
Tauhu telur mungkin bukan kegemaran semua orang, tapi ada anak-anak yang sangat gemarkannya. Kebiasaanya ibu-ibu akan membelinya di pasar.
Tetapi kalau rajin, boleh saja buat sendiri di dapur anda. Caranya cukup mudah dan bahan yang digunakan pun sedikit sahaja.
Jika mahu lebih sihat bahan yang segar dan organik, cuba resipi yang dikongsi oleh chef Sue M Arukin. Jadi, keluarga dapat menikmati hidangan yang dijamin mutu serta kebersihannya. Selamat mencuba!
TAUHU TELUR
Bahan-bahan:
500 ml air soya segar (tanpa gula)
6 biji telur organik
5 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
Cara Membuat:
1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, satukan air soya bersama tepung jagung dan garam. Kacau rata di atas api sederhana hingga suam (jangan sampai mendidih). Sejukkan sebentar.
3. Satukan telur yang sudah dipukul tadi bersama campuran soya. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas lalu kukus selama 20 minit atau hingga tauhu mengeras. Sejukkan.
4. Potong mengikut cita rasa dan goreng hingga keperang-perangan. Hidangkan!
Resipi Kubis Roll Lazat, Mudah Disedia Serta Berkhasiat. Yang Penting Diet Menjadi!

Isi Kandungan
ToggleBila cakap tentang diet, pasti bab makanan yang menjadi isu. Pemilihan makanan yang sesuai penting supaya diet yang dilakukan berhasil. Silap makan, bukan berat berkurangan sebaliknya kian bertambah.
Bagi yang tengah mencari menu yang sesuai, ringkas dan mudah disediakan, mungkin boleh cuba kubis roll ini sebagai salah satu menu di rumah. Caranya cukup ringkas, bahannya pun tak susah nak cari. Rasanya pula dah tentulah sedap. Yang penting Diet menjadi!
Apa kata kita cuba resipi sumbangan Puan Noorazian Muhamad Xiyans Muhamad
ini. Katanya sesuai juga untuk seisi keluarga.
Bahan-bahan
- Kubis cina (untuk roll)
- Daun bawang (untuk mengikat)
- Daging kisar / ayam kisar
- 1/2 biji bawang holland cincang
- 1/2 btg carrot cincang
- Cili merah cincang
- Hirisan daun bawang
- Garam
- Serbuk lada hitam
- Minyak bijan – 1 sudu teh
Cara membuat:
1. LERAIKAN KUBIS
Mula-mula, leraikan kubis satu-persatu. Kalau boleh jangan terkoyak.
Saya guna kubis Cina sebab lembut dan warnanya pun cantik lepas dicelur.
2. CELUR KUBIS & BAWANG
Kemudian celurkan kubis dalam 6-8 minit. Masukkan sedikit garam dalam air mendidih.
Daun bawang pun dicelur sekejap.
3. SEDIAKAN INTI
Intinya tadi cuma gaulkan semua bahan-bahan di atas kecuali kubis dan daun bawang yang nak digunakan untuk menggulung.
Jadi masukkan daging kisar / ayam kisar, bawang, carrot, cili, garam, lada hitam, minyak bijan semua ke dalam sebuah bekas.
Tak perlu masak dulu sebab masa kukus nanti ia akan masak.
Gaul sebati.
4. GULUNG
Kemudian dah bolehlah gunakan inti tadi untuk digulung dalam kubis yang telah dicelur.
Gulungkan macam biasa, lebih kurang macam gulung kuih ketayap.
5. IKAT
Kemudian boleh ikat dengan daun bawang supaya gulungan tadi lebih kukuh.
6. KUKUS
Lepas tu, kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 10-15 minit.
7. SIAP!
Dah siap pun. Beginilah hasilnya.
Mudah saja. Sedap tau, orang yang tak gemar makan sayur pun mesti akan suka.
Sedap dicicah dengan sos atau dimakan begitu saja.
BOLEH PELBAGAIKAN INTINYA
Anda boleh pelbagaikan intinya ikut citarasa masing-masing. Contohnya saya ada juga buat inti guna isi udang macam dalam gambar di bawah ini.
Memang lazat dan cukup mudah. Yang penting, sihat dan berkhasiat kan?
Resipi Cheese Cake Gebu Gebas, Guna Tiga Bahan Je

Isi Kandungan
ToggleCheese Cake atau kek keju, memang menjadi kegemaran ramai terutama anak-anak. Selalunya makan cheese cake di kedai kek dan pastri, lembut dan gebu sahaja. Nak puas makan, memang kena buat sendiri.
Nak buat cheese cake tidaklah sesusah mana pun. Bahan pun tidak banyak. Kalau ada yang kata nak buat kek susah, cuba buat cheese cake yang hanya guna tiga bahan ini.
Resipi cheesecake yang dikongsikan Nurul Ain Ridzwan ini sesuai untuk mereka yang baru pertama kali nak buat kek. Hasilnya memang puas hati.
Resipi Cheese Cake Gebu Gebas
Guna Tiga Bahan Je
BAHAN-BAHAN:
120gm tatura cream cheese
120gm susu pekat manis
3 biji telur gred B
Parutan cheddar cheese | jika suka
CARA MEMBUAT:
1. Pukul cream cheese bersama susu pekat manis hingga berkrim dan tiada ketulan (boleh kurangkan susu jika tidak mahu kurang manis). Boleh guna blender atau mixer.
2. Asingkan putih telur dan kuning. Putar putih telur hingga berkrim (meringue).
3. Masukkan kuning telur dalam adunan cheese yang dicampur susu tadi. Kacau rata.
4. Kemudian campurkan adunan putih telur, kaup balik adunan menggunakan senduk hingga semua bahan bercampur sekata.
5. Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
6. Panaskan ketuhar dengan suhu 150C selama 10 minit, kemudian bakar kek dengan teknik water bath ( isi loyang berisi adunan kek dalam loyang lebih besar berisi air).
7. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit dengan api atas bawah. Rendahkan suhu kepada 150 C untuk 25 minit seterus atau hingga masak (bergantung kepada oven anda gunakan).
8. Untuk pastikan ia masak atau tidak, boleh cucuk dengan lidi. Tengok sama ada tekstur masih melakat atau tidak pada lidi. Jika tidak melekat, ia sudah masak.
9. Tutup api dan biarkan dalam oven 15 minit dengan pintu oven terbuka sedikit baru keluarkan.
10. Keluarkan dari ketuhar dan boleh hiaskan atasnya dengan parutan keju Cheddar. Kalau nak larutkan parutan keju boleh masukkan dalam oven sekejap. Tanpa topping pun kek ini sangat sedap ye.
INFO: Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali nak cuba buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.
Kredit: Nurul Ain Ridzwan
Baca artikel lain yang berkaitan: Resipi Japanes Cheese Cake Super Sedap & Mudah Dengan Sukatan Cawan. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Gerenti Jadi!
“Jangan Tipu & Sorok Dari Anak.” Ulas Isu Cerai & Anak, Ini Nasihat Padu Dari Farah Lee

Soal cerai tiada dalam kamus hidup kerana setiap pasangan suami isteri yang mendirikan rumahtangga mendambakan ikatan pernikahan kekal sehingga ke akhir hayat. Namun, panas yang disangkakan hingga ke petang rupanya gerimis mengundang ditengah hari.
Yakin dan dan percaya pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Tidak ada orang yang mahu penceraian berlaku tetapi andai ternoktah sampai setakat itu sahaja hubungan yang terjalin, kena terima dengan reda.
Berkongsi pandangan mengenai hal ini, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, memilih untuk berterus terang kepada anaknya tentang hal cerai antara suami isteri.
Q: Macam mana nak bagitau anak2 yang ibu bapa dia sebenarnya dah bercerai.?
FL: Dengan bagitahu anak2 yang ibu bapa dia sebenarnya dah bercerai.
Saya bercerai 10 hari selepas ulang tahun kedua Maream. Memandangkan kami selesaikannya secara profesional di mahkamah, jadi saya ada masa untuk mempersiapkan diri, begitu juga dengan Maream.
Saya katakan kepada dia, ibu bapanya cerai kerana masalah tertentu yang sama sekali tidak ada kaitan dengannya. Keputusan itu tidak ada kaitan dengan kehadirannya, tingkah lakunya, atau hanya dia. Kedua ibu bapanya telah berusaha keras dan ini adalah keputusan terbaik untuk kita semua. Itu tidak kira bentuk keluarganya; jarak; kedua ibu bapanya akan selalu menyayanginya.
Anda fikir pada usia dua tahun, dia akan faham.? Tidak, dia tak faham. Tetapi saya sentiasa memberitahunya, kerana ‘perceraian’ adalah sebahagian dari dirinya dan dia MEMPUNYAI HAK untuk mengetahui mengenainya.
Sekarang, dia sudah faham, dia bahkan menjelaskan kepada anak-anak usianya apa maksud perceraian.
Beritahu mereka segera. Lebih baik melibatkan mereka dalam perbincangan anda jika anda belum memutuskannya sehingga mereka merasa disertakan. Mereka mempunyai hak untuk mengetahui (terlibat) kerana mereka adalah SEBAHAGIAN KELUARGA, dan keputusan itu mempengaruhi pembentukan keluarga mereka.
Things happened.
The best way to face it is by acknowledging it, not otherwise. #FLparenting
Sumber:farahlee_
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club