
Apabila badan rasa penat memang segala kerja tak jadi. Badan mula rasa lenguh dan sengal-sengal sudah tentu kita rasa tak bermaya.
Seorang wanita berkongsi petua untuk mengembalikan kecergasan dan juga memulihkan badan yang cepat berasa letih. Hanya menggunakan dua bahan ajer iaitu serai dan halia. Memang berkesan.
Ikuti perkongsian beliau.
Hari ni sambung kemas rumah lagi. Buang apa yang tak patut. Semalam sebelum tidur minum air rebusan halia dan serai. Hari ni segar bugar. Sengal sengal badan hilang.
Sekiranya ada kekawan yang rasa pening kepala, sakit urat saraf atau rasa badan lenguh sengal² sila la ke dapur ambik halia muda 3cm 2 ketul dan serai 3 batang kemudian ketukkan dan rebus dengan 3 gelas air api perlahan sehingga tinggal 1 gelas air. Tunggu suam dan minum. InshaAllah badan sihat.
.
Apa susahkan. Malas atau rajin je. Petua orang lama kita kena amalkan. Bismillah dan selawat 3 kali kemudian minum. Boleh juga dicampur dengan madu atau gula kabung. Silalah amalkan 2 atau 3 kali seminggu. InshaAllah.
Kredit: Noorzila Muhamad Sofi
Tegur Anak Biar Kena Waktunya, Elak Marah Sebelum Waktu Tidur

Menegur anak biarlah kena pada waktunya. Paling diutamakan ialah menegur atau marah anak sebelum waktu tidur. Ini tidak sepatutnya berlaku.
Ini kerana kesan marah anak sebelum mereka tidur akan memberi impak negatif kepada kualiti tidur.
1.Kanak-kanak yang berhadapan dengan kejadian buruk atau tidak menyenangkan sejurus sebelum tidur berpotensi untuk lebih sukar untuk tidur. Jadi elakkan.
Ini juga termasuk apabila anak-anak menerima hukuman atau amaran daripada ibu bapa pada waktu tidur. Keadaan ini boleh mengurangkan kualiti tidur kanak-kanak kerana masih berasa takut.
2.Kata-kata kasar yang diterima oleh kanak-kanak akan memberi kesan kepada psikologi mereka.
Apabila anak anda berasa tertekan atau cemas, sistem saraf menjadi aktif dan sukar untuk berehat. Kerisauan dan kekecohan di fikirannya akan mengganggu anak untuk fokus dan memasuki fasa tidur yang nyenyak.
3.Tidak dapat tidur yang berkualiti
Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, si kecil anda mesti boleh tidur dalam masa yang mencukupi. Tidur yang berkualiti memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi kognitif, meningkatkan imuniti badan, dan membangunkan otak. Oleh itu, kanak-kanak mesti berada dalam keadaan santai dan dalam suasana tenang sebelum tidur.
4.Menyebabkan gangguan dalam tidur
Peristiwa atau kejadian buruk yang dialami oleh kanak-kanak sebelum tidur akan tercatat dalam fikiran mereka. Kebimbangan, tekanan, ketakutan, dan trauma akan mencetuskan gangguan tidur dan sering menjadi punca mereka mengigau.
5.Anak-anak mengalami masalah seperti sleepwalking, night terror, risau, mimpi ngeri
Gangguan tidur boleh menyebabkan kanak-kanak terjaga pada waktu malam, berasa letih atau letih apabila bangun, dan keadaan negatif lain.
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Sengal Kaki Buat Ibu Ayah Tak Selesa. Redakan Segera Dengan Cara Mudah!

Umumnya kalau kita selalu berdiri lama di tempat kerja tentu akan menyebabkan kaki berasa lenguh-lenguh dan sengal-sengal.
Bila rasa tidak selesa, hendak keluar berjalan-jalan dengan keluarga pada hujung minggu pun tentu terasa malas.
Tapi tahukah anda, ada petua orang dulu-dulu yang diamalkan untuk redakan keletihan dan ketidakselesaan kaki dengan teknik rendaman dengan air suam.
Ternyata cara ini dapat melegakan kaki dan menjadi terapi yang menyegarkan. Bahkan menurut Kakyu, air rendaman tersebut hendaklah dicampur dengan garam untuk kesan yang optimum.
Ayuh ketahui cara penyediaan air rendaman kaki agar tiada lagi lenguh-lenguh dan anda semakin aktif bergerak.
PETUA HILANGKAN LENGUH KAKI
Hari ni Kakyu nak share satu petua. Bagus untuk sesape yang selalu ada sakit tumit, sengal dan kebas kaki. In shaa Allah boleh hilang kalau amalkan selalu.
Caranya:
1) Sediakan garam kasar segenggam, baldi dan air suam.
2) Masukkan segenggam garam dalam baldi yang berisi air suam tadi.
3) Rendam kaki selama 15 minit. Buat waktu pagi seeloknya selepas solat subuh. Buat seminggu sekurangnya 2x.
Inshaallah nanti akan berpeluh dan urat kaki akan lembut. Bila urut kaki dah lembut, sakit atau sengal akan berkurangan dan hilang.
sumber : Rohayu Yusoff
Ancaman Virus HPV Risiko Terdedah Kanser Serviks, Ambil Vaksin Segera!

Satu perkara yang begitu ditakuti oleh semua wanita adalah kanser payudara dan kanser serviks. Mengesannya lebih awal adalah langkah bijak yang perlu dilakukan.
Terbaru, ancaman virus HPV pada kemaluan wanita secara berterusan boleh menyebabkan berlakunya pra kanser sekaligus mencegah kanser lebih awal.
Menurut perkongsian Berita Harian, jangkitan berlarutan virus “Human Papiloma” (HPV) yang menjangkiti bahagian kemaluan wanita menerusi hubungan kelamin perlu dikenal pasti dengan segera sebagai langkah awal mencegah penyakit kanser serviks.
Pensyarah dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohamad Nasir Shafiee, berkata virus ini biasa menjangkiti bahagian kemaluan wanita.
“Kira-kira 90 peratus daripada jangkitan ini bersifat sementara dan akan hilang. Namun, jangkitan berterusan boleh menyebabkan virus ini mengubah keadaan sel-sel di bukaan mulut serviks menjadi “garang” (dysplasia).
“Keadaan ini dipanggil prekanser, iaitu sebelum terbentuknya kanser. Peringkat ini penting untuk kita kenal pasti supaya pesakit dapat dirawat dengan cepat agar kanser tidak berlaku,” katanya.
Virus ini juga boleh menyebabkan beberapa kanser lain seperti vulva, vagina serta kanser anus dan zakar.
“Pesakit yang dijangkiti virus HPV juga berisiko mendapat ketuat (wart) di bahagian kelamin, serta keabnormalan sel pada organ kelamin.
“Kesedaran awal tentang virus ini boleh mencegah kanser serviks daripada menyerang wanita,” katanya.
Tambahnya lagi, wanita yang mengalami kanser serviks akan mengalami beberapa gejala. Ini termasuklah haid yang abnormal, keputihan dan banyak lagi.
“Mereka akan mengalami gejala seperti pendarahan haid abnormal, berdarah selepas hubungan kelamin, keputihan yang berpanjangan atau berbau.
“Sekiranya lambat datang, mungkin merebak hingga menyebabkan kencing berdarah, sakit di bahagian ari-ari atau tidak boleh kencing kerana saluran kencing tersumbat. Buah pinggang juga akan membengkak dan rosak,” katanya.
Ambil Vaksinasi HPV Cegah Kanser
Beberapa langkah pencegahan kanser serviks perlu dilakukan, dengan mengambil vaksinasi HPV seperti disyorkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) langkah permulaan yang baik.
“Malaysia kini sedang giat melaksanakan program vaksinasi dalam kalangan pelajar perempuan berumur 13 tahun. Bagi pelajar di sekolah swasta (bukan kerajaan) ibu bapa perlu cakna supaya membawa anak mendapatkan dos ini.
“Kajian menunjukkan vaksinasi ini mengurangkan risiko kanser setinggi 97 peratus. Walaupun dasarnya dos vaksin ini perlu diambil tiga kali, namun saranan dari WHO dan KKM baru-baru ini untuk memberikan satu dos sahaja kepada kanak-kanak kerana kadar perlindungan yang tinggi walaupun hanya satu dos,” kongsinya lagi.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!
Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?
Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club