Bab cantik memang cukup sinonim dengan wanita. Sebut sahaja apa jua produk, petua mahupun tip, segalanya mahu dicuba. Janji hasilnya terbaik untuk kulit wajah dan tubuh.
Bagi mereka yang menghadapi masalah pori terbuka, pastinya hal ini akan menyebabkan kulit muka kadang-kadang nampak macam berlubang. Terutama di bahagian pipi, dagu dan hidung.
Banyak faktor sebenarnya yang menjadi penyebab pori terbuka. Salah satunya adalah sikap diri sendiri yang malas cuci kulit muka. Ini punca utama kotoran akan melekat dan tersumbat seterusnya liang roma menjadi lebih besar.
Tapi jangan risau, jangan stress, jom ikut petua mudah dari Mem Myrah menerusi #tipscantikmyfa ni.
Hanya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di dapur sahaja, boleh membantu menutup atau mengecilkan kembali pori di wajah anda. Cukup mudah, jom cuba!
Bahan-bahan
- 1 biji pisang
- 1 cup yogurt asli
- 1 sudu madu
cara membuat:
1. Haluskan semua bahan dan kacau rata sehingga campur rata.
2. Sapu masker pada wajah. Fokuskan pada kawasan pori terbuka.
3. Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air bersih.
4. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan.
Tip cantik:
*Ketiga- tiga bahan ni banyak sangat manfaat untuk kulit muka.
*Lepas buat masker ni, jangan lupa sapukan Argan oil dam honey bee macam biasa sebelum tidur.
Lepas ni bolehlah keluar rumah tanpa mekap tebal untuk tutup pori itu. Selamat mencuba!
Buat Sendiri Sofa Sesuaikan Di Ruang Bawah Tangga, Selesa & Cantik Hasilnya.
Memaksimakan penggunaan ruangan bawah tangga sering membuatkan kita berasa buntu. Memandangkan ruangnya yang terhad dan kedudukannya berada di bawah tangga.
Sedangkan pelbagai gaya dan konsep boleh dijelmakan jika berani bereksperimen dengan dekorasi dan suatu bonus juga jika kreatif untuk lalukan DIY.
Ini sepertimana idea yang dikongsikan oleh Norasly Omalicha, menghasilkan sofa untuk ditempatkan di bawah tangga dan seterusnya menjadikan ruangan tersebut sudut tumpuan ahli keluarganya beristirehat.
Bahkan kelebihan bila membuat sendiri sofa, semuanya boleh diselaraskan dengan rekaan yang diingini dan fungsi perabot tersebut mengikut kesesuaian peribadi.
Untuk yang ingin menghasilkan sofa tersebut, di sini dikongsikan info untuk manfaat semua.
Assalamualaikum… & Salam Sejahtera sahabat semua….ni saje je nak share project 3 tahun lepas, masa tu nak start bulan puasa & saya ambik masa sebulan utk siapkan.
Maklumlah puasa & tugas harian lagi, asalkan siap sebelum sehari nak raya, semua saya buat sorg2 cuma bila part nak mengangkatnya baru mintak tlg suami & anak bujang, selebihnya saya buat pelan2.
Selalu bila nak Diy atau Makeover sesuatu yang berat2 saya pastikan benda tu senang di gunakan sebab tu saya pasang roda & tali di bawah sofa tu so kalau nak vacuum habuk2 bila time mengemas senang sikit tarik je.
Sebelumni dok fikir apa yg saya nak buat utk bawah tangga, fikir dok fikir end of the day sudahnya buat sofa je lah senang…
Bila ada tetamu atau adik beradik dtg ada anak kecik boleh letak kat situ & anak2 pun suka sangat baring tido kat bawah sedangkan bilik dah ada sorg satu pun kdg2 diaorg malas nak naik atas jangan kata budak2 org tua pun kalau dah dapat lending lena terus sampai esok.
sofani juga boleh simpan brg2 kat dalam yg paling penting tahan lasak sebab bila dah ramai2 memang suka lending kat situ kena pulak bila dah kekenyangan pasang kipas confirm lena….
So saya harap dgn project yg saya share ni dapat memberi inspirasi buat sahabat2 yg mana dok fikir tak tahu nak buat apa utk bawah tangga tu, boleh la try buat sofa mcm ni…
kain velvet blue yg lebih tu saya hantar jahit kat kedai time ni dah penat tak kuasa nak menjahit sebab raya lagi sehari dua je, sempat lagi tu pi cari kekabu nak buat bantal panjang, kalau dah lending kena lah ada bantal baru lah boleh lena di buai mimpi…
Untuk hiasan wall bawah tangga tu saya beli frame cermin kecik2 ni yg murah2 je sudah, lepas tu saya spray color 2 tone of Gold & Silver Sparkling biar nampak macam mahal sikit lah walaupun murah je…
So ni lah hasilnya bila orang perempuan bertukang…jadi leeeee…
Jangan tanya berapa saya habis utk buat sofa besar bawah tangga ni sebab ada brg2 yg dah ada kat store saya cuma beli brg2 yg mana perlu tambah je… Selalu kalau terfikir nak bertukang, terus buat tak dan nak tulis kira2 berapa…
Barang2 di bawah boleh dapat di tempat ni:
~ span kuning sekeping = Rm:2.50 ( hardware )
~ kayu 4×4, 2×4, plywood tebal setengah inch ( hardware )
~ roda ( Ace Hardware )
~ kain Velvet Blue ( Sportlight )
~ Buttons Diamond ( Lazada @ Shoppe )
~ Bamboo Banting ( Sportlight )
~ Polyester Fiber Batting ( Sportlight
Nak hias rumah tak semestinya kena beli brg mahal2, pandai2 lah nak matchkan bagi cantik yang penting belanja ikut kemampuan, walaupun kdg2 kita mampu beli tapi kalau boleh jimat lagi bagus…
( kalau boleh Diy @ Makeover sendiri lagi bagus, sebab bila kita buat sesuatu dari hasil kerja tangan kita sendiri kepuasan dia tu lain dari beli yg sedia ada, bukan semua benda kita boleh buat & bukan semua benda kita boleh beli.
Kalau rasa takda idea search lah di You Tube, Pinterest, Blog & lain2 Website, apa guna ada internet kalau setakat nak ber fb & membawang je, baik buat sesuatu yg medatangkan hasil busykan diri lagi bagus, rumah kemas & cantik hati pun senang… tapi duit yg suami bagi ambik jgn tak ambik duit tu boleh beli gelang mas…
Sumber : Norasly Omalichia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Senangnya Bahagiakan Hati Isteri, Suami Hanya Perlu Buat Perkara Mudah Ini Saja. Nombor 6 Cukup Penting!
Bagi memperoleh rumah tangga yang bahagia perlu ada usaha, ia takkan datang dengan sendiri. Paling memainkan peranan dalam hal ini sudah tentunya suami yang bertindak sebagai ketua keluarga.
Berikut ini adalah tindakan dan usaha dari pihak semua untuk memastikan rumah tangga yang dilayari aman bahagia. Apa yang didambakan oleh isteri cukup ringkas tak perlu meraih bulan dan bintang untuk dirinya.
1. Suami janganlah terlalu ego dan hanya mahu menegakkan pendapat sendiri dalam menyelesaikan suatu isu atau masalah. Tidak salah mendengar pendapat isteri. Lagipun bertukar pendapat dan pandangan amat digalakkan kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
2. Beri pujian kepada isteri. Jangan lokek memberi pujian kepada isteri kerana ia juga sebangau satu bentuk penghargaan dan dapat menaikkan semangat isteri terutama kala semangatnya hilang dan luntur.
3. Anggaplah pasangan seperti diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri.
4. Ingat tarikh penting. Jangan pernah lupa tarikh istimewa dalam keluarga sepertu hari jadi isteri, anak, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya. Isteri selalunya bukan mengharapkan sangat hadiah cukup sekadar ucapan tanda anda ingat tentang tarikh istimewa itu.
5. Penuhi hajat isteri. Jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri?
6. Bantu ringankan tugas isteri. Suami perlu turun padang membantu isteri dalam melakukan kerja rumah dan juga mendidik anak. Jangan letakkan dua tanggungjawab itu sepenuhnya kepada isteri semata-mata. Ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
7. Bawa isteri berehat. Beban kerja isteri hari ini bukan sedikit jadi tiada salahnya jika suami memberikan rehat kepada isteri. Bawa isteri keluar makan supaya dia tidak perlu memasak atau jika punya bajet lebih bawa isteri dan anak-anak bercuti. Setiap isteri pasti akan menghargai saat manis waktu bercuti ini.
8. Ciuman khas untuk isteri. Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahu kah anda ciuman seorang suami di dahi atau kucup di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.
9. Fahami emosi isteri. Hati wanita penuh beremosi, apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk. Agar isteri tenang ketika berdepan masalah suami haruslah menjadi pendengar yang setia, membantu dan memberi semangat kala dia memerlukan bukan membiarkan isteri sendirian menanganinya.
sumber gambar: instagram @missfazura
Awet Muda, Minum Susu Bersama Bawang Putih. Ni Perkongsian Dari Pengamalnya!
Apabila melihat wanita lain yang lingkungan usianya lebih kurang sama dengan kita, namun terlihat muda tentu membuatkan kita berasa cemburu.
Apalah agaknya rahsia yang diamalkan olehnya? Kalau boleh, ingin juga kita mencuba petua yang diamalkan.
Maklumlah, wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Kalau boleh biarlah tanda-tanda penuaan dapat dilewatkan sebelum waktunya.
Menyedari hal tersebut, buat anda yang tercari-cari petua awet muda elok kiranya mengamalkan minum air susu yang dicampur dengan bawang putih.
Ini sebagaimana yang diamalkan oleh wanita ini dan disini turut dikongsikan cara penyediaannya. Jom semak.
Ini perkongsiannya.
Sebab ramai yang tanya petua awet muda kan. Orang la kata kakak ni awet muda. Kakak redha je
Ni ha.
Amalkan minum susu bawang putih. Segelas susu, panaskan dengan 3-4 ulas bawang putih yang diketuk sampai bawang tu lembut. Guna api perlahan je. Tambah madu atau gula perang sikit. Minum suam-suam. Bawang tu boleh kunyah kalau suka.
Silalah cuba, rasa dia sedap je.
Bukan setakat awet muda, badan pun rasa ringan.
Takmolah claim lebih-lebih, nanti jadi overclaim pulak. Cuba dulu, baru tau
Ekstra Info
Susu – guna susu segar, susu penuh krim atau susu rendah lemak.
Janganlah guna susu tepung atau susu pekat manis.
.
Amalkan setiap hari, pagi atau malam. Kalau rajin pagi dan malam pun boleh. Biasanya terbabas jugaklah sehari dua. Tak apa je.
sumber : AJ Idris via MAHN