Hanya Disebabkan Buat Bising, Kanak-Kanak 2 Tahun Didera Oleh Kekasih Ibu. Kini Suspek Menghilangkan Diri

Share

Selepas kemenangan berpihak kepada Bella, kanak-kanak OKU yang didera oleh pengasuhnya Siti Bainun. Ramai yang mengharapkan kes ini akan membuat mata ramai pihak supaya mengambil serius perkara ini.

Masyarakat juga diharap akan melindungi kanak-kanak agar tidak berlaku penderaan yang boleh membuatkan masa depan mereka kelam kerana trauma.

Namun lewat malam tadi, penyanyi rap Caprice telah berkongsi mengenai satu lagi kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun, dipercayai berlaku di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Difahamkan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa, anak perempuannya itu dipercayai dipukul oleh teman lelakinya menggunakan penyangkut baju dan ditampar di muka hanya kerana membuat bising.

Dakwa wanita itu lagi, dia sudah berusaha melindungi anaknya namun gagal. Akibat perbuatan agresif itu, mangsa yang baru berusia setahun 11 bulan itu mengalami kecederaan pada bibir, mata dan badannya dipenuhi kesan lebam.

Kedua-dua beranak ini kemudian dihantar pulang ke rumah ibunya di Setapak Jaya oleh lelaki tersebut tetapi siapa sangka, lelaki itu kemudian melarikan diri selepas menyedari kehadiran kereta peronda polis.

Menurut sumber, pihak polis kini sedang memburu suspek yang berusia 31 tahun, dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D Saralathan, kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ditemani ibunya untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club