Hanya Guna Dua Bahan Aje Nak Buat Kek Coklat Ni. Memang Win Resipi Wanita Ini!

Share

Apabila anak minta nak makan kek waktu malam. Bahan asas pula tak ada terutama tepung gandum dan telur. Namun perkongsian oleh Puan HanNy Na  ini sungguh inspirasi dengan menyediakan resepi penyediaan kek yang ringkas hanya menggunakan dua bahan sahaja. Menarik kan. Jom kita lihat resipi superb ini.

Hanya dua bahan: 

* 1 paket biskut Oreo (pek 137g)
* 100ml susu Dutch Lady coklat

PENYEDIAAN:

1. Hancurkan Biskut
Hancur biskut Oreo sekali dengan krim di dalamnya. Guna lesung atau pengisar. 

2. Tuang Susu
Campurkan susu coklat dalam biskut yang dihancurkan tadi. Sebatikan campuran tadi.

3. Campuran tadi, masukkan dalam loyang atau bekas kek.

4. Kukus adunan tadi selama 20 minit dengan api kecil.

Siap!

Sungguh bermanfaat perkongsian ini.