Daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan oleh ibu-ibu untuk memasak hidangan seisi keluarga. Antaranya menu asam pedas, ulaman nasi kerabu atau laksa.
Biasanya kita akan beli dikedai, namun jangka hayat daun kesum ni cepat kering jika salah penyimpanannya.
Apa kata kita cuba tanam daun kesum tanpa guna tanah. Hanya guna polisterin, span dan air je. Mudah kan. Tanah pun tak perlu. Gemuk-gemuk pokok kesum ni.
Jom ikuti perkongsian ni.
CARA MUDAH TANAM POKOK KESUM
Mudahnya..Lepas ni Asam Pedas ataupun Laksa pasti lebih kaw-kaw. Boleh letak banyak daun Kesum yang ditanam sendiri di dalam masakan.
Cucuk ranting di span
Letak atas polisterin dan atas air. Polisterin bagi terapung dalam air je. Tak perlu tanah.
Akar tumbuh atas air.
Pokok kesum tumbuh subur. Mudah aje kan. Tak perlu tanam guna tanah. Selamat mencuba!
Sumber: Ahmad Syamil Abdullah
“Janin Sudah Terbentuk, Rasa Dia Bergerak.” Pernah Keguguran 3 Kali, Syatilla Melvin Kini Hamil 5 Bulan Mohon Titip Doa!
Pengalaman pernah gugur sebanyak tiga kali sebelum ini membuatkan Syatilla Melvin lebih berhati-hati selain tidak putus memanjatkan doa memohon yang baik-baik dariNya.
Isteri kesayangan Saheizy Sam ini menjelaskan mengenai kehamilan ketiganya yang kini sudah masuk bulan kelima.
“Situasi keguguran sentiasa bermain di fikiran. Malah saya percaya bukan saya saja, tetapi juga para ibu mengandung yang pernah lalui hal sama sebelum ini. Jadi bila ada rezeki hamil lagi, saya doa moga anak dalam perut dalam keadaan baik hinggalah proses bersalin.
“Lebih-lebih lagi sebab saya sendiri ada pengalaman keguguran itu. Saya ada juga kongsi rasa bimbang dengan Sam. Tapi ia berbalik kepada ‘mindset’. Saya sentiasa panjat doa moga dipermudahkan urusan bersalin dan sebagainya.
“Apa-apa jadi pada saya tak apa, janji anak yang dikandung ini sihat walafiat. Itu yang penting bagi saya sekarang. Janin sudah terbentuk, dapat rasa dia bergerak,” ujarnya lagi.
Mengakui rindu untuk kembali berlakon, namun kekangan pada alahan membuatkan niat tersebut terpaksa terbantut.
“Sebelum ini saya terdetik untuk kembali berlakon, ada cakap pada Sam. Terima satu tawaran drama episod yang best, untuk Astro. Tup tup… mengandung pula. Fasa hamil kali ini pun saya alami alahan yang agak teruk.
“Jadi tak boleh buat apa-apa, duduk di rumah lebih kurang tiga bulan. Sebelum ini pun terpaksa ‘check in’ hotel sebab tak boleh bau rumah dan sebagainya. Dia rasa macam ‘serabut’, anxiety… Saya sendiri tak tahu bagaimana nak jelaskan. Hanya yang lalui akan lebih faham.
“Sekarang alhamdulillah bila masuk trimester kedua ini, alahan makin berkurangan. Saya dan suami tak kisah soal jantina anak. Memadai dia sihat sempurna seadanya sudah bersyukur. Kami sudah ada sepasang, jadi Allah nak bagi lagi rezeki zuriat kami terima,” katanya yang bakal melancarkan Kekasih Skin tidak lama lagi.
Untuk rekod, Syatilla dan suaminya, Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy yang kini berusia lebih setahun.
Sumber: Media Hiburan & samtilla
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Adab Bertandang Ke Rumah Orang, Wanita Ini Luah Rasa Hati. Ramai Yang Setuju!
Lumrah dalam rumahtangga, apabila sudah mempunyai anak-anak terutama anak kecil, sudah pastinya rumah bersepah.
Bukan tidak mahu mengemas. Anak-anak aktif bermain di sana sini.
Kadang tak ada masa untuk mengemas setiap masa dek pelbagai urusan rumah lain yang perlu diutamakan.
Apabila rumah dalam keadan bersepah, agak sulit untuk menerima tetamu yang datang secara mengejut.
Kunjungi tetamu sebegini membuatkan tuam rumah tidak selesa. Begitu luahan rasa yang dikongsi oleh wanita ini. Bukan tidak menghargai tetamu datang tapi lebih manis, jika tetamu memberi tahu awal jika ingin bertandang.
Ikuti perkongsian beliau.
Sejujurnya rumah saya bukan lah rumah yang boleh dikunjungi secara mengejut dan tiba-tiba. Maksudnya,tanpa beritahu apa-apa tiba-tiba sampai depan rumah. Anak-anak saya sedang membesar dan mereka dalam fasa suka ‘mengemas’ rumah.
Saya bukanlah malas nak kemas rumah,tapi kadang-kadang tu rasa fed up.Kemas sekejap,5 minit kemudian bersepah semula. Baru sapu dan mop, 10 minit kemudian dah ada semula bread crumb,biscuit crumb dan segala jenis crumb lagi. Kemas kat depan, kat belakang pula berterabur. Jadi, saya kemas rumah ala kadar je la hari-hari. Menyapu pun setakat mana yang larat sahaja. Alhamdulillah suami saya bukan sejenis yang suka merungut dan mengarah-arah.
Jadi, semalam bila mak saudara suami bagitahu nak datang ke rumah hari ni. Sepantas kilat saya bangun kemas rumah. Yela, kalau tak kemas takut pulak depa sakit jantung tengok Dari belakang sampai ke depan bersepah. Kat mana-mana pun ada mainan anak. Saya ambil gambar untuk tatapan mata saya, dan mengingatkan diri bahawa rumah saya pernah kemas pada satu ketika. Walaupun hanya untuk satu hari.
Sedikit peringatan untuk kita semua,termasuk diri saya sendiri. Kalau nak bertandang ke rumah sesiapa pun, pastikan beritahu tuan rumah terlebih dahulu. Kasihan mereka kalau datang secara mengejut. Untuk menjaga aib tuan rumah pun ya juga.Yelah, kita sebagai manusia biasa mesti terdetik di hati walaupun sedikit kalau rumah mereka bersepah.
Bila bertandang ke rumah orang, butakan mata, diamkan suara. Kalau bersepah sekalipun, buat-buat aje tak nampak. Dah balik,jangan pula nak mencanang ke sana sini.
Bila dah kemas rumah macam ni, rasa nak hantar suami dan anak-anak balik kampung. Kahkahkah. Sekian.
Sumber: Sabiha Hana
Dapat Suami Baik Itu Rezeki. Seronok Tengok Rahsia Bahagia Rumah Tangga Ozlyn & Johan
Dapat suami baik itu pun satu rezeki dari Allah SWT. Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit sahaja. Tetapi mendapat pasangan yang saling memahami dan anak-anak yang membahagiakan juga satu rezeki dan rahmat daripada Allah SWT.
Ramai orang berdoa agar dikurniakan pasangan hidup yang menyejukkan mata dan kehidupan tetapi tidak semua berpeluang mendapat rezeki tersebut.
Walaubagaimanapun sebagai hamba-Nya kita tidak boleh berputus asa sebaliknya teruskan berdoa kerana Dia sahaja yang berkuasa mengurniakan apa sahaja yang dikehendaki kepada hamba-hamba-Nya.
Selain daripada itu kita juga boleh menjadikan kisah kehidupan pasangan suami isteri lain yang bahagia sebagai inspirasi untuk dicontohi. Salah satu pasangan selebriti yang sering berkongsi kebahagiaan rumah tangga mereka adalah Ozlyn dan Johan.
Sebagai ketua keluarga, Johan mempunyai cara yang dikagumi dalam mendidik anak-anaknya terutama bab bersolat, mengaji, menghormati ibu bapa dan membantu kerja di rumah.
Seronok melihat cara kehidupan mereka sekeluarga yang sentiasa berusaha mencipta bahagia cara mereka tanpa perlu mengikut orang lain.
Ozlyn yang gemar berkongsi pelbagai telatah dan gelagat suami dan anak-anaknya di Instagram secara tidak langsung sebenarnya mengajak orang lain untuk sama-sama saling berusaha membahagiakan keluarga masing-masing.
Bahagia Itu Kita Yang Cipta
Walaupun keduanya bergelar selebriti dan sentiasa sibuk tetapi ia bukan alasan untuk pasangan ini mendidik dan mendisiplinkan anak-anak mereka mengikut acuan yang dikehendaki. Hasilnya kesemua anak-anak Johan dan Ozlyn memang ‘jadi’ orang.
Paling seronok bila melihat bonding mereka dengan anak-anak yang sangat rapat walaupun keduanya mendidik anak dengan cara yang tegas dan garang tetapi anak-anak tetap ‘melekat’ dengan papa mama. Memang salute lah!
Ini antara cara didikan Johan dan Ozlyn terhadap anak-anak yang mungkin boleh dicontohi oleh ibu bapa lain jua.
- Amalkan solat berjemaah sekeluarga setiap hari. Semua anak-anak sudah dibiasakan solat berjemaah dari waktu Subuh sampai ke Isyak dari mereka kecil lagi.
2. Ajar anak mengaji sendiri. Johan sendiri yang mengajar kesemua anak-anaknya mengaji dan mereka semua mesti mengaji al-Quran setiap hari.
3. Rajin layan anak bermain. Antara cara mudah cipta bonding dengan anak iaitu rajin layan mereka bermain. Momen seronok tersebut akan tersimpan rapi dalam kotak memori anak sampai bila-bila.
4. Rajin jaga anak. Walaupun bila geng bapak-bapak yang jaga anak akhirnya dia akan tidur sekali dengan anak tetapi effort para bapa ini patut diraikan dan dipuji.
5. Ajar anak besar jaga adik-adik. Sifat tanggungjawab yang patut ibu bapa ajar pada anak-anak yang sudah besar. Barulah hubungan adik-beradik rapat sampai ke akhir hayat.
6. Masak untuk suami dan anak-anak. Ozlyn memang dikenali rajin memasak dan masakannya juga nampak sedap-sedap belaka. Ibu anak enam ini juga rajin berkongsi menu masakannya sebagai satu cara memberi idea kepada followers untuk memasak.
7. Suka bersedekah. Tidak miskin seseorang yang suka bersedekah kerana Allah sudah menjanjikan rezeki yang lebih berlipat kali ganda kepada mereka.
Patutlah keluarga Ozlyn dan Johan sentiasa nampak bahagia dan harmoni. Semoga dapat memberi inspirasi kepada orang lain dan menjadi asbab pahala kepada pasangan bahagia ini.
Sumber: jozlynnhanania
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)