakaian terpakai ni untuk gembirakan hati anak kami, lagipun baju-baju di sini nampak masih elok untuk dipakai“.
Kata- kata ini membuat saya merenung betapa seringkali kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan, meminta-minta untuk mendapatkan yang lebih, sedang ada manusia yang serba kekurangan memanjatkan syukur yang amat pada rezeki yang tidak seberapa di mata kita.
Sedang kita asyik mendongak memandang ke langit, cemburu melihat apa yang tidak mampu dicapai, kita lupa menunduk ke bawah merenung apa yang di bumi, mensyukuri apa yang telah dikecapi.
Ketika kita merungut tidak boleh beraya dan bergaya sakan dengan baju raya tahun ini dek kerana pkp, keluarga ini cukup bahagia memilih gantungan pakaian terpakai untuk menyambut hari raya. Seolah tiada gundah di hati mereka pada riak wajah yang gembira melayan anak-anak memilih baju terpakai. Demikianlah rasa cukup apa yang ada yang melahirkan ketenangan pada jiwa-jiwa yang bersyukur.
Allah berfirman dalam Surat Ibrahim ayat 7 berikut:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِيلَشَدِيدٌ
Ertinya: Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pandanglah orang yang berada dibawah kalian, jangan memandang yang ada di atas kalian, itu lebih baik membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah” (HR. Muslim)
Ingatlah pesan Rasulullah SAW kepada umatnya: “Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang sentiasa berasa cukup.” ( hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Ayuh kita muhasabah diri, sudahkah kita melafazkan syukur hari ini kepada Allah, atas nikmat nafas yang dihela, nikmat mata yang boleh melihat, nikmat tangan yang boleh memegang, nikmat kaki yang boleh berjalan, nikmat pakaian yang menyamankan, nikmat kereta yang memudahkan pergerakan, nikmat rumah untuk perlindungan. Berhentilah merungut pada perkara yang tidak dimiliki, mulalah menghitung nikmat yang lupa untuk disyukuri.
Sumber: Abd Ghani Haron (1Jun 2020)
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Ini Sikap Suami Yang Buat Isteri Makin Sayang. Cuba Semak!

Perkahwinan yang bahagia adalah idaman setiap pasangan suami isteri. Alangkah indahnya jika suami begitu sayang isteri. Jom semak!
#1 Semasa naik tidur, suaminya peluk sekejab isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu dia berdengkur sendirian.
#2 Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.
#3 Suka ajak makan bersama sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.
#4Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada “outstation” dan menunggu maklum balas daripada isteri terhadap hadiahnya itu.
#5Jika isteri duduk disebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang dia minati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan “gangguan kenakalan” isterinya seketika.
#6 Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja maskulin di rumah.
Begitulah sikap suami begitu sayangi isterinya. Malah membuatkan isteri makin sayang kepada suami dengan sikap yang mencintainya.
Sumber: bidadari.my
‘Ngam Dengan Menantu’, Terbaiklah Sheila Rusly

Bila sentuh bab mertua dan menantu ini pastinya ramai yang mempunyai pelbagai perspektif yang berbeza. Ada segelintir yang berpendapat susah untuk menjalinkan hubungan baik dengan ibu mertua tetapi ada juga yang sebaliknya.
Tak terlepas dari memberi komen tentang isu ini, pelakon dan pengarah, Sheila Rusly atau lebih senang dipanggil sis Sheila berkata hubungan dengan menantunya sangat baik. Ketika disoal oleh wartawan Keluarga, menantunya, Elisya Sandha yang juga merupakan pelakon juga sangat selesa dan menerima Sheila dengan baik.
@keluarga.my💕♬ original sound – Keluarga
“Alhamdulillah, menantu saya selesa dan menerima sis seadanya. Kita sangat-sangat ngam dan okay, happy je,” katanya.
Dalam Islam juga menuntut untuk membina keluarga yang bahagia, oleh itu Sheila juga menginginkan perkara yang sama serta menegaskan bahawa dia tidak pernah mengakui dirinya sebagai ibu mertua yang baik.
“Saya tak cakap pun saya mak mertua yang baik, saya hanya jadi diri saya. Saya memang inginkan keluarga yang bahagia.
“Untuk mencipta satu keluarga yang bahagia, kita haruslah berbaik-baik sesama kita. so benda tu pun dituntut dalam islam.
Sementara itu, Sheila juga tidak setuju dengan kenyataan bahawa dia perlu jadi baik setelah menjadi ibu mertua malah sempat memanjatkan rasa syukurnya terhadap hubungan baik dengan menantunya itu.
Sumber: TikTok Keluarga