Buat peminat makanan Korea tentu tahu betapa enaknya setiap hidangan yang dimakan bahkan akan terasa mengidam jika sudah lama tidak menikmatinya.
Jika sebelum ini, anda perlu makan di restoran makanan Korea tapi apa kata hari ini sediakan sendiri menu istimewa yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli ini untuk dijadikan stok makanan Korea di rumahnya.
Di dalam perkongsian resipi di group Masak Apa Hari Ni, dia ada menunjukkan dua resipi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan lobak putih. Menurutnya, menu ini boleh disimpan lama untuk dimakan pada bila-bila masa dan mudah untuk disediakan.
Dua menu tersebut adalah merupakan menu Korean Side Dish (Banchan); Danmuji – Yellow Pickle Radish, dan Kkakdugi – Cube Radish Kimchi.
“Semua saya siapkan hari ini dan buat simpanan. Boleh dimakan bila-bila masa. Cara buat pun mudah amat.”
Ini namanya Kkakdugi, rangup-rangup pahit sikit. Ada rasa pedas manis.
Yang ini Danmuji, rasa dia manis masam
Beli lobak putih satu yang gemok, satu lagi yang kurus
Lobak yang kurus, buang kulit dan hiris nipis. Basuh dan bilas dua kali.
Untuk kuah dia, rebuskan 2 cawan air di dalam periuk.
Masukkan 3 helai daun salam, dua cubit serbuk kunyit, setengah cawan gula, dan sedikit cuka (ikut citarasa masam). Rebuskan sampai mendidih kemudian padamkan api. Biarkan seketika.
Kemudian masukkan hirisan lobak putih tadi, dan biarkan sehingga suam. Baru boleh disimpan dalam balang.
Yang ini lobak putih gemuk. Buang kulit dan bersihkan. Potong kiub dan perap dengan garam selama 20 minit atau selebihnya.
Untuk pes pedasnya.
1. Masakkan satu sudu tepung pulut (tambah air dan sentiasa kacau) menjadi bubur.
2. Masukkan bubur tepung pulut ke dalam mangkuk, campurkan 2 sudu besar kicap masin, 1 sudu besar sos ikan, sepeket serbuk cili (babas), sedikit gochugaru (Marimogo) dan sedikit garam dan gula. Rasa kepekatan manis dan masin mengikut citarasa ya.
3. Masukkan 2 ulas bawang putih yang dicincang ke dalam pes. Gaul semua sebati seperti di dalam gambar.
Masukkan kiub lobak putih dan hirisan daun bawanh ke dalam pes. Gaul sebati.
Siap, boleh disimpan.
Sumber : Zurina Zulkefli
Jom tonton video video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur.
ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club