Hanya Guna Gam Fabrik Aje Untuk Tampal Lencana Sekolah. Paling Win Cara Ibu Ini Kongsi Tip!
Disember 24, 2019
Share
Sesi persekolahan tinggal akan bermula lusa, hari rabu ni. Pastinya kaum ibu adalah orang yang paling sibuk menguruskan kelengkapan anak. Jika pergi ke gedung membeli belah, penuh ibu ayah membeli kelengkapan kasut sekolah dan pakaian sekolah. Persiapan last minute ni agak kelam kabut sikit kan. Salah satu yang paling mencabar nak menampal lencana dan tag sekolah anak. Jika anak ramai tentu ambil masa untuk menyiapkannya.
Namun melalui perkongsian Puan Muni Yusoff memang praktikal cara menampal lencana dan tag nama hanya menggunakan gam fabrik aje. Mudah dan cepat. Paling menarik tak perlu guna sterika. Jom buat hari ni.
Bismillahirrahmanirrahim. Memang dah lama tak tulis panjang mcm ni. Tapi sbb dah lama plan nak share cara senang nak tampal lencana dan tag nama sekolah. cuma tak ada masa je sejak banyak tempahan tudung sekolah anak customer. Dan terbaru ni sarung tangan muslimah. tq yang order tu.
Citer balik pasal lencana ni, senang je. Tak yah guna sterika. Hanya pergi kedai beli gam kain ni je. Modal RM5 je harga gam kain. Gam ni biasa saya beli kat kedai jahit. Rasanya kedai yang jual alatan kelengkapan kahwin pun ada. Ok ni bahan-bahannya. -Gam kain (rujuk gambar, pergi kedai tunjuk nak gam ni ye- bukan gam UHU ye) -gunting itu je heheh. Cara nak buat ikut senang je, macam kita tampal kertas, macam tu lah caranya. Cuma gam, ni sapu kat tepi lencana dan tag nama dan dot kan sikit tak tengah. Jangan banyak, nanti ada kesan mcm basah kat lencana. Tag nama boleh nak sapu banyak sbb kain tebal kain. Pastu tekan-tekan dengan tangan je kat tag atau lencana tu . Dah siap! heheh. NO STERIKA DAH Biasanya gam ni , saya guna untuk tampal manik pada tudung costumer. Jika baju sekolah koyak boleh je guna gam ni.
Nak share petua sikit: Jika ada tersilap tampal kan, mana lah tahu, salah tampal lencana, guna sterika aje nak cabut balik lencana tu. Bila dah panas, tu tarik slow2. Untuk kesan gam pada baju tu, guna kuib ais, gosok pada bahagian gam tu, InsyaAllah tak de kesan gam pada baju tu. Moga dapat membantu cepatkan uruskan lencana sekolah anak. Dan sesuai sangat pada mereka yang tak ada mesin jahit. Nak detail, ada penerangan kat setiap gambar ni.
Cara ini adalah antara cara yang mudah untuk menampal lencana dan tag sekolah. Sesuai buat mereka yang tidak mempunyai mesin jahit dan menjimatkan kos mengambil upah menjahit lencana. Selamat mencuba!