Gara-gara terlupa padamkan api ketika memanaskan makanan, menyebabkan periuk kaca milik wanita ini hampir rentung. Ajaibnya dengan petua yang mudah ini, dia berjaya mengembalikan kualit kepada keadaan asal yang bersih tanpa calar.
Rupa-rupanya, menurut Lia Johari menerusi Kelab Kaki Deko berkongsi petua mudah ini.
Alkisah periuk Visions kesayangan yang hampir arwah!
Just nak sharing kot jadi panduan pada yg lain.
Kejadian berlaku beberapa bulan yg lepas.
Kalau time pagi kalut² nak siap pegi kerja tu tak payahla sibuk nak pi panaskan lauk kat dapur. Sebab kalau terlupa padamkan api buruk padahnya.
Syukur Ya Allah,dapur/ rumah tak rentung di jilat api pd hari tersebut. Kuasa Allah yg melindungi kami anak beranak.
Tapi inilah kecuaian yg menjadi penyesalan seumur hidup! Tobat takmo buat dah..huhu
Periuk visions yg dah bertahun guna jadi hitam rentung. Ingatkan dah nak kena buang ke laut.?
Tapi dapat petua dr perkongsian ahli KKD akhirnya periuk comel kesayangan dapat di selamatkan.
Petua : Rendam periuk dengan air + soda bikarbonat + cuka.
Lama juga saya rendam,sebab kali pertama buat kesan hangus hitam masih melekat. Try buat lagi sekali,rendam dekat sebulan (almost rasa tak berjaya) tapi setelah 1/2 jam menyental akhirnya berjaya periuk kembali ke asal. Alhamdulillah.☺
“Muka Sedih Tengok Baba Dia.” Reaksi Jebat Bertemu Sharnaaz Raih Perhatian Ramai
Umum sedia maklum mengenai insiden yang melanda pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad. Dia yang direman selama tiga hari bagaimana pun dibebaskan dengan jaminan polis.
Menerusi perkongsian terbaru, pelakon I Promise, Janji Anaqi memuat naik satu kapsyen yang ringkas bersama video pendek yang memaparkan dia bersama anak lelakinya Jebat Jayden.
” ‘ I’m ok Insya Allah, Baba loves you so much ‘. Demikian kapsyen yang ditulis Sharnaaz.
Namun yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah video tersebut dirakamkan dalam gambar hitam putih.
Sedikit sebanyak menggambarkan suasana sedih dan sayu usai apa yang dilalui pelakon berkenaan. Lebih meraih tumpuan adalah wajah anaknya yang tampak sedih dan tidak ceria seperti sebelum ini apabila bertemu dengan babanya.
Sejak dahulu lagi, semua tahu hubungan erat antara ayah dan anak ini. Bahkan, kasih sayang yang ditunjukkan oleh Sharnaaz untuk anak tunggalnya itu membuatkan peminat kagum.
Bukan itu sahaja, dua beranak ini juga cukup akrab. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama-sama yang membuatkan peminat turut terhibur apabila menontonnya. Gelak ketawa anak dan ayah ini penuh rasa bahagia dan kasih sayang.
Rata-rata rakan selebriti dan juga peminat turut memberi kata-kata semangat buat Sharnaaz. Tak kurang juga yang meluahkan rasa sebak mereka setelah melihat reaksi Jebat dan Sharnaaz ini.
Sumber: sharnaazahmad
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jangan Cari Salah Orang Untuk Tutup Salah Sendiri. Deep Perkongsian Ni!
Setiap antara kita memang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan. Sama ada terhadap pasangan, keluarga, jiran-jiran dan orang yang sering berhubung dengan kita. Kadang-kadang kesalahan yang dilakukan tanpa sedar telah mengguris hati mereka.
Apatah lagi bila dengan nyata selalu mencari kesalahan orang lain terhadap diri, tentu sahaja hidup ini tidak akan tenang. Alangkah baiknya, andai sifat memaaf dan memohon maaf sentiasa ada dalam diri kita. Pasti hubungan dan komunikasi kita menjadi lebih baik dan dipandang mulia.
Ikuti perkongsian ini agar dapat mendidik diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik dalam aspek hubungan sesama manusia. Jom semak.
Mengaku Salah Sifat Yang Mulia
Hari-hari kita buat salah dengan Allah. Hari-hari pula kita merintih merayu supaya Allah ampunkan dosa kita. Tanpa rasa jemu. Tanpa rasa malu.
Namun, itu tak sesekali menjadikan kita manusia hina. Bahkan kita jadi lebih mulia. Bahkan ia mengangkat darjat dan martabat kita di sisiNya.
Ada kala kita buat salah dengan manusia secara spesifik. Kita kena cepat-cepat minta maaf dan mengaku salah kita. Takut nanti tak sempat. Takut nanti ada salah seorang daripada kita yang mati dulu.
Jangan dipelihara rasa sombong dan ego kita. Beralahlah walaupun ada kalanya kita bukanlah puncanya pun. Itu akan memulihkan hubungan kita yang mungkin retak jika dibiarkan berlama-lama.
Terkadang juga kita buat salah dengan manusia secara umum. Tambah pulak kalau kita ni figura masyarakat, selebriti, ahli politik dan tokoh agama.
Usah dibelit-belit lagi jika ternyata memang ianya salah kita. Usah dicari-cari dalil dan dalih untuk membenarkan tindakan kita. Sehingga kita terpaksa berbohong ke sini dan ke sana.
Yang salah itu salah. Walau macamana caranya sekalipun kita berusaha untuk justify, ia tetap salah.
Rendahkan diri. Rendahkan hati.
Jangan cari salah orang untuk tutup salah sendiri. Sampai tergamak tuduh orang sana sini. Hingga tak tersedar boleh jadi fitnah dan caci maki.
Jangan salah guna ayat Al-Quran untuk kepentingan diri. Tafsir dan hurai ikut sedap hati. Reka dan tokok tambah fakta ikut nafsu. Itu namanya menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.
Jangan petik hadith Nabi SAW untuk sokong kelemahan diri. Konar jugak supaya kena dengan kita dan selera kita. Selongkar jugak sampai tak kira dah hadith tu apa statusnya. Ini memang perbuatan terkutuk lagi terkeji.
Mengaku salah. Minta maaf. Jangan diulang lagi. Itu saja caranya.
Orang yang suka mengaku salah, itu orang hebat. Hebat dunia, hebat akhirat.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber : Khairul Anuar Basri
Bila Suami Hari-hari Bawa Bekal Ke Pejabat, Sebenarnya Isterilah Yang Hebat! En Suami Sila Hargainya Seperti Lelaki Ni Sarankan!
Andai ternampak kawan sepejabat setiap hari membawa bekal yang dimasak oleh isterinya, tentu kita juga berasa bangga dengan isterinya itu bukan? Maklumlah setiap hari sempat urus masa untuk sediakan bekal untuk suami tercinta. Bukan menu biasa-biasa yang dibawa tetapi hidangan yang menyelerakan. Besar sungguh pengorbanannya!
Begitulah kisahnya tentang seorang suami bernama Syafiq Ridhwan ini. Isterinya begitu rajin menyediakan bekalan untuk suaminya. Dan atas sebab itu juga, dikongsikan cara bagaimana dia pula menghargai isteri yang telah melakukan itu semua untuknya. Jom semak perkongsian menarik ini, moga menjadi tauladan untuk suami dan isteri yang lainnya juga.
Dulu masa baru kahwin, pernah saya cakap dengan bini. “Nanti bolehlah awak tolong buatkan saya bekal makanan setiap hari untuk pergi kerja”. Bini saya kata “boleh saja” sambil tersenyum.
Tahun pertama kahwin. Setiap hari saya bawa bekal ke office. Dan setiap kali tu juga, bila keluar makan dengan kawan-kawan, saya tak kisah menjinjit beg makanan dan makan bersama-sama dengan mereka.
Tahun seterusnya, saya dikurniakan cahaya mata. Rezeki. Pertambahan ahli keluarga membuatkan kehidupan kami menjadi semakin utuh. Tapi sedikit sebanyak ia telah mengambil masa bini untuk melebihkan masa di dapur.
Kalau dulu, bini akan habiskan masa yang agak lama di dapur. Setiap hari dia akan mencuba resepi-resepi baru. Malah ada jua satu ketika, pelbagai lauk dimasak walhal kami berdua je yang makan.
Bila ada anak, masa di dapur menjadi semakin kejap. Kadang-kala, tak sampai beberapa minit ke dapur, dia sudah kembali ke dalam bilik untuk menyusukan anak, lepas tu saya ambil alih, dia bersihkan diri dan terus solat.
Itu belum cerita anak menangis ketika dia baru pegang kuali. Kagum betul saya. Tak pernah dia tinggal tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ajaibnya, masakan dia masih rasa yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Sedap!
Tapi ada juga bila hari yang dia cuti, saya kerja. Bila saya balik kerja, dia akan cakap “Hari ni saya tak makan lagi. Anak tak boleh tinggal. Asyik menangis je nak berteman”. Tanpa banyak soal, saya minta dia bersiap, start kereta dan bawa saja ke mana tempat dia mahu makan.
Hargai pengorbanan
Besar tanggungjawab seorang isteri. Pengorbanan melahirkan anak sudah cukup besar, belum lagi dia berusaha yang terbaik memberikan untuk si suami.
Sebagai suami, buatlah yang terbaik untuk isteri. Walaupun dengan sekadar mengurutkan kaki ketika dia mengeluh kepenatan, dan meminjamkan telinga ketika dia cuba meluahkan setiap masalah yang dihadapi di pejabat.
Dan mengucapkan terima kasih untuk setiap hidangan dan mengatakan “sedap awak masak” juga mampu mengurangkan sedikit kepenatan yang dia lalui.
Benar. Kita pada akhirnya, akan bersama kelak dengan orang yang kita sayang. Dan kita masih punya masa lagi untuk belajar lebih menghargai antara satu sama lain.
sumber : Syafiq Ridhwan