Hanya Guna 4 Bahan Untuk Perut Kempis, Petua Cantik Yang Sangat Mudah. Boleh Cuba!

Share

Siapa yang tak nak kelihatan cantik. Ramai wanita sanggup makan pelbagai produk atau ke pusat kecantikkan untuk kekal anggun.

Namun cantik juga bukan hanya pada wajah semata, tetapi juga kepada tubuh badan. Bahagian yang sering menjadi igauan pada wanita adalah bahagian perut.

Selain mencuna senaman dan menjagarutin pemakanan, apa kata cuba petua secara alami.

Ikuti perkongsian wanita ini. Katanya nak nampak kesan, perlu makan secara konsisten.

Pengalaman sendiri

Saya kongsikan balik petua ni. Petua ni lah yang saya ikut lepas beranak anak kedua,memang menjadi. Sebab time tu pantang anak kedua ni dulu saya tak pantang betul-betul sampai la masuk keje ada seorang membre cakap ‘asal perut k.anna nmpk macam pregnant lg? hahaha..Maksud dbuncit la. Masa tu memang rasa segan pun ada,tapi kita ambik positif dengan teguran tu.

Carilah petua dalam fb,jumpa yang ini. Cubalah, tak sampai seminggu boleh kempiskan perut dgn petua ni,yang tu paling penting bagi wanita yang lpas bsalin akan ambik berat bhagian perut dahulu. Betul tak? Baru lah kita jaga bahagian lain. Lelaki perempuan, kahwin atau belum  boleh cuba. Blender pun boleh, saya blender je.

Petua kempiskan perut dan buang angin dalam badan.

3 sudu halba yang direndam selama 2 minit.
3 cm halia.kalau ada halia muda lagi elok
4 ulas bawang putih
15 biji lada hitam

Cara-cara:

Toskan halba yang direndam tadi. Masukkan kesemua bahan dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.


Kemudian gentel bulat bulat kecil macam maajun. Simpan dalam peti dalam satu bekas.

Cara makan
2 biji pagi & 2 biji malam selepas makan

Khasiat :

 Makan secara konsisten , perut akan kempis & angin akan keluar.

Pantang larang: Ibu mengandung tidak sesuai, Ibu menyusu sesuai amal bila anak hilang kuning (jaundis) dulu.

Pesanan: Kena rajin buat sit up jugak tau untuk kesan cepat.

Penampilan lebih cantik di sini

Selamat mencuba!

Sumber: Siti NurJannah

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520