
Kini dekorasi rumah menggunakan wainscoting menjadi pilihan ramai. Dekorasi konsep ini memberi impak rumah kemas dan mewah.
Namun kos pembuatan wainscoting menggunakan kayu memerlukan bajet yang agak mahal.
Bagaimana pun, melalui beberapa perkongsian ada yang menggunakan wainscoting mengunakan bahan yang murah. Antaranya menggunakan tape putih (pelekat putih) atau wallpaper. Menarik idea ini untuk dicuba. Jom tengok!
__________________________________
Siapa stay rumah sewa atau kuaters macam sis ni nak buat wainscoting jimat bleh try diy sendiri buat macam saya ni.
Guna tape putih je bajet RM2.10 saja dapat 3 gulung tape.
Heheh ukur betul-betul yer. Nanti duduk rumah sendiri baru kita guna kayu @ plastik khas utk wainscoting. Duduk kuaters ni jimat-jimat dulu.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian puan Bonda Anna menggunakan wall paper untuk dijadikan ala wainscoting.
Menarik idea kreatif ini. Jimat dan mudah!
Kredit: Syazwanny Bukhari dan Bonda Anna
“Forgive Me.” Atlet Angkat Berat OKU Muat Naik Status Terakhir 6 Jam Sebelum Maut Dalam Kebakaran

Seorang atlet angkat berat (OKU) meninggal dunia kerana terlibat dalam kebakaran di rumahnya di Taman Pagoh, Jaya Muar, Johor semalam. Muhammad Ata Maarof, 28 merupakan atlet angkat berat OKU yang mewakili Johor dalam saingan Para Sukma 2018 dan memenangi pingat gangsa dalam kategori yang diwakilinya.
Menerusi laporan dari Astro Awani, Muhammad Ata yang bekerja di Kuala Lumpur telah pulang ke kampung kerana bercuti selama lima hari. Dia yang tinggal bersama ibunya gagal menyelamatkan diri ketika berada di dapur rumah kerana tinggal berseorang berikutan ibunya pergi ke kedai.
Menerusi laporan juga, badan mangsa telah melecur hampir 80 peratus berpunca daripada kebakaran yang berlaku tengah hari tadi. Kediaman tersebut turut megalami kemusnahan hampir 60 peratus dari keseluruhan kawasan.
Sebelum insiden, Allahyarham sempat memuat naik status di laman Instagram dengan menulis ‘forgive me’ dengan latar belakang warna hitam. Seakan-akan tahu ajalnya, memuat naik status terakhirnya di Instagram story kira-kira enam jam sebelum insiden tersebut.
Abangnya Mohd Akmal Maarof, 34 tahun berkata, adiknya sedang bercuti dan telah berada di rumah ibunya sejak Rabu lalu dan dijadual pulang semula ke ibu kota pada sebelah pagi tadi.
Ujarnya, kali terakhir dia bersua muka dengan adik bongsu dari lapan beradik itu ialah pada November lalu dan hanya sempat berbual di aplikasi WhatsApp pada sebelah malam tadi.
Jelas Mohd Akmal, dia pada mulanya tergamam apabila dimaklumkan adiknya meninggal dunia selepas kediaman ibunya terbakar memandangkan sepatutnya dia telah pulang semula ke rumah sewanya di Kuala Lumpur lebih awal.
Sementara itu, personaliti terkenal, Ras Adiba Radzi dalam catatan di Facebook peribadinya turut memuat naik status merakamkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ata dalam tragedi berkenaan.
“Hati kami luruh hancur berkecai. Salah seorang ahli OKU Sentral, Ata Maarof, telah kembali ke rahmatullah. Ata terperangkap di dalam rumahnya yang terbakar di Johor Baru. Pohon titipkan doa buat sahabat seperjuangan kita ini,” tulis Ras Adiba lagi.
Sumber: Astro Awani
Rupanya Ini Sebab Isteri Suka Tag Suami. Salah Satu Nak Luah Aje. Deep!

Wanita jiwanya sensitif dan suka dimanja. Malah kadang ada perkara yang tidak dapat luah, mereka akan guna medium lain untuk luahkan isi hati. Salah satunya tag suami apabila artikel yang berkaitan dengan diri dan suaminya.
Bukan nak tunjuk kelemahan diri atau cari kesalahan diri tetapi nak baiki hubungan dengan suami menjadi semakin sweet.
Perkongsian lelaki ini Taufiq Raziq menguraikan sebab kenapa isteri suka tag suami.
“Aduh! Kenapa la wife aku asyik tag je ni!”
Ni la yang saya rasa dulu bila isteri saya asyik duk tag saya di komen dan post Facebook orang lain.
Tapi bila fikir dalam dalam balik..
Aduh! Menyesalnya la saya duk marah marah dulu. Kenapa? Sebab daripada situ la saya boleh kenal isteri saya dengan lebih mendalam!
Tag suami adalah sejenis komunikasi si isteri kepada si suami! Daripada komunikasi si isteri la si suami boleh belajar banyak benda tentang personaliti dan diri seorang isteri.
Sebab tu la kita kena tahu dulu KENAPA la si isteri suka tag tag si suami :
1. Mereka nak bagitahu isi hati mereka
▪️Perempuan ni tak macam lelaki yang boleh je cakap direct apa yang diorang nak. Perempuan ni sejenis makhluk yang banyak berkias dan suka sangat menggunakan maksud tersirat
▪️Tag tu salah satu maksud tersirat isteri kita. Cuma tu la cabaran bagi kaum lelaki. Kalau dia tag kat satu artikel, kita terpaksa buat ‘speed reading & skimming’ la untuk tahu baris ke berapa ayat tersirat yang isteri kita cuba sampaikan tu ?
2. Mereka nak kita yang pilih
▪️Isteri kita ni jenis yang banyak mahunya. Memang itulah fitrah perempuan. Kita lelaki ni sebagai ‘provider’ mereka. Itulah kenapa kita fokus bekerja. Sebab kita termotivasi untuk ‘provide’ mereka!
▪️Cuma disebabkan kuasa ‘decision-making’ ni banyak berada di tangan kita, jadi isteri kita berbaik hati la nak kita buat keputusan untuk pihak mereka. Alhamdulillah, bila kita syukuri benda ni akan banyak konflik yang takkan terjadi dalam rumahtangga kita nanti
3. Mereka nak kebaikan untuk kita
▪️ Kadangkala mereka tahu je kita lelaki ni jenis malas membaca atau terlalu fokus pada kerja. Jadi dengan tag sekali sekala tu mereka harapkan kita topup la juga ilmu di dalam dada
▪️Mana boleh ilmu kita masa masih di awal usia perkahwinan sampai la di hujung usia duk sama tak berubah apa apa! Kena la topup dari semasa ke semasa!
4. Mereka tengah perli kita
▪️Kadangkala perli di depan muka ni boleh jadi konflik dan pergaduhan. Jadi si isteri perli perli manja dengan tag suami mereka la supaya konflik tu takde la besar sangat
▪️ Cuma tu lah. Kena pastikan si suami okey dan jangan sampai jatuhkan air muka je la
▪️Bila dah kena perli yang manja dan ringan ni suami kena cakna dan sensitif la. Cepat-cepat kena sedar dan selesaikan masalah sebelum perlian tadi bernanah dan membusuk di dalam dada!
5. Mereka nak luah je
▪️Kadang-kadang si suami sibuk sangat bekerja sampaikan komunikasi dalam rumahtangga pun dah jadi kurang
▪️Dengan tag sekali sekala ni diharapkan si suami tu dapat la baca dan dapat faham la betapa rindu dan kasihnya si isteri tu kepada suaminya
Bila faham benda ni insyaAllah rumah tangga akan makin harmoni dan bila isteri kita duk tag kita pun kita boleh tersenyum seorang diri!
p/s : Cuba tag pasangan kita di ruangan komen beramai ramai. Biar pasangan kita jadi makin kenal personaliti dan psikologi diri kita sendiri ?
p/s : Saya lebih banyak kongsi ilmu mendidik anak di Telegram Channel saya sebenarnya. Klik je link ni sekarang kalau nak baca lebih banyak lagi ilmu mendidik anak anak ? t.me/NotaTaufiqRazif
“Baca Al-Quran & Jaga Solat Berjemaah.” Ustaz Ahmad Dasuki Kongsi Amalan 3 Anak Buah Waktu Kuarantin Undang Sebak!

Wabak Covid-19 yang menular tidak mengenal usia, bangsa dan keturunan. Dalam satu perkongsian oleh Ustaz Ahamd Dasuki, tiga anak buahnya yang masih kecil kini sedang menjalani kuarantin kerana postif Covid-19.
Apa yang menyentuh hati, si kecil ini baru berumur 2 tahun manakala abangnya 7 dan 9 tahun namun menampakkan kematangan tanpa sedikit pun berasa takut jauh sekali menangis biarpun tiada ibu atau ayah menemani dirinya ketika itu.
Lebih menyentuh hati, pesanan si ibu supaya sentiasa membaca al-Quran dan tidak meninggalkan solat berjemaah menjadi panduan tiga beradik ini.
Allahuakbar. Tiga anak saudara saya yang masih kecil ini dikuarantin setelah disahkan positif. Umar Al-Faruq 9 tahun, Salman Al-Faris 7 tahun dan Luqman Al-Hakim 2 tahun.
Mendengar pesan mama-nya supaya sentiasa membaca Al-Quran dan menjaga solat berjemaah.
Doakan putera kami ini cepat sembuh dan dapat pulang ke pangkuan mama dan baba dengan segera. Amin ya Rabb…
Perkongsian Ustaz Ahmad Dasuki mendapat perhatian ramai. Rata-rata melahirkan rasa sebak dan terharu melihat wajah-wajah si kecil yang terpaksa berpisah dengan keluarga dek Covid-19
Allahuakbar … comelnyaa..sebab tgok terutamanya si kecil luqman …Moga Allah kurniakan syifa buat anak2 soleh ini… Moga dipermudahkan segala urusan dan kembali ke pangkuan keluarga menjelang idulfitri… semoga senantiasa berada dlm peliharaan Allah SWT…In SyaaAllah..Aamiin
allahuakbar, ya Allah ya Hafiz jagalah anak anak ini. Kesiannya terutama yg dua tahun tu. Hebat didikan orang tuanya. Moga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga
Allahuakbar, moga Allah kurniakan kesembuhan buat anak2 syurga ini….. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segalanya…. Moga kedua ibu bapa mereka dikurniakan hati yg kuat dan tabah utk menghadapi ujian ini…. Saya doakan agar kesakitan mereka cepat berakhir dan mereka dpt kembali ke pangkuan keluarga semula, Insyaa Allah, Aamiin Ya Rabbal Alamin
Allahu..kalau sayalah ibu mereka memang tak lalu makan tak lena tidur duk teringat anak-anak.Tambah-tambah lagi time dah dekat nak raya macamni.Di samping kita doakan anak-anak soleh ni cepat sembuh,kita doakan juga semoga ibu ayahnya diberi kekuatan..aamiin
Allahuakbar, semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Dididik oleh ibu yang hebat. Pasti menjadi anak anak yang hebat bila besar nanti… Insyaallah
Allahuakbar berdikari nyer Adik .. Alquran peneman awak .. Malu acik tapi sungguh jadi inspirasi… Ya Allah contoh terbaik yg Kau berikan utk Kami muhasabah Dan perbaiki Diri Dan keluarga ..
Allahu akbar.. Sebak hati melihat wajah anak2 kecil ini.. Semoga ada ganjaran buat mereka yg redha dgn ujian Allah S.W.T.Semoga semua cpt sembuh… Aamiin Yaa Rabb
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club