Ibu bapa boleh menafas lega bila mana pemakaian baju sukan masih lagi diteruskan pada hari biasa persekolahan, manakala pemakaian seragam sekolah selama dua hari sahaja bagi setiap minggu.
Hal ini dikongsikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebentar tadi. Dalam ucapan beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pemakaian seragam sekolah selama dua hari bagi setiap minggu bagi sesi persekolahan 2024/2025 yang bermula Mac ini.
Kelonggaran pemakaian baju sukan yang ketika ini dibenarkan di fasiliti KPM juga diteruskan selama dua hari manakala sehari lagi ditetapkan untuk pemakaian baju kokurikulum.
“Kementerian akan memaklumkan surat pekeliling mengenainya,” katanya menerusi Amanat Tahun Baharu 2024 di sini pada Jumaat.
Kelonggaran pemakaian baju sukan sebelum ini dibuat KPM pada 3 Mei tahun lalu susulan cuaca panas melanda negara. Ia dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan terhadap murid, guru dan kumpulan pelaksana.
Pemberitahuan itu sekaligus memudahkan ibu bapa untuk membuat persiapan awal pada sesi persekolahan akan datang.
Sementara itu pada sidang akhbar Fadhlina berkata, sekolah akan diberikan kuasa autonomi untuk menentukan hari pemakaian seragam, baju sukan dan kokurikulum.
“Itu akan diperincikan di dalam surat pemakluman,” katanya lagi.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Astro Awani & Sinar Harian