Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad jarang berkongsi kisah mengenai perkembangan anaknya, namun baru-baru ini dia telah mendedahkan dia hanya berpeluang untuk menyusukan anak lelaki, Raja Urhan cuma kurang dua minggu.
Menerusi posting di Instagram (IG), Uyaina berkata anaknya Urhan mengalami masalah lidah pendek atau ‘tongue tie’ pada minggu pertama selepas dilahirkan pada 8 September lalu menyebabkan anak sulungnya itu sukar untuk menyusu.
Tak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak mereka. Sedih juga bila nak diingatkan. Tapi, rezeki Urhan cuma dapat menyusu badan kurang dari 2 minggu sahaja.
[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam
[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
Ia bermula apabila kami mendapati Urhan mengalami masalah lidah pada minggu pertama selepas dia dilahirkan. Dia mengalami kesukaran melekap.
Bila menyusu badan je, dia menangis macam kena pukul. Dah jadi macam force-fed pula. Sebab lepas dua hingga tiga kali dia latch, pastu dia akan terpaksa release (lepaskan). Risau sebab dia tak minum susu secukupnya.
Kami bawa dia pergi doktor. Bawah lidah dia digunting sikit untuk release tongue-tie itu. Lepas itu kita pantau lagi. Tapi dia still tak boleh latch. Masih sama.
Bawa pergi jumpa doktor lain pula untuk pendapat kedua. Rupa-rupanya tongue-tie tu tak fully released.
Doktor kata perlu fully anaesthetic dan jalani pembedahan Urhan untuk betul-betul faham apa yang berlaku dengan lidahnya. Tapi doktor kata kena tunggu Urhan besar sikit. Dah lebih tiga bulan baru boleh buat sebab nak monitor berat dia dulu sebab masih kecil.
Tambah pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia sudah memberi susu formula sepenuhnya kepada Urhan selepas gagal pam susu.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Raja Syahiran ini akur dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan berpesan untuk para ibu yang mengalami situqsi sepertinya agar tidak perlu stres kerana menyusu ataupun tidak, mereka tetap bergelar ibu.
[MESTI BACA]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club