Hanya Guna 3 Bahan ni Jer, Periuk Kaca Hitam Legam & Hampir Rentung Kembali Bersih Tanpa Calar. Mudahnya Petua Ni!

Share

Gara-gara terlupa padamkan api ketika memanaskan makanan, menyebabkan periuk kaca milik wanita ini hampir rentung. Ajaibnya dengan petua yang mudah ini, dia berjaya mengembalikan kualit kepada keadaan asal yang bersih tanpa calar.

Rupa-rupanya, menurut Lia Johari menerusi Kelab Kaki Deko berkongsi petua mudah ini.


Alkisah periuk Visions kesayangan yang hampir arwah!

Just nak sharing kot jadi panduan pada yg lain.

Kejadian berlaku beberapa bulan yg lepas.

Kalau time pagi kalut² nak siap pegi kerja tu tak payahla sibuk nak pi panaskan lauk kat dapur. Sebab kalau terlupa padamkan api buruk padahnya.

Syukur Ya Allah,dapur/ rumah tak rentung di jilat api pd hari tersebut. Kuasa Allah yg melindungi kami anak beranak.

Tapi inilah kecuaian yg menjadi penyesalan seumur hidup! Tobat takmo buat dah..huhu

Periuk visions yg dah bertahun guna jadi hitam rentung. Ingatkan dah nak kena buang ke laut.?

Tapi dapat petua dr perkongsian ahli KKD akhirnya periuk comel kesayangan dapat di selamatkan.

Petua : Rendam periuk dengan air + soda bikarbonat + cuka.

Lama juga saya rendam,sebab kali pertama buat kesan hangus hitam masih melekat. Try buat lagi sekali,rendam dekat sebulan (almost rasa tak berjaya) tapi setelah 1/2 jam menyental akhirnya berjaya periuk kembali ke asal. Alhamdulillah.☺